Bab 5

1.2K 21 0
                                    

"Jannah dah betul-betul sihat ni?" Puan Sofi bertanya ramah. Wajah gadis yang masih kelihatan lesu itu dipandang.

Nur Jannah tersenyum. Kepala dianggukkan perlahan.

"Alhamdulillah, dah okey sikit puan," balasnya sopan.

"Betul okey ni? Kalau masih rasa tak sihat, kita buat photoshoot hari lain," cadang Puan Sofi pula.

"Betul. Saya dah okey," balas Nur Jannah bersungguh-sungguh. Rasanya sudah beberapa kali dia menunda tarikh photoshoot tersebut, jadi tidak sampai hati pula dia hendak menangguhkan lagi. Nasib baiklah Puan Sofi tidak keberatan hendak melakukan photoshoot tersebut pada hari minggu. Jadi, tidak perlulah dia bercuti semata-mata untuk kerja 'bidan terjun' tersebut.

Puan Sofi mengangguk dan terus bangun.

"Mari ikut I ke bilik persalinan," ajaknya.

Nur Jannah menurut dan dia terus bangun.

"Hi, auntie."

Langkah Puan Sofi terhenti. Kepala ditolehkan ke muka pintu. Terpandangkan Syed Azrai yang sedang berjalan ke arahnya, tubuhnya terus dipalingkan.

"Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba datang butik auntie, kenapa? Weekend pula tu." Kening dikerutkan dan tangan dipelukan ke tubuh. Syed Azrai yang sudah berdiri di hadapannya itu dipandang tajam.

Syed Azrai tersenyum. "Saja," balasnya selamba.

"Hurmmm... Hari ni tak berdating ke?" bedil Puan Sofi pula.

Tawa Syed Azrai terburai. "Mana ada girlfriend."

"Tak ada girlfriend? Yang asyik menempel tu siapa?" tanyanya pula. Teringatkan kekasih anak saudaranya yang bernama Nabila, sesak rasa nafasnya. Bukan kerana tidak cantik tetapi terlebih mengada-ada. Eee... Geli kadang-kadang dia melihatnya.

"Itu kawan ajelah," balasnya. Sesekali matanya menoleh pandang ke arah gadis di sebelah ibu saudaranya. Hurm... Cantik! bisiknya.

"Hurmmm... Yalah kawan. Okeylah, auntie ada banyak kerja ni. Kalau nak ajak auntie minum, you kena tunggu auntie dalam setengah jam."

"No problem."

"Tunggu dalam ofis, okey," suruhnya pula.

Tidak membantah, Syed Azrai mengangguk. "Yes, ma'am." Tangan diangkat ke kepala sebelum dia terus beredar.

"Jom, Jannah." Dia berpaling memandang Nur Jannah semula.

"Sorry, tadi tu anak saudara I. Yang paling rapat dan yang paling nakal juga," ceritanya dengan senyuman di bibir.

Nur Jannah turut tersenyum. Oh! Barulah dia tahu, anak saudara rupa-rupanya. Ingatkan kekasih gelap Puan Sofi. Hesy! Jahat betul apa yang difikirkan sebelum ini. Maklumlah orang kaya kan suka simpan kekasih gelap, tebaknya sengaja memandai-mandai.

"Ini baju-baju yang akan you gayakan. Ada lima pasang semuanya. Sekejap lagi my mekap artis akan datang solekkan dan dandan rambut you. Lepas tu you boleh salin baju di bilik tu dan kita akan ambil gambar dekat studio di bilik sebelah ni," terang Puan Sofi panjang lebar. Deretan gaun-gaun malam rekaannya disentuh satu per satu.

Nur Jannah mengangguk. Gaun-gaun malam yang ditunjukkan Puan Sofi tadi dipandang tak berkelip. Hurm...Cantik-cantik dan nampak mewah semuanya. Nasib baik tidaklah seseksi mana, hanya terbelah di bahagian bawahnya sahaja. Bahagian dada? Hurmmm... Tidaklah menjolok mata sangat.

"So, you tunggu dalam bilik ni dulu, kejap lagi Deen akan masuk."

"Deen? Lelaki?" Laju Nur Jannah bertanya. Muka sudah berubah riak. Mekap astis tu lelaki? Ya Allah, tak pernah lagi mana-mana lelaki menyentuh kulit wajahnya selama ini. Dia nakal dengan lelaki tetapi tak pernah lagi lelaki-lelaki yang didekati berani menyentuh wajahnya. Kecuali Gibran. Mamat tak reti bahasa itu!

Dia Bukan BidadariWhere stories live. Discover now