TEMPOH sebulan dating mereka bakal tamat hari ini. Lepas tu Dayana bebas dari Rizal dan tak perlu berjumpa dengan lelaki itu lagi tapi kenapa dia rasa sedih? Sejak kebelakangan ni asyik teringat dengan lelaki itu saja. Ke dia memang dah jatuh hati dengan Rizal. Entahlah. Dia malas nak fikir pasal benda ni. Sedih.
Telefonnya juga sudah dirampas Abah dan Abah suruh dia berhenti kerja. Suka atau tidak, sekarang ni dia hanya duduk di rumah. Tak boleh keluar ke mana-mana kecuali kawasan rumah. Nampak sangat Abah dah tak percayakan dia lagi. Semua pergerakannya diperhati. Abah pun dah tak mesra macam dulu, buat dia rasa dipinggirkan.
Memang apa yang dia buat tu salah tapi dia terpaksa. Sepatutnya dari awal lagi dia beritahu Abah dengan Ma pasal benda ni tapi dah terlambat. Mujurlah Ma faham perasaan aku. Dekat Ma, dia ceritakan semuanya, tak tahulah samada cerita tu singgah di telinga Abah atau tidak.
"Yana. Keluar bilik kejap." Novel ditinggalkan atas katil ssbelum dia keluar ke dapur.
"Apa dia Ma?"
"Ni, hantar kuih ni rumah Bihah. Mak dia pesan dengan Ma tadi." Dia masuk ke dalam bilik mencapai tudung sarung sebelum keluar bersama sebuah bekas berisi karipap yang sudah dimasak. Rumah Bihah bukannya jauh sangat, selang dua buah rumah belakang dia saja. Kalau bosan, memang rumah Bihah tempat dia melepak sambil tengok cerita Korea.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam. Masuklah Yana. Macamlah kau tak biasa." Salam Yana disambut Bihah sebelum dia menapak masuk ke dalam.
"Mak ada?"
"Ada, dekat dapur. Pergilah. Lepaa tu masuk bilik aku. Ada drama korea baru. Kau nak tengok tak. Cepatlah," gesa Bihah. Dia memang peminat kpop. Dulu bukan main lagi tak suka Korea tapi sekarang dah jadi fans nombor satu.
"Mak, ni kuih Ma suruh hantar." Dengan Mak Bihah dia panggil Mak saja. Diorang tu bukan kawan baik saja, sepupu juga. Bekas diletakkan atas meja.
"Yalah. Terima kasih Yana. Mak ingatkan nak pergi rumah kau tadi. Dah alang-alang Yana hantar, tak apalah." Aku senyum sebelum masuk bilik Bihah. Satu-satunya pintu bilik yang aneh dari yang lain. Pintu bilik dia saja warna pink, yang lain warna sama. Dah fanatik merah jambu nak buat macam mana.
"Cerita apa kau nak tunjuk." Tanpa dijemput, dia merebahkan badan di katil single Bihah. Dinding yang bercat warna merah jambu bercampur putih dipandang. Bihah yang tengah mengadap laptop tidak dipedulikan.
"Ni, cerita baru. W tajuk dia. Lee Jong Suk aku berlakon tau. Bakal suami aku tu tau tak." Dayana mencebik.
"Bakal suami konon. Macamlah dia tu kenal kau. Angan-angan Mak Jenin sudahlah Bihah. Realitinya tak sama dengan fantasi," tempelak Dayana.
"Mana tahu mungkin dia jodoh aku satu hari nanti. Dia masuk islam lepas tu kitorang kahwin." Bantal dibaling pada Bihah.
"Angan-angan kau tinggi sangatlah minah. Dah, mana ceritanya. Aku nak tengok. Best ke tak." Cerita dipasang ssbelum mereka sama-sama meniarap atas katil menonton. Tengok saja muka Lee Jong Suk, dia terbayang wajah Rizal. Kenapa eh, dia rasa lelaki tu dekat saja dengan dia. Macam Rizal ada di rumahnya sekarang. Tiba-tiba jantung berdegup laju tak tentu pasal. Yang pasti bukan sebab tengok Lee Jong Suk.
RIZAL rasa tak selesa dengan pandangan tajam Abah, Mama dan adik Dayana. Pertama kali datang ke rumah Dayana, memang dia nervous gila. Lepas saja kapal terbang mendarat pagi tadi, terus dia ke tempat kerja Dayana. Berita yang diterimanya tersangat mengejutkan. Dayana dah berhenti kerja seminggu lepas. Jadinya dia meminta alamat gadis itu dan sekarang dia tengah mengadap keluarga Dayana. Dayana pula awal-awal lagi dah diberitahu tak ada. Pastinya mereka tak mahu mempertemukan dia dengan gadis tu sedangkan tujuannya ke sini memang mahu berjumpa Dayana. Rindu.
YOU ARE READING
Bunga-bunga Cinta (EBOOK)
Short StoryKisah Dayana dan Rizal. A simple story about love, life and happiness.