BAB 4

5K 263 3
                                    

"MIMPI apa kau bawa aku naik kereta kesayangan kau hari ni. Proton kau mana. Apahal bawa Mini hari ni?" Hari ni memang dia pelik bila Rizal bawa dia makan. Bab makan tu tak pelik cuma bila kawan baik dia ni bawa 'baby' kesayangan dia tu yang pelik. Kereta lain rosak ke apa? Bukan dua buah kereta dia tapi berlambak.

"Saja. Nak tukar angin. Lagipun dah lama aku tak bawa baby aku jalan-jalan. Turun, dah sampai pun." Mereka sama-sama keluar dari Mini Cooper milik Rizal. Kesayangan tu. Setakat ni memang tak pernah ada orang drive baby dia. Hanya dia saja yang boleh sentuh.

"Tak pernah lagi kita makan dekat sini. Kau belanja ke hari ni?" Amin dah angkat kening. Bila lagi nak merasa pemilik Zal's Home ni belanja dia makan. Tak luak pun duit mamat ni kalau belanja dia makan hotel sekali pun.

MOTOR dikunci sebaik selesai diparkingkan di tempatnya. Helmet dipegang di tangan. Bimbang ditinggalkan di sini, takut balik nanti hilang pula. Bukan tak pernah dia hilang helmet sebelum ni. Sebab tulah dia lebih berhati-hati sekarang. Bimbang pisang berbuah dua kali. Mahu melayang juga duit dia nanti.

Baru beberapa langkah, telinganya menangkap bunyi jeritan seorang perempuan.

"Tolong, peragut!!" Kelihatan seorang lelaki bersweater hitam berlari dari arah bertentangan. Di tangan kananya kelihatan sebuah beg tangan yang sudah diragutnya. Tanpa membuang masa, helmet di tangannya disasarkan pada lelaki itu.

Buk! Tepat pada sasaran. Terlentang lelaki itu atas jalan raya. Masyarakat penyayang dan prihatin yang ada di sekeliling mula membantu.

Dayana melangkah untuk mengutip helmetnya semula. Nasib baik tak bawa helmet kesayangan hari ni, kalau tak calar jugalah. Sorry Pijo. Helmet kau dah calar tapi memberi jasa jugalah.

Kutip saja helmet Pijo. Baru dia perasan sesuatu.

Mampus aku!

Apa aku nak buat ni? Lari? Pura-pura tak tahu? Ke nak tunggu tuan dia datang. Aku tak rasa murah benda ni.

Matanya mula melilau ke sekeliling. Dia yakin ada yang menjadi saksi. Tapi dia bukannya sengaja. Dia nak tolong orang, alih-alih dia yang kena minta tolong.

"Hei, kau buat apa tu?" Tersentak Dayana bile disergah suara lelaki. Mampus dia kali ni. Mana aku nak cekau duit ni bayar ganti rugi benda ni?

"Ya Allah." Hanya itu butir bicara yang terkeluar dari mulut Amin. Dia datang balik ke kereta sebab tertinggal telefon tpi tak sangka disajikan dengan benda ni. Matilah kalau Rizal tahu. Kereta kesayangan kot.

"Sorry, Encik. Saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja. Saya cuma nak tolong mak cik tu sebab kena ragut, tak sangka pula terkena kereta encik. Saya minta maaf." Cepat-cepat dia menerangkan situasi yang sebenar kepada Amin, berharap kesalahan dia dapat dimaafkan. Kalau ditengok pada kerosakan side mirror yang sudah pecah dah hampir terputus dari badannya, rasanya kesalahan dia tak besar sangat. Side mirror saja, bukannya satu kereta kena hentam. Tak sangka effect lontaran helmet dia tu sampai macam ni. Helmet kau ni bukan bagi jasa saja Pijo, bagi bala pun ya juga.

RIZAL cuma diam pandang wajah Dayana dengan pandangan sukar dimengertikan. Tak sangka kebetulan memihak pada dia hari ni. Berjodoh juga mereka. Dia tak kisah pada kerosakan kereta kesayangan dia asalkan boleh jumpa gadis yang dah lama dia cari. Ada hikmahnya juga dia datang ke sini walaupun kereta dia jadi mangsa. Biasalah, to get something we must sacrifice something.

