"UMUR awak berapa?" Lepas dua minggu kenal, baru hari ni Dayana bertanya umur Rizal. Maklumlah dalam dua minggu tu, mereka banyak habiskan masa keluar jalan-jalan, main game dan bersuka ria. Manalah sempat nak kenal antara satu sama lain.
"Agak-agak?"
"Tiga puluh kot." Selamba Dayana meneka walaupun dia tahu silap.
"Huh. Tiga puluh? Am I that old to you?" Terkejut dia bila diteka umurnya tiga puluh. Lambat lagi dia nak menjangkau ke angka tu. Muka dia ni nampak tua sangat ke mata Yana dah rabun?
"A little bit." Dayana scan wajah Rizal sebelum memberi jawpan yang mengundang wajah masam mencuka lelaki itu. Sengaja dia nak mengusik.
"Awak ada masalah mata ni. Rabun dekat rasanya. Nanti kita pergi buat spek mata," balas Rizal geram. Pandai dah mengusik dia sekarang ni. Dayana tergelak. Bergurau sikit dah sentap.
"Gurau ajelah. Tulah, lain kali saya tanya jawab. Jangan suruh saya teka. Nanti awak sakit hati," jawab Dayana sambil makan ais krim Cornetto. Yang tu dia belanja sebab teringin nak makan ais krim.
"Hmm... 25. Umur awak berapa?" Soalan dipulangkan pada Dayana semula. Walaupun dah tahu tetap juga dia tanya.
"Cuba teka."
"60."
Dayana mencebik.
"Kalau saya umur 60 maknanya awak tu dah boleh jadi cucu saya tak tak," bidas Dayana semula. Nak kenakan orang balik pun agak-agaklah. Muka cute aku ni dia kata umur 60. Logik ke?
"Tak naklah cucu. Baik jadi suami awak." Nak tercekik air liur sendiri bila dengar Rizal cakap macam tu. Kahwin? Tak terfikir pun aku pasal benda tu dalam masa terdekat ni. Lagipun aku muda lagi.
"Dalam mimpi ajelah awak." Rizal tersengih.
"Awak nak sambung belajar dekat mana nanti?" Bila sebut pasal belajar baru dia ingat pasal keputusan kemasukan U tak lama lagi. Dalam sebulan lagi. Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah enam bulan dah dia duduk rumah, kerja, berehat.
"Tak pasti lagi. Saya terima saja keputusan U nanti. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak, nak buat macam mana." Dia bukannya menaruh harapan yang tinggi sangat sebab keputusan STPMnya bukannya cemerlang sangat. Silap dia juga main-main masa tingkatan enam dulu. Kalau tak, mungkin dapatlah juga 4 flat macam kawan dia yang lain.
"Insya-Allah, adalah rezeki awak tu. Kalau tak ada, senang saja. Kahwin dengan saya. Biar saya jaga awak." Malas dia nak melayan lawak Rizal. Cakap pasal kahwin, macamlah mereka memang berjodoh.
"Dahlah. Tak payah nak mengarut. Saya ni muda lagi. Tak nak fikir pasal kahwin lagi. Terlalu awal. Kalau awak rasa nak kahwin, cari orang lain."
"Tapi saya tetap pilih awak."
"Why?"
"Hati saya pilih awak." Dayana mencebik.
"Hati pun kadang-kadang boleh silap. Bak kata orang. Ikut rasa binasa, ikut hati mati," balas Dayana. Tak semestinya hati tu selalu betul. Kalau diikutkan sangat, tak pasal-pasal terluka.
"Hati saya, saya tahulah."
"Ikut awaklah."
Jeda...
"Zal... Betul ke awak tak nak saya bayar ganti rugi kereta awak tu?" Dia masih lagi memikirkan releven ke syarat lelaki ni sebagai ganti rugi kereta dia? Dahlah bila diorang keluar dating, sesen pun dia tak keluarkan duit. Rizal yang banyak berbelanja. Kadang-kadang dia rasa macam ambil kesempatan atas kebaikan lelaki itu.
"Tak perlu. Saya tak nak pun awak bayar. Saya anggap perkenalan dengan awak ni sebagai bayaran ganti rugi kereta saya. Benda ni lebih bernilai." Boleh kenal dengan si gadis yang disukainya pun dah buat dia rasa mahu melompat ke langit. Tak pernah dia rasa macam ni.
Dayana senyum. Dia pun rasa beruntung sejak mengenali lelaki itu. Tak adalah teruk sangat syarat yang dia bagi."IBU..."
"Apa dia Zal? Dari tadi dok panggil nama Ibu, yang bercakapnya tak. Zal nak apa?" Ibu dari tadi lagi asyik dengan hobinya, mengait tak sudah-sudah. Dah berapa banyak kain yang Ibu kait entah. Dah boleh buka kedai dah ni.
"I think I fall in love." Gerak tangan Ibu mati. Dia pandang wajah anak terunanya yang memang nampak lain sejak kebelakangan ni.
"Dengan siapa?"
"Someone," jawab Rizal pendek, masih lagi cuba berahsia.
"Sejak bila?"
Senyap Rizal seketika. Berfikir.
"I don't know. I just keep thinking about her lately."
"Zal keluar date dengan dia ke?" Rizal tersengih. Riak wajah Ibu dipandang. Nampak tegang.
"Ibu tak suka?"
"Ibu suka kalau anak Ibu dah jatuh cinta cuma Ibu tak suka bila Zal keluar dengan anak dara orang tanpa minta kebenaran parent dia. Zal ada minta tak?" Terkedu Rizal seketika. Langsung dia terlupa pasal benda tu. Ibu pernah ingatkan dia kalau mahu keluar dengan mana-mana perempuan, minta izin ibu bapa dia dulu sebab bimbang sekiranya ada apa-apa yang berlaku.
"Tak kan? Zal betul-betul serius ke tak dengan dia ni? Kalau sekadar nak main-main, tak payah. Ibu tak suka." Dia tak pernah mengajar anaknya mempermainkan hati perempuan. Sebab tulah dia tak kisah kalau anak dia tak berkapel macam pasangan lain dekat luar asalkan anaknya tidak pernah melukkan hati perempuan.
"Zal serius Ibu."
"Dah tu, dah lupa apa yang Ibu ajar?" Dia nak anak dia jadi berani, jadi jantan. Minta izin ayah si gadis kalau mahu keluar. Itu baru dinamakan lelaki.
"Tak Ibu. Insya-Allah nanti Zal jumpa parent dia. Zal naik sululah Ibu. Thanks Bu." Pipi Ibuna dicium. Kalaulah dia tak bercakap pasal benda ni pastinya dia terus menerus buat silap. Entah apalah reaksi ibu bapa Dayana bila tahu dia dah bawa nak dara orang keluar tanpa pengetahuan mereka.
"Berapa umur girl yang Zal suka tu?"
"Ibu rasa?"
"Kalau dia masih lagi muda, bagi dia habis belajar dulu kalau betul nak bercinta. Ibu tak suka anak Ibu couple, okey." Rizal mengangguk sambil tersenyum sebelum melangkah pergi.
Ibu dah bagi green light, pasti Ayah pun sama
YOU ARE READING
Bunga-bunga Cinta (EBOOK)
ContoKisah Dayana dan Rizal. A simple story about love, life and happiness.