Esak suara tangis Melur sayup-sayup kedengaran. Maimunah menghampiri anak daranya itu dari belakang. Dia menyentuh bahu Melur dan terus melabuhkan punggungnya disebelah Melur yang sedang duduk di atas kerusi kayu panjang di beranda hadapan rumah. Melur tunduk sahaja. Bahunya terenjut-enjut menahan sebak yang mengasak di dada.‘’Bersabarlah Melur. Sampai bila lagi kau nak menangis?’’ Pujuk Maimunah.
Hati tuanya juga rawan melihatkan keadaan anaknya itu beberapa hari kebelakangan ini. Makan minumnya sudah tidak terurus lagi. Puan Maimunah bimbang jika Melur mendapat sakit nanti. Melur memaut tangan emaknya lalu merapatkan kepalanya pada badan Maimunah. Maimunah pula mengusap rambut anak gadisnya itu.
‘’Mak....’’ Sayu sahaja Melur bersuara. Dia mendongak memandang wajah Maimunah.
‘’Ye Melur. Sapu air mata kamu tu. Mak tak nak tengok anak mak bersedih setiap masa.’’
‘’Siapa bunuh abang Ramli, mak?’’ Melur meluahkan kegalauan hatinya. Maimunah sedikitpun tidak terkejut. Dia sudah menduga hal itu. Melur masih bersedih atas kematian Ramli, tunangnya itu. Maimunah menarik nafas dalam. Dia perlui bijak mengatur ayat untuk menerangkan kepada Melur.
‘’Mak juga tak tahu Melur. Siapa dan kenapa dia dibunuh juga masih lagi menjadi persoalan kepada orang kampung. Semuanya masih tertanya-tanya.’’ Terang Maimunah jujur. Dia tidak tahu bagaimana lagi untuk menerangkan kepada Melur walaupun soalan itu hampir setiap hari di tanya oleh Melur. Dan setiap kali itu jugalah dia melihat Melur bersedih di beranda rumah. Seperti berharap tunangnya, Ramli yang telah dibunuh dengan kejam akan kembali.
Mendengarkan jawapan itu, Melur tidak bersuara lagi. Esaknya juga makin perlahan. Tidak lama lagi dia dan Ramli akan dinikahkan. Hanya dua bulan sahaja lagi. Nampaknya ajal telah mendahului Ramli berbanding jodohnya. Maut telah memisahkan mereka berdua buat selamanya di dunia. Hakikat itu masih sukar untuk diterima oleh Melur walaupun berkali-kali di pujuk oleh ayah dan ibunya.
Rambut Melur yang melepasi parah bahu itu di usap lembut oleh Maimunah. Cuba meredakan kegundahan hati anaknya. Melur menyeka air mata yang masih berbaki di pipi. Dia harus kuat menerima takdir ini. Dan itu semestinya menuntut masa yang lama. Hanya masa yang dapat mengikis segala duka yang mencalar di hatinya kini.
Melur merenung sesuatu di atas telapak tangannya yang sedari tadi digengamnya erat. Di tenungnya satu objek seperti loket sebesar dua jari tersebut.
Maimunah di sebelahnya kelihatan terperanjat apabila terpandang objek tersebut. Lama dia merenung seperti cuba mengingati sesuatu.
‘’Loket tu, dari mana Melur dapat ?’’ Tanya Maimunah. Melur terperanjat.
‘’Loket ni?’’ Melur inginkan kepastian. Dia menunjukkan loket tersebut kepada ibunya.
‘’Abang Ramli yang hadiahkan pada Melur. Kira-kira dua minggu yang lepas. Sebelum abang Ramli di mati.’’Beritahu Melur tanpa berselindung. Namun apabila menyebut sahaja nama Ramli, hatinya menjadi sebak. Riak wajahnya mula berubah. Sayu.
‘’Dari mana Ramli dapat loket ni?’’ Soal Maimunah lagi. Hatinya sedang menduga sesuatu. Namun segera ditidakkan telahan itu. Dia mahukan kepastian. Hanya Melur sahaja yang tahu jawapanya. Mustahil untuk dia bertanya kepada Ramli.
Melur mula berasa aneh dengan perubahan tingkah laku emaknya. Beriya –iya pula emaknya hendak tahu lebih lanjut. Namun tidak pula Melur hendak merahsiakan apa-apa.