Amin berdehem, cuba menyedarkan sahabatnya yang dah macam kena pukau saja. Sejak duduk dekat sini sampailah sekarang, sepatah kata haram keluar. Mata tu pula asyik pandang muka perempuan tu sampai tertunduk dia. Mamat ni fikirkan apa lama sangat? Takkanlah tak marah kereta kesayangan dia kena hentam kot. Cool aje aku tengok.

"Encik, saya minta maaf. Saya tak sengaja." Rizal tersedar takala ayat itu singgah lagi di telinganya. Dari tadi lagi ayat tu yang dijamu di telinga sampai nak muak dia dengar. Penjelasan dari Dayana sudah didengarinya dan dia sendiri dah tengok keadaan kereta dia. Tak adalah teruk sangat. Side mirror saja patah. Nothing important.

"Awak tak sengaja kan? Awak bukan sengaja nak hentam kereta saya kan?"
"Tak. Saya memang tak sengaja. Saya cuma nak tol..." Bicara Dayana terhenti bila lelaki itu mengangkat tangan tanda berhenti.

"Saya maafkan awak." Terbit rasa lega dalam hati Dayana bila mendengar ayat kemaafan itu tapi tidak bagi Amin. Matanya meluas, tak percaya dengan kata maaf yang semudah tu keluar dari mulut Rizal. Takkan dah terkenan dengan minah ni sampai sanggup maafkan dia macam tu saja. Rizal ni deman ke kena sampuk?

"Tapi maaf tak cukup." Tergencat senyuman yang meniti di bibir Dayana. Dia nak aku bayar ganti rugi ke apa?

"Berapa encik nak saya bayar ganti rugi?" Telan air liur juga dia nak mencongak duit yang bakal melayang nanti. Kereta limited edition macam tu memang mahal kalau mana-mana bahagian yang rosak. Tak tahulah berapa duit aku bakal terbang nanti.

"Saya tak nak duit." Senyum di bibir Rizal nampak menyeramkan. Rizal memang sudah merancang agenda dalam kepala untuk mendekatkan diri dengan gadis itu. Kerosakan di kereta dia tu tak menjadi masalah. Dia dah bertekad jika ada pertemuan yang kesekian kali dengan gadis ini, peluang itu akan digunakan dengan sebaiknya.

"Bak telefon awak." Dayana mula tak sedap duduk. Nak buat apa telefon aku? Baru saja beli minggu lepas kot, takkanlah dia nak ambil. Lambat-lambat Vivo dihulurkan kepada Rizal.
Selang beberapa minit, telefonnya dipulangkan semula kepada Dayana. Pandang saja skrin, nama Rizal terpampang sebagai incoming call.

"Tu nombor saya. Apa-apa saya WhatsApp awak. Okey, saya balik dulu. Jom Min." Kemudian berlalulah dia jejaka itu keluar dari Restoran Hot' Spicy tempat dia bekerja. Dayana rsa macam nak hantuk kepala ke meja saja. Apalah bala aku dapat hari ni. Niat nak menolong tapi sekarang siapa nak tolong aku. Huarghhh!!

"WEH, kau biar betul nak lepas budak tu macam tu aje. Habis tu kereta kau macam mana?" Amin tak puas hati bila Rizal semudah tu saja maafkan budak perempuan tu tanpa minta ganti rugi. Tahulah dah kaya, boleh baiki sendiri tapi salah tetap salah kot. Apahal yang baik hati sangat mamat ni?

"Aku ada plan aku sendiri." Mereka masuk ke dalam kereta.

"Plan apa?"

"Adalah. Tak payah tahu." Rizal menguntum senyuman misteri. Amin malas nak bertanya cuma dia musykil satu benda.

"Kau kenal ke perempuan tu?"

"Kau pun kenal Min?"

"Siapa? Tak pernah pun aku tengok muka dia?" Memang belum pernah dia jumpa perempuan tu. Nak dikata teman si Rizal, hanya Baiti saja yang mengedik dengan dia. Habis tu siapa lagi?

Fikir punya fikir, akhirnya terlintas sesuatu di benaknya. Nampak gaya mungkin akhir tahun ni dia bakal merasa nasi minyak Rizal.

Bunga-bunga Cinta (EBOOK)Where stories live. Discover now