BAB 2

7.1K 312 1
                                    

MASUK saja Seven Eleven, peti sejuk segera dituju. Sebotol air mineral dikeluarkan, sempat disambar beberapa paket makanan ringan sebelum dibawa ke kaunter. Cuaca panas macam ni memang membuatkan tekak dia cepat dahaga. Perut pun turut sumbang pakej lapar. Tu yang menyinggah di Seven Eleven sekejap.

"Lima belas ringgit lapan puluh sen." Laju dia hulur sekeping not bernilai dua puluh ringgit. Banyak juga paket snek yang dia capai. Dalam sehari boleh habis lalau kena orang kebulur macam dia. Baki diambil sebelum dia melangkah keluar.

Baru saja pintu nak ditolak, sepasang tangan terlebih dahulu menarik pintu. Dayana biarkan si pembuka untuk masuk tapi mereka sama-sama kaku di muka pintu.

"Keluarlah."

Dayana melangkah keluar apabila disuruh lelaki itu. Dia menunduk tanda berterima kasih atas budi pekerti lelaki itu. Rizal terus melangkah masuk dan mencapai barang yang diinginkannya. Berdiri depan kaunter, tiba-tiba dia teringat semula wajah si gadis tadi.

Serasanya dia kenal gadis tu.
'A'alah, awek bank.' Buru-buru dia membayar nilai barangan yang dibeli sebelum keluar dari kedai itu. Belum sempat ditahan, motorsikal yang ditunggang gadis itu sudah meluncur pergi.

Melepas lagi. Tak ada jodoh agaknya.

Akhirnya, Rizal pergi dengan wajah sugul. Setelah sebulan mereka tidak bersua, ternyata hari ni mereka berjodoh tapi jodoh tak kesampaianlah pula.

Dia hampir putus asa selepas tidak pernah bersua dengan gadis itu sampaikan dia ingat-ingat lupa seraut wajah manis yang kerap menghiasi mimpinya sejak kebelakangan ni.

"Mana barang yang aku nak?" Sebotol air 100 plus dibaling kepada Izzat yang cekap menyambut.

"Kau apahal pula. Pergi muka senang balik muka ketat. Awek call minta putus ke apa?" tegur Dam sebelum teguk air mineral yang dibeli Rizal.

"Zal mana ada awek, kau ni agak-agaklah. Celah mana awek dia nak datang kalau asalnya pun tak ada," celah Amin yang sudah duduk di sebelah Rizal.

Wajahnya berpeluh dek penat bermain futsal. Rizal saja yang duduk di tepi gelanggang, perhati orang main. Kecederaan di kakinya akibat terseliuh minggu lepas baru nak baik takkanlah nak tambah buruk pula.

"Sebut pasal awek ni, baru aku teringat cerita kau pasal awek bank yang kau jumpa tu. Amacam, kau terserempak dia ke?" memang tebakan Si Amin mengena lagi. Dia ni memang bekas anak murid Pak Belalang ke apa? Pandai saja menebak isi hati orang.

"Tengok dari cara kau pandang aku tu, betullah kan." Tersenyum bangga dia apabila tebakan dia tepat.

"Awek bank? Siapa tu? Kau tak pernah cakap pun dekat aku."

"Aku pun tak pernah dengar. Siapa tu Zal?" Izzat dengan Dam mula berminat dengan cerita yang baru singgah di telinga mereka. Awek bank. Bunyi macam menarik.

"Ceritanya macam ni, kau ke aku nak cerita ni Zal." Bersemangat Amin mahu membuka mulut. Rizal pula buat reaksi tak peduli.

"Dahlah korang. Aku blah dulu. Malas nak layan." Malas nak ingat balik pertemuan pertama mereka. Nak kata berjodoh, tak kot mungkin kebetulan saja.

"Ala kau ni. Spoillah. Ceritalah dekat diorang dulu sebelum blah. Woi, Zal!!" laungan Amin tidak dipedulikan. Dia angkat tangan kanan melambai sebelum menuju ke motornya.

"AWAL balik?" tanya Ma sebaik kelibat anaknya masuk ke halaman rumah. Aikk, budak ni ponteng kerja ke aa? Kata balik lewat hari ni.

