ღ❀✿BAB 1✿❀ღ

216 16 5
                                    

"TUMPANG tanya, Encik Farqil ada tak?" soal Fareez Alyan kepada gadis yang sedang kusyuk membuat kerjanya.

"Encik Farqil ada tapi dia tengah ada tetamu sekarang ni. Encik ada buat apa-apa appoinment ke?" Fareez terkesima. Niatnya ingin berjumpa teman baiknya seakan terbang pergi melihat kejelitaan gadis itu.

"Owh, takde. Saje nak buat suprise. Takpelah kalau macam tu saya tunggu sampai tetamu dia baliklah." ujar Fareez tenang.

"Kalau macam tu, encik duduk dululah. Saya bagi tau Encik Farqil dulu." pelawa Maia sambil menunjuk ke arah sofa di hadapannya.

"Eh takpe. Tak payah bagi tau dia. Biarlah dia tengah ada tetamu tu. Ganggu pulak nanti." Maia yang hendak bangun itu duduk kembali sambil mengangguk kecil. Dia menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Fareez hanya memerhati Maia yang sedang leka membuat kerjanya. Wajah itu dipandang. ' Tak sangka Farqil ada pekerja secantik ni. ' monolog hati Fareez. Tiba-tiba dia teringatkan peristiwa itu. Jiwanya sakit mengenangkan peristiwa itu. Dia jadi benci. Serta merta perasaan itu dihalau jauh. Dia tidak mahu perkara itu terjadi lagi. Dia takut untuk hadapinya.

Maia yang sedang leka membuat kerja itu terasa canggung tiba-tiba pabila merasakan dirinya sedang diperhatikan. Wajahnya diangkat. Seketika matanya dan mata Fareez bertaut. Cepat-cepat Maia mengalihkan anak matanya. Pura-pura sibuk menghadap skrin komputernya. Jantungnya terasa berdebar tiba-tiba.

"Okeylah kalau ada apa-apa nanti boleh call saya ye. Okey terima kasih." suara Farqil memecah keheningan. Dia berjabat tangan sebelum menghantar pemergian tetamunya itu. Saatnya berpaling, dia nampak Fareez yang sedang duduk di ruangan menunggu.

"Eh Areez bila kau balik? Kau apa khabar? Macam mana kau tau aku kerja sini?" soal Farqil saat terpandangkan Fareez. Bertalu-talu soalan diberikan.

"Baru je. Minggu lepas. Aku alhamdulillaah sihat macam nilah. Kau apa khabar? Mestilah aku tau, impian kau sejak dari kecik kot" seketika ruang itu gamat dengan gelak ketawa mereka.

"Well, you knew me. Eh jomlah masuk pejabat aku. Kita sembang sana. Er, Maia tolong hantarkan kopi untuk Encik Fareez ye." ujar Farqil sekaligus memberi arahan kepada Maia.

"Baik Encik Farqil" balas Maia bersama anggukan seraya berlalu ke pantri.

Fareez dan Farqil beriringan menuju ke arah pejabatnya. Lama tidak bersua pasti banyak perkara yang ingin mereka bualkan.

Bunyi ketukan pintu menghentikan perbualan rancak antara Fareez dan Farqil. Maia melangkah masuk bersama dua cawan kopi di tangan.

"Ini kopinya Encik. Jemput minum" ujar Maia sopan. Kopi panas itu diletakkan di atas meja. Hatinya berdebar tak menentu entah kenapa. Terasa segala perbuatannya seakan lambat sahaja. Dia ingin segera keluar dari situ. Hatinya berdebar sakan saat terpandangkan Fareez. Setelah meminta diri, dia terus melangkah keluar dari bilik itu.

"Qil sape budak perempuan tu? Lama dah ke dia kerja sini?" soal Fareez ingin tahu. Entah apa kena dengan dirinya pon dia tak tahu.

"Tu Maia. Lama jugaklah dia kerja sini. Nak masuk 3 tahun dah. Kenapa kau tanya ni?" kening diangkat memandang wajah temannya meminta jawapan. Hatinya terasa pelik.

"Dia dah berpunya ke?" soalan Farqil dibiarkan sepi. Lebih berminat mengetahui jawapan kepada soalannya itu. Farqil terkesima. Betulkah Fareez yang tanya ni?

"Tu aku tak pastilah. Bukan aku duduk berkepit dengan dia siang malam. Yang kau tanya banyak-banyak pasal dia ni kenapa?" Farqil serkap jarang. Dalam diam dia gembira melihat perubahan rakannya.

"Takde apa-apa. Saje tanya. Eh kau dah berapa lama buka company ni?" soal Fareez sengaja mengalih topik. Farqil kecewa. Bukan dia tidak tahu Fareez sengaja mengalih topik. Fareez masih tidak lupakan peristiwa itu rupanya.

KERANA KUCINTA (VERY SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now