"NAK pergi mana?""Kahwin."
"Huh?!" Terkaku Dayana seketika. Ni sejak bila aku setuju nak kahwin. Aku setuju nak dating aje. Dah amnesia ke apa mamat ni?
Tergelak Rizal tengok muka cuak Dayana. Orang gurau ajelah. Kalau betul pun tak ada salahnya. Dia pun memang dah berkenan dekat Dayana.
"Awak bergurau saja kan?"
"Kenapa? Awak nak kahwin dengan saya ke?" Dayana buat muka menyampah sebelum berjalan menjauhi Rizal. Tak kuasa nak berlawak masa ni.
"Yana... Sinilah. Yang awak nak masuk kedai pengantin tu apa. Dah tak sabar nak kahwin dengan saya ke?" usik Rizal. Muka Dayana dah merah. Macam mana boleh terlajak jalan ni. Buat malu saja. Dengan muka yang sudah memerah ditambah masam mencuka, Dayana masuk ke dalam Luxe Boutique. Ni kali pertama dia jejakkan kaki ke butik mewah macam ni.
Selalunya lalu sempat jeling saja, hari ni dah boleh masuk. Bertuah punya badan berkawan dengan pemilik kedai serbaneka ni. Adalah juga peluang melangkah ke tempat mahal dan ekslusif."Buat apa datang sini?"
"Shopping. Pilih mana yang awak nak." Melopong dia bila disuruh memilih benda yang disukainya. Lelaki ni tak menipu kan.
"Ni salah satu benda dalam senarai list dating to do awak ke?"
"Yap. Bawa awak shopping." Rizal tersenyum. Nak tergelak dia bila tengok muka terkejut Dayana. Comel saja.
Dayana pula bagai tak menapak di bumi nyata. Once in lifetime, ada orang offer dia pilih barang yang dia nak. Tu pun dalam butik semewah ni. Rasa macam mimpi saja. Anak matanya melilau memerhatikan segenap ruang dalam butik yang sebesar rumah banglo bapa saudaranya. Memang luas dan pastinya barang dalam butik ni, semuanya berjenama. Bukan hanya pakaian tapi juga beg tangan dan aksesori wanita. Hish, rasa nak melompat ke bintang.
Dayana mula bangun berjalan di sekitar butik itu. Sambil berjalan matanya memang cekap mencari benda yang dia berkenan dan pastinya setiap benda yang dia pilih tu, harganya pun jauh lagi 'cantik'. Buat dia telan liur berkali-kali. Sehelai jubah pun harganya dah mencecah ratusan ringgit. Kalau beg tangan, lagilah mahal. Sampai yang ada dekat lapan ribu. Memang dia telan liur ajelah. Tiba-tiba keinginan nak shopping tu jatuh ke sifar.
Terbayang di kepala dia berapa banyak wang yang bakal melayang kalau dia guna duit sendiri. Dari beli baju yang harganya ratusan ringgit tapi pakainya hanya sekali dua, baik tak payah. Tu memang membazir. Akhirnya dia tarik Rizal keluar dari butik tu lepas kenyang window shopping.
"Kenapa keluar?" tanya Rizal pelik. Bukan perempuan suka shopping ke?
"Saya tak nak."
"Kenapa? Saya belanja, jangan risau."
"Thanks but no thanks awak. Saya tak perlukan semua tu buat masa sekarang. Apa yang saya ada ni pun dah cukup. Tak perlu bazirkan duit untuk saya. Kita couple pun buat sementara waktu saja jadi saya tak rasa awak perlu keluar duit banyak-banyak untuk saya, takut nanti awak menyesal pula."
"Kenapa saya nak menyesal pula?"
"Awak sendiri cakap awak nak kenal saya selama sebulan saja kan. Macam mana kalau ditakdirkan dalam sebulan tu, awak tak sukakan saya. Kiranya sia-sia saja awak perhabis duit untuk saya yang belum tentu lagi akan ada sebarang hubungan dengan awak." Mereka baru nak berkenalan, baru saja seminggu tapi setakat ni dah banyak lelaki tu keluarkan duit untuk dia. Buat dia jadi tak selesa. Suka memanglah suka sebab dapat berjimat tapi dia tak nak termakan banyak budi dengan lelaki tu nanti. Bimbang kalau dia pula jatuh hati.
"Ok. You have the point. So now. What should we do. Awak ada nak apa-apa. Makan ke, apa ke?" Rizal sendiri tak percaya gadis tu menolak tawaran dia. Rasanya kalau gadis-gadis lain mungkin dah tak fikir panjang, pakai main grab saja yang berkenan tapi Dayana lain. Sebab tulah hati dia memilih gadis tu. Memang tak silap pilihlah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bunga-bunga Cinta (EBOOK)
Storie breviKisah Dayana dan Rizal. A simple story about love, life and happiness.