"Restoran tutup malam ni, boss bagi cuti. Tu yang balik awal. Kenapa, Ma tak suka Yana balik awal?" Selesai memarkirkan motornya, dibuka sweater di tubuh sebelum menapak ke arah Mamanya yang sedang menyapu di halaman rumah.

"Apa yang tak sukanya. Baguslah balik awal. Anak dara tak elok balik malam." Dia tak suka bila satu-satunya anak dara dia balik kerja lewat malam. Bimbang kalau jadi apa-apa. Dulu, dia yang sarankan Yana kerja dengan bapa saudara sendiri supaya mudah sikit dipantau kalau ada apa-apa. Dah disuruh jangan bagi Yana balik kerja lewat malam pun, tetap balik lewat. Tak dengar kata betullah si Muhamin tu

"Ala, dah tu kerja Yana. Lagipun Pak Min memang tak cukup pekerja sekarang, tu yang kena overtime kekadang." Bukan kekadang tapi acap kali jugalah. Dia bimbang juga balik lewat malam, bawa motor sorang-sorang pula tu tapi Alhamdulillah setakat ni dia selamat.

"Carilah pekerja baru. Apa susah." Malas nak naik atas, Dayana duduk berehat di anak tangga.

"Macamlah Ma tak kenal Pak Min. Dia tu taik hidung masin. Kedekut tau tak. Dah disuruh cari pekerja baru tapi alasan dia bagi. Kata nak jimat budgetlah, pekerja dah cukup dah tapi kadang-kadang mengadu pekerja tak cukup. Disuruh cari, berkira pula. Tak fahamlah," bebel Dayana. Dia dah cukup kenal perangai bapa saudara dia yang sorang tu. Kedekut betul. Nak bagi bonus pun berkira banyak kali.

"Aikk, awal balik kak. Beli apa tu. Mai sini sikit." Belum sempat disorok, plastik berisi makanan ringan yang disapu di Seven Eleven tadi sudah dirampas Pijo. Budak ni memang jenis tak meminta, pakai main ambil saja.

"Hish, tu aku punyalah. Jangan ambil semua." Malas nak berebut, dia biarkan Pijo ambil makanan ringan yang dibeli. Niat di hati nak perabis time baca novel. Huh, memang taklah kalau dah diambil budak pemalas tu.

"Result U bila keluar?"

"Bulan lapan. Lambat lagi Ma. Sempatlah kerja cari duit beberapa sen." Sekarang ni pun dia sedang menunggu keputusan kemasukan Universiti nanti. Baru saja lepas lima bulan habis Stpm. Cadangnya nak duduk rumah saja tapi dah Ma suruh kerja, kerjalah. Bolehlah juga simpan duit beli telefon baru. Telefon yang ada sekarang pun dah rosak berkali-kali, entah bila boleh tukar baru.

"Hmmm.. Duit tu jangan diguna sesuka hati. Simpan sikit beli barang nak masuk U nanti."

"Yalah Ma." Macam tau-tau saja niat terpesong aku tu. Malas nak bersembang panjang, aku terus naik ke rumah. Nak mandi, nak solat. Pegang saja pintu bilik, tiba-tiba teringat adengan buka pintu depan Seven Eleven tadi. Walapun dia hanya pandang lelaki itu sekilas tapi dia ingat wajahnya. Bukan ke laki tu yang tolong dia di bank sebulan lepas? Masakan dia boleh lupa orang yang sudah berbudi kepadanya.

Sejujurnya disebabkan lelaki itulah nyawa adiknya selamat sekarang. Kalau tak, mungkin adiknya sudah tak bernyawa.

Sampai saja di hospital, dia dimaklumkan Pijo kekurangan banyak darah dan ditakdirkan masa tu pihak hospital kekurangan darah jenis A-. Ditakdirkan pula Abah yang mempunyai darah jenis sama datang lewat makanya dialah yang menderma. Mama pula darah jenis B+. Kalaulah dia lambat sesaat masa tu, mungkin semuanya dah terlambat.

Dalam hati dia berharap sangat moga ada pertemuan kali ketiga buat mereka agar dia boleh balas budi lelaki yang sudah membantunya itu, doanya dalam hati.

Bunga-bunga Cinta (EBOOK)Where stories live. Discover now