ღ❀✿BAB 3✿❀ღ

81 12 2
                                    

KERETA yang dipandu itu senyap sahaja. Keduanya-duanya hanya diam membisu. Hanya kedengaran celoteh juruhebah dicorong radio menceriakan suasana. Maia mula berasa kekok. Jari jemari dimainkan sesama sendiri.

"Awak boleh berhentikan saya dekat perhentian bas depan tu. Saya boleh naik teksi je." ujar Maia perlahan. Rasa malunya masih belum hilang lagi mengingatkan kejadian di restoren tadi. Tak semena pipinya mula merah membahang menahan malu.

"Kenapa pula? Kan Farqil dah amanahkan saya supaya hantar awak balik. Kenapa awak nak balik naik teksi pula?" soal Fareez tidak puas hati.

Maia menggigit bibir. 'Dia ni memang tak faham ke saje buat-buat tak faham' gumamnya.

"Saya tetap akan hantar awak. Saya takkan benarkan awak balik naik teksi." lembut tapi tegas kedengaran di telinga Maia. Maia mula mengalah, dia akur. Pandangan di alihkan keluar tingkap. Deringan telefon Fareez mematikan lamunan Maia.

Fareez segera menjawab panggilan mengunakan bluetooth yang terlekap ditelinganya.

"Ye saya, ada apa? Papa masuk hospital? Ha yelah kejap lagi saya datang." Fareez mematikan panggilan. Bluetooth ditelinga ditanggal.

Maia disebelah segera berpaling tatkala mendengar perkataan hospital. Wajah Fareez dipandang.

"Saya hantar awak dulu. Baru saya pergi hospital." ujar Fareez senada.

"Takpe kita pergi hospital terus. Nanti saya beri tau Encik Farqil saya masuk lambat sikit. Ayah awak tengah sakit. Takkan awak nak pentingkan orang lain lagi selain ayah awak sendiri. Lagipun saya yakin Encik Farqil pun akan faham situasi awak." ucap Maia bersimpati pada Fareez. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangan. Pesanan ringkas dihantar kepada Farqil memaklumkan kelewatannya masuk ke pejabat.

Fareez hanya diam tak bereaksi namun kereta terus diluncur menuju ke hospital. Akur dalam diam.

°°°°°°

"KENAPA ni Pak Mad apa yang terjadi? soal Fareez.

"Tuan terjatuh masa nak ambil ubat dekat pejabat tadi. Terus tak sedarkan diri. Masa tu Pak Mad ke tandas. Balik-balik tengok tuan dah pengsan tak sedarkan diri." jelas lelaki tua itu. Pak Mad juga sudah dianggap macam keluarganya sendiri. Sudah berpuluh tahun Pak Mad berkhidmat dengan keluarga mereka.

Nafas dihembus lembut. Papanya yang baru tersedar itu didekati. Tangan tua itu digenggam.

"Papa okey? Papa jangan banyak bergerak. Doktor cakap papa kena banyakkan berehat." tangan itu dikucup. Air mata yang bergenang di tubir mata ditahan agar tidak jatuh. Dia tidak mahu kehilangan papanya. Hanya papa yang dia ada kini.

Dato' Huzer mengusap lembut rambut anaknya. Bibirnya mengukir senyuman.

"Papa tak apa-apa nak. Areez jangan risau. Selagi Allah masih pinjamkan nyawa ni, selagi tu papa akan ada dengan Areez." Ucap Dato' Huzer dalam senyuman hambarnya. Wajah si anak dipandang sayang.

"Papa nak minta tolong Areez boleh?" soal Dato' Huzer. Fareez memandang papanya. Senyuman dilemparkan.

"Papa nak Areez buat apa? InshaaAllah kalau Areez mampu Areez tolong papa. Areez akan usahakan untuk papa. Areez janji" jawab Fareez tenang. Dia akan cuba sedayanya untuk memenuhi setiap permintaan papanya. Dia tak mahu mengecewakan papanya.

"Areez tolong ikut cakap papa ye? Gantikan tempat papa?" Fareez terdiam sejenak. Sudah dia tebak perkara itu yang bermain di fikiran papanya dalam terpaksa Fareez mengangguk jua. Dia akan turuti semua kata papanya. Dia tidak mahu mementingkan dirinya. Cukuplah papanya bekerja keras menjayakan Empire Holdings, papa perlu berehat.

KERANA KUCINTA (VERY SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now