‘’ Kata Abang Ramli, dia jumpa di dalam hutan di bukit sana sewaktu mencari buluh untuk di buat pancang. Kenapa mak?’’ Terang Melur sambil menunjukkan ke arah perbukitan Garau. Mendengarkan jawapan itu Maimunah terdiam. Jantungnya mula berdegup laju secara tiba-tiba. Meraut wajahnya beberapa kali dengan kedua belah tangan. Dia seperti sedang mengelamun jauh.
‘’Mak?’’ Melur mulai risau melihatkan keadaan emaknya.
‘’Mak? Kenapa ni mak?’’ Melur menggoncang bahu emaknya. Takut melihatkan keadaan itu. Emaknya bagaikan baru tersedar dari mimpi sahaja.
‘Err..err... Tak da apa. Mak okey’’ Maimunah berdalih. Menafikan dan seperti menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan Melur.
Belum sempat Melur bertanya lanjut, seorang pemuda tiba-tiba sahaja muncul di halaman rumah mereka. Dia kelihatan tercungap-cungap sahaja.Pemuda itu memberikan dalam lalu dijawab oleh Melur dan Maimunah.
‘’Kamu rupanya Kamil. Ada apa datang ke mari? Macam dikejar hantu saja kau ni’’ Soal Melur apabila Kamil sudah berada di halaman rumah.
‘’Mak cik Maimunah, Pak Jali ada di rumah tak?’’ Soal pemudah bernama Kamil itu. Soalan Melur langsung tidak di jawab. Sememang itu adalah tujuannya iaitu mencari pak Jali setelah diarahkan oleh Tuk Penghulu.
‘’Ada apa kamu cari aku, Kamil?’’ Pak Jali muncul di muka pintu. Dia terdengar suara Kamil menyebut namanya tadi.
‘’Pak Jali, Tuk Penghulu panggil berkumpul ke rumahnya. Katanya ada kecemasan’’
‘’Kecemasan? Apa kau cakap ni Kamil. Cuba kau berterus terang.’’ Sampuk Maimunah yang tidak sabar dengan berita separuh yang disampaikan oleh Kamil.
‘’Katanya anak mak cik Gayah hilang. Sehari suntuk tak balik ke rumah lepas masuk hutan seorang diri mencari akar kayu untuk dibuat ubat’’ Terang Kamil akhirnya. Mereka bertiga di atas beranda rumah kelihatan sungguh terperanjat.
Pak Jali masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian dia kembali semula bersama sebilah parang panjang di tangan kirinya. Kain pelekat yang dipakai tadi sudah ditukar dengan seluar panjang bersama sehelai kemeja berwarna kelabu. Dia melangkah turun ke halaman rumah dan lekas-lekas menyarungkan selipar.
‘’Maimunah, kamu duduk di rumah sahaja. Jangan kemana-mana sehingga aku balik. Melur, pastikan semua tingkap dan pintu dikunci. Kalau ada apa-apa, terus ke rumah Tuk Penghulu.’’ Pak Jali sempat meninggalkan pesan kepada anak dan isterinya.
Dia mengikuti langkah Kamil berjalan ke arah rumah Tuk Penghulu. Jarak antara rumahnya dengan rumah Tuk Penghulu tidaklah begitu jauh. Tidak sampai lime minit mereka sudah sampai di hadapan rumah Tuk Penghulu. Kelihatan orang ramai sudah berkumpul disitu. Dia antara mereka yang terkemudian sampai.
Tuk Penghulu keluar daripada rumahnya. Dia berdiri di hadapan mereka yang sudah siap berkumpul bersama parang sebagai kelengkapan untuk masuk ke hutan. Tuk penghulu berucap memberikan taklimat tentang apa yang akan dilakukan oleh mereka nanti bagi mencari anak Gayah yang hilang di dalam hutan.
Mereka mula bergerak setelah mendengar penerangan ringkas tadi. Hasan turut serta apa pencarian tersebut walaupun tidak dipedulikan oleh Tuk Penghulu. Dia juga warga kampung ini, dan mahu menyumbangkan tenaga dalam misi tersebut.
YOU ARE READING
MARGANDAT
Mystery / ThrillerKepulangannya disambut dengan malapetaka . Dia tidak menduga sama sekali dan segala hal sebenarnya juga tidak dapat di duga. Makhluk aneh itu ternyata masih dahagakan darah merahnya walaupun dia telah berkelana jauh dari kampung halamannya. Kepala...