KERTAS yang bercetak nombor 405 di tangannya dipandang sebelum beralih pada papan skrin berwarna yang tergantung. 390. Lambat lagi gilirannya bakal tiba.Kenapalah dalam banyak-banyak hari, hari ni juga bank nak penuh? Dia banyak kerja lagi nak dikejarkan. Dah setengah jam duduk menunggu di sini tapi gilirannya tak kunjung tiba juga. Dayana melepaskan keluhan.
Telefon dalam beg dikeluarkan sebelum dia mula menghantar pesanan kepada seseorang. Mungkin setengah jam lagi atau mungkin dalam sejam lagi barulah urusan dia selesai. Bimbang pula kalau Si Bihah menunggu kehadirannya di rumah.
Rizal yang dari tadi duduk selang dua kerusi dengan Dayana perasan dengan kelakuan gadis itu yang nampak resah dan tak betah menunggu. Dia pun sama. Dari tadi lagi dia menunggu gilirannya tiba tapi nombor tetap juga di angka yang sama. Boleh dikatakan setiap lima minit baru nombor baru naik di skrin. Mujurlah dia tidak ada sebarang rancangan hari ni, cuma mahu membeli barang untuk Ibunya selepas urusannya selesai.
Rizal curi-curi pandang pada si gadis yang sedang asyik bermain telefon, mungkin berbalas mesej dengan kawannya. Sekejap sekejap menaip, sekejap membaca. Wajah gadis yang berselendang biru muda itu nampak manis dan comel, buatkan hati dia tiba-tiba rasa berminat untuk mengenali gadis itu.
Dalam asyik memandang gadis itu dalam diam, tiba-tiba pandangan mereka bersatu. Terpegun dia sesaat. Mata bundar berwarna coklat itu memanah tepat ke anak matanya. Caught red handed Rizal! Malunya. Laju dia melarikan anak mata. Dia nampak pipi gadis itu kemerahan.
Dayana pula terasa segan tiba-tiba. Manalah sedar ada orang tengah asyik pandang dia kalau dah seronok bermesej dengan Bihah. Dia cuba menghilangkan rasa malu yang naik ke muka. Yakin sangat yang pipinya pasti tengah merah sekarang. Dengan kulit putih dia lagi, memang tak boleh nak diselindungkan.
Tiba-tiba, masuk WhatsApp dari Mama. Laju ruangan WhatsApp dibuka.
+ Yana dah balik ke?
- Belum Ma. Kenapa?
+ Balik cepat. Pijo accident.
Tersentak Dayana dibuatnya.
- Accident? Bila Ma?
+ Baru aje. Nanti Yana pergi hospital terus ya.
Terus mesej itu dibalas. Sekarang ni dia memang tak senang duduk. Nombor di skrin dipandang. 398. Tak lama lagi giliran dia bakal sampai. Serba salah pula dia sekarang. Nak cabut sekarang, esok dia kena datang balik juga. Menunggu pula. Kalau tak pergi, bimbang pula dengan keadaan adik dia.
Nombor di tangan dipandang bersilih ganti dengan skrin. Tak tahu apa yang perlu dia buat."Nah, ambillah. Giliran saya kejap lagi." Sekeping nombor dihulurkan kepada dia. Laju Dayana panggung wajah pada si penghulur. Lelaki tadi.
"Ambillah. Saya tahu awak urgent sekarang ni." Serba salah Dayana dibuatnya. Nombor lelaki itu memang sangat diperlukannya tapi dia rasa bersalah untuk mengambilnya.
"Tak apa. Tak urgent pun," tolak Dayana cara baik walaupun hatinya mendesak untuk mengambil nombor tu saja.
"It's okay. Take it. Saya boleh tunggu." Nak tak nak, nombor tu diambil juga bertukar ganti dengan nombor dia. Belum sempat nak mengucapkan terima kasih, nombor dia dipanggil. Terus dia kaunter dan menyelesaikan urusannya.
Selesai saja urusan, nama Mama naik di skrin. Dia hanya sempat tersenyum tanda mengucapkan terima kasih pada lelaki itu sebelum panggilan dijawab.
"KAU pehal Zal? Dari tadi lagi aku tengok kau tersengih. Ada berita baik ke?" tegur Amin melihatkan sahabat baiknya tersengih tak putus sejak dari pintu masuk gym sampailah sekarang.
"Tak ada apalah. Saja, exercise mulut sikit." Amin mencebik.
"Alasan apakebenda tu? Bagilah alasan logik sikit. Kau jumpa awek baru ke?" Semakin melebar senyuman Rizal. Ternyata tebakan Amin mengena terus ke sasaran. Memang Amin tak pernah silap meneka isi hati sahabatnya.
"Aku dah agak. Siapa? Dapat tackle?" Botol air mineral yang dibawa diteguk sambil mendengar jawapan dari Rizal.
"Awek bank. Tak sempat pun."
"Awek bank?" Tergelak Amin mendengarkan gelaran yang diberikan Rizal pada gadis itu.
"Aku terjumpa dia dekat bank tadi. Nampak dia macam gelisah jadi aku bagi nombor aku dulu dekat dia. Mungkin dia ada urgent matter. Tak sempat nak tanya nama." Terasa kesal pula tak sempat berbual terlebih dahulu dengan gadis itu. Melihatkan dari gerak badan gadis tu pun dia dah boleh meneka ada sesuatu yang berlaku. Riak wajah cemasnya nampak ketara.
"Tak apa. Rilekslah bro. Ada jodoh, kau akan jumpa dia lagi. Doa banyak-banyak." Bahu Rizal ditepuk perlahan sebelum dia bangun, menyambung aktiviti yang tergendala tadi. Rizal pula dalam diam berdoa yang mereka berjodoh. Kalau jumpa buat kali kedua, dia tak akan lepaskan peluang tu.
P/s: Cover credit too @Nur_Haura. Thanks dear for the cover.
YOU ARE READING
Bunga-bunga Cinta (EBOOK)
Short StoryKisah Dayana dan Rizal. A simple story about love, life and happiness.