"APA syarat yang awak nak cakapkan semalam?" Segelas air Coconat Shake diletakkan depan Rizal. Dia berdiri menunggu bicara terkeluar dari mulut lelaki itu."Duduklah dulu. Takkanlah nak berdiri."
"Saya tengah kerja ni." Dia perasan bapa saudaranya aka majikannya tengah perhatikan dia di kaunter pesanan. Takut dia curi tulanglah tu.
"Saya customer awak kan. Jadi awak kena layan customer baik-baik." Dayana berdecit geram. Nak diikut, bimbang majikan dia bagi panahan maut. Kan dia kena denda overtime kan baru tahu.
"Boss saya tengah tengok tu." Rizal pandang Suhaimi di kaunter sebelum dia angkat tangan memanggil majikan Dayana. Berani-beraninya dia.
Dayana cuma kaku di situ takala melihat Rizal berbisik sesuatu di telinga majikannya. Entah apalah yang dirasuahnya sampai bapa saudara dia yang kedekut tu sanggup bagi pelepasan dia keluar awal dengan Rizal."Apa dia syarat awak semalam. Cakaplah." Tak betah Dayana apabila mereka diam membisu di dalam kereta. Entah ke mana lelaki ini mahu membawanya. Dah puas dia menolak tapi diugut pula nak gandakan ganti rugi sekiranya dia tak mahu mengikut lelaki itu.
"Ikut aje. Tak payah banyak cakap." Dayana mendengus geram. Lagu yang sedang berkumandang di radio dikuatkan. Sesuka hati saja dia sentuh radio orang. Dah orangnya tak nak bercakap.
DERUAN angin yang menyapa wajahnya membuatkan Dayana tersedar dari lena. Entah macam mana dia boleh terlelap dalam kereta tadi. Sedar-sedar saja kereta dah berhenti.
Dilihatnya ruangan pemandu kosong dan kelihatan susuk tubuh Rizal sedang duduk di pondok kayu mengadap laut. Sampai ke pantai dia bawa aku. Sedar ke tak laki ni?
"Sedap tidur?" tegurnya takala Dayana duduk di sebelahnya. Berjarak sedepa dengannya.
"Kenapa tak kejut?"
"Tengok awak lena sangat." Angin pantai yang sepoi-sepoi membuatkan hati terasa tenang. Dah lama tak datang ke sini. Banyak benar yang berubah.
"Kenapa bawa saya datang sini?"
"Dating."
"Huh?" Terkejut bila perkataan dating keluar dari mulut dia. Sejak bila kita orang ada hubungan sampai nak berdating bagai. Dia ni salah orang ke salah makan ubat? Musykil aku.
"Itu syaratnya."
"Apa? Dating dengan awak?" soal Dayana tak percaya.
"Yes. Date me for a month."
Dayana melopong. Mamat ni biar betul. Keluar dating dengan dia sebulan ganti bayaran ganti rugi side mirror kereta dia tu. Aku tak mimpi kan?
"Awak melawak ke apa ni?"
"Apa motif saya nak melawak? Bukannya saya nak masuk maharaja lawak, jauh lagi super spontan." Dayana gelak buat-buat bila lelaki itu buat lawak tak menjadi.
"Ok, cakap apa syarat awak yang sebenar. Tak payah nak main-main." Dayana mula serius. Tak ada masa nak melawak. Masa tu emas.
"Syaratnya be my date for a month. Saya cuma nak kenal awak dengan lebih dekat. Hanya sebulan." Dayana diam sejenak sebelum bersuara.
"Kenapa saya?"
"Mungkin awak miss D saya?"
"Miss D?"
"My Miss Destiny." Dayana tarik nafas sebelum hembus. Sebenarnya tak susah pun syarat lelaki tu cuma aku rasa macam tak setimpal dengan apa yang aku dah buat dekat kereta dia.
"Boleh je kalau saya jumpa awak dan tiba-tiba cakap nak kenal dengan awak tapi awak nak ke kenal dengan saya?" Jawapannya memang taklah. Aku tak ada masa nak berkenalan dengan orang lelaki. Rizal dah tahu jawapannya. Melihat pada peribadi dan luaran gadis tu pun dia dah boleh menebak perwatakan dan sikap dia. Jenis yang tak mudah rapat dengan mana-mana lelaki."Tak ada alasan menolak. Mulai esok we officially couple." Dayana garu tangan yang tiba-tiba gatal.
"Nah. Pakai ni. Lepas sebulan baru buka." Nak tak nak cincin couple yang diberi Rizal disarung ke jari manisnya. Sepadan.
"Sebulan saja ok." Rizal tersenyum. Dayana pandang cincin di jari. Sebulan saja Yana. Lepas tu kau bebas.
"CINCIN siapa akak rembat?" Dayana diam bila Pijo mula nak sibuk bertanya. Dari petang lagi dia nak buka cincin tu sebab bimbang kalau Mama dengan Abah tanya. Apa nak dijawab. Sebelum ni tak pernah dia pakai cincin permata berderet tu. Kalau cincin pasar malam tu pernahlah. Tapi sayang susah gila nak buang. Macam dah melekat terus dekat jari dia. Akhirnya dibiarkan saja. Nanti-nanti longgarlah tu.
"Pakwe bagi ek." Dayana mendengus.
"Diamlah kau. Ni cincin aku beli sendiri. Kalau dengki cakaplah dengki." Rambut Pijo yang duduk di hadapannya ditarik. Banyak cakap pula malam ni. Diam-diam tengok bola sudahlah.
"Petang tadi, Abah pergi restoran nak makan. Pak Min cakap kau balik kerja awal. Pergi mana?" Dayana telan liur bila Abah tanya macam tu. Kenapalah masa tu juga Abah nak pergi
"Pak Min tak cakap Yana pergi mana?"
Abah geleng kepala. Fuh, nasib baik tak cakap. Kalau tak kantoi aku keluar dengan lelaki. Belum pernah lagi aku keluar dengan stranger, dalam kes tadi tu sebab terpaksa.
"Keluar jumpa kawan sekejap. Ada hal," tipu Dayana. Kalau dia jujur cakap keluar dengan Rizal pasti berjela pula dia nak terang satu persatu sebab yang membawa kepada kes dia sekarang.
"Laki ke perempuan." Lagi sekali Dayana teguk liur yang dirasakan kesat di tekak. Muka dia dah cuak. Nak tipu, aku bukannya pandai sangat menipu. Lepas lima minit menipu, rahsia aku dah terbongkar.
"Gol!!"
Kecoh bila Pijo menjerit diselang seli jeritan Abah dan Ibu. Kalau bab tengok bola nombor satu, lagi-lagi negeri sendiri. Kali ni aku bersyukur sangat sebab Pijo dah jadi penyelamat. Kalau tak nahaslah aku
YOU ARE READING
Bunga-bunga Cinta (EBOOK)
Short StoryKisah Dayana dan Rizal. A simple story about love, life and happiness.