ღ❀✿BAB 5✿❀ღ

76 8 2
                                    

PERSIAPAN perkahwinan Maia hampir selesai. Inai dijari dipandang. Lagi sehari dia akan bergelar isteri. Maia menahan debar. Majlis hanya dibuat ringkas sahaja memandang papa Fareez belum sihat sepenuhnya. Majlis di belah perempuan manakala majlis di pihak lelaki akan dibuat di hotel nanti bagi jemputan rakan-rakan niaga syarikat papanya. Mereka bersetuju ingin membuat pernikahan yang sederhana sahaja dan tidak membuat majlis gilang gemilang kerana tidak mahu membazir. Buat pertama kalinya Maia rasakan bertemu dengan keluarga orang yang berada tapi tidak mengamalkan sikap boros. Maia berbangga dengan bapa mertuanya yang tidak sombong dan sangat baik orangnya walaupun berpangkat Dato'.

Tuk! Tuk! Tuk!

Maia mengangkat wajahnya saat terdengar pintu biliknya diketuk. Wajah Puan Kamisah terjengul dimuka pintu.

"Boleh mak masuk?" pinta Puan Kamisah.

"Masuklah mak.." pamit Maia. Puan Kamisah melangkah masuk menghampiri anak gadisnya. Punggung dilabuhkan di atas tilam empuk itu. Senyuman manis dilemparkan.

"Maia tengah buat apa ni?" soal ibunya.

"Maia tengah siap-siap nak tidur dah, esok kena bangun awal. Ada apa mak?" Maia memandang wajah ibunya dengan riak tanda tanya. Keningnya diangkat sedikit.

Puan Kamisah menggeleng kepala. Wajah anaknya ditatap kasih. Terasa terlalu cepat masa berlalu. Rasa baru semalam dia mengandungkan, membesarkan, mendidik anaknya tapi kini, anaknya sudah besar dan bakal menjadi isteri orang. Rambut anaknya diusap lembut.

Maia hanya mendiamkan diri. Perbuatan ibunya sedikit sebanyak membuat jiwanya tersentuh. Tangan ibunya digenggam.

"Kenapa ni mak?" soal Maia bernada risau.

"Dah besar anak mak dengan abah ni.." Puan Kamisah bersuara lirih.

Maia senyum nipis mendengar omongan ibunya. Hatinya tersentuh.

"Anak mak dah nak kahwin. Mak harap, apa yang mak abah ajar Maia selama ni mampu buat Maia menjadi seorang isteri yang solehah. Ingat pesan mak, jangan ingkar cakap suami, jangan sakitkan hati suami. Syurga seorang isteri itu di bawah telapak kaki suami. Pintu syurga luas terbuka kepada para isteri yang solehah." Ucap Puan Kamisah sambil mengusap rambut anaknya.

"Terima kasih mak sebab ajar Maia dan lahirkan Maia ke muka bumi ni. Tanpa mak dengan abah Maia takde kat dunia ni." Tubuh Puan Kamisah dipeluk kejap. Air mata jatuh membasahi pipinya terharu mendengar kata ibunya.

Pelukan anaknya dibalas. Belakang anaknya ditepuk perlahan. Cuba menyalurkan kekuatan kepada anaknya.

"Dah-dah jangan menangis. Esok nak nikah takkan nak orang tengok mata Maia yang sembab ni? Nanti orang ingat anak mak ni kahwin paksa pula." Sela Puan Kamisah sambil mengelap air mata dipipinya itu. Maia senyum simpul.

"Majlis belah lelaki bila buatnya?" soal Puan Kamisah pada anaknya. Sengaja mengalih topik tidak mahu anaknya bersedih.

"Hujung bulan depan katanya mak sebab tunggu papa Fareez sihat dulu. Sebab sekarang doktor pesan tak boleh banyak bergerak. Papa Fareez kena selalu duduk berehat sebab dia mudah jadi penat kalau bergerak terlalu banyak." Terang Maia. Puan Kamisah mengangguk mengerti. Turut mendoakan kesejahteraan bakal besannya itu.

"Hurm takpelah mak faham. Fareez mak tengok baik budaknya..mana Maia kenal?" soal ibunya tiba-tiba.

"Fareez kawan baik dengan Encik Farqil mak, bos tempat Maia kerja tu. Maia kenal dari situlah."

"Owh..tapi mak tak pernah nampak pon sebelum-sebelum ni? Baru lagilah kamu kenal dengan dia kan?" soal ibunya lagi.

"Haah mak, sebelum ni Fareez tinggal luar negara, dia baru balik Malaysia. Tapi dia orang dah lama kenal, berkawan sejak dari kecil." Jelas Maia kepada ibunya.

KERANA KUCINTA (VERY SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now