Margandat - BAB 9

118 14 0
                                    

Maimunah di hambat kebimbangan. Hatinya mula di amuk resah. Sejak keluar tadi, suaminya masih juga belum pulang. Hatinya mula tidak tenteram.  Hujan yang tadinya lebat sudah mulai reda. Melur sedang berkurung di dalam biliknya, melayan perasaan barangkali.

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan lamunannya. Kedengaran suara orang memberi salam. Maimunah turun dari katil, keluar dari bilik menuju ke pintu hadapan.

"Siapa tu?" Soal Maimunah inginkan kepastian. Dia tidak lekas membuka pintu sehingga dia pasti siapa di luar sana.

"Saya ni, Kamil" Jawab pemilik suara di luar. Maimunah menarik nafas lega. Dia mengenali Kamil, dan tiada apa yang hendak dicurigai dengan Kamil. Selak pintu atas dan bawah di buka. Pintu dikuak dari dalam. Maimunah menyembulkan dirinya di muka pintu.

"Ada apa Kamil? Di mana Pak Jali?" Soal Maimunah apabila melihat Kamil berseorangan sahaja di halaman rumah. Hairan kerana kelibat suaminya yang pergi bersama Kamil pagi tadi tidak pula kelihatan.

"Sebab itulah saya ke sini, mak cik Maimunah. Tadi hujan, kami semua sudah keluar dari hutan. Tapi, Pak Jali, Pak Hamid dan beberapa orang penduduk kampung masuk semula ke hutan Garau. Mencari Hasan yang mungkin sesat di hutan Garau sewaktu pencarian tadi." Beritahu Kamil panjang lebar.

Maimunah nyata terkejut mendengar berita tersebut. Melur yang entah bila masa berada di sebelah Maimunah juga kelihatan terperanjat.

"Lagi satu, Pak Jali pesan kalau dia balik lewat nanti, dia suruh mak cik Maimunah dan Melur menumpang sementara di rumah Tuk Penghulu." Sambung Kamil lagi.

"Baiklah Kamil. Terima kasih kerana beritahu kami."

"Kalau begitu, saya minta diri dulu." Pohon Kamil berbudi bahasa.  Kamil kemudian terus meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Pesanan pak Jali sudah disampaikan.

Maimunah menutup kembali pintu lalu mengunci seperti mana tadi.

"Ada apa-apa yang tak kena ke mak?" Soal Melur bimbang melihat raut wajah emaknya.

"Mak bimbangkan keselamatan ayah kamu, Melur. " Maimunah berterus terang tentang perasaannya itu.

"Mak nak ke rumah Tuk Penghulu?" Soal Melur lagi.

"Pesan ayah kamu begitulah, tapi mak rasa lebih baik kiranya kita tunggu dulu. Jika pukul sepuluh malam ayah kamu belum pulang, kita pergi ke sana." Beritahu Maimunah. Dia mengerti kebimbangan anak daranya itu. Dia masuk semula ke dalam biliknya. Begitu juga dengan Melur.

MARGANDATWhere stories live. Discover now