Margandat - BAB 11

240 18 8
                                    

Selesai menikmati sarapan ubi kayu rebus bersama kelapa parut, Hasan bergegas turun dari rumah. Menyarungkan selipar dan berlari-lari anak ke belakang rumah. Dia berhenti pada salah satu tiang rumahnya. Tiang yang diperbuat daripada kayu cengal itu kelihatan masih kukuh walaupun semakin dimamah usia.

Diamati tiang tersebut lama-lama. Setelah begitu pasti, dia memusingkam badan dan menyandarkan tubuhnya pada tiang tersebut. Memejamkan mata seperti mahu meraih satu ketenangan sedalam dalamnya. Kelopak matanya kemudian dibuka perlahan-lahan. Memandang terus ke hadapan. Ke arah kawasan lapang yang ditumbuhi semak-semak renek.

Hasan membuka langkah dengan mengangkat kaki kanannya. Apabila kaki kanan itu menjejak tanah, mulutnya menyebut satu. Perlahan sahaja seperti orang berbisik bunyinya.  Dia terus melangkah dan berhenti pada kiraan ke - 25.

Setelah begitu pasti, Hasan membuat tanda 'x' pada permukaan tanah tersebut dengan menggunakan sebatang kayu.

Dia berjalan ke arah bawah rumah mendapatkan cangkul yang diletakkan ayahnya disitu serta kembali semula ke tempat yang ditanda tadi.

Pemegang cangkul di gengam erat dengan kedua belah tangannya. Hasan mengangkat tinggi cangkul ke udara lalu menghayun pada tanah yang terdapat tanda tadi.

Setelah beberapa minit mengali, Hasan berhenti sambil mengesat peluh. Lubang sedalam satu kaki itu ditenung lama. Dia mula berasa hairan.

Hasan tunduk mengais-ngais tanah dengan jarinya. Mencari sesuatu di dalam tanah tersebut. Wajahnya berkerut.

Hasan bangkit menghayun semula cangkul ke tanah. Selepas beberapa hayunan, dia berhenti lagi. Kali ini wajahnya bertambah berkerut. Apa yang di carinya tiada disitu.

Dia melihat sekeliling. Memastikan yang dia sudah menggali di tempat yang betul. Hasan melemparkan cangkul yang dipegangnya ke tanah. Terduduk dia  di atas tanah sambil merenung lubang yang telah di galinya tadi.

"Hasan." Panggil Pak Hamid yang sedari tadi memerhati tingkah laku Hasan dari dalam rumah melalui tingkap. Hasan masih tidak berpaling.

"Hasan..." kali ini suara Pak Hamid dikuatkan sedikit dari tadi.

"Ya. Ada apa ayah?" Tanya Hasan binggung. Nampaknya Hasan sudah mengelamun jauh, patutlah panggilan Pak Hamid mulanya tadi tidak diendahkan.

"Mari naik ke sini sekejap." Panggil Pak Hamid.

Hasan tidak membantah. Dia bangun sambil mengibas-ngibas tanah yang melekat di seluarnya. Setelah dipastikan bersih dia melangkah ke arah beranda hadapan rumah.

Pak Hamid sedang duduk di atas kerusi di beranda. Hasan duduk di atas kerusi di sebelah ayahnya. Peluh yang mengalir di muka di kesat dengan belakang tapak tangan.

"Ada apa, ayah?" Soal Hasan.

Pak Hamid bangkit lalu masuk ke dalam rumah dan keluar semula bersama sesuatu di tangannya.

"Ini yang kau cari?" Tanya Pak Hamid sebaik meletakkan sesuatu yang panjang   di balut kain batik itu ke atas meja.

Hasan pantas menerpa. Dia membuka ikatan pada kain tersebut.

Matanya membulat. Terkejut dengan apa dilihatnya. Kemudiannya dia tersenyum, gembira. Apa di carinya sudah ditemui. Disangkakan sudah hilang.

"Macam mana ayah jumpa pedang ni?" Tanya Hasan sambil mengangkat sebilah pedang di hadapannya. Dia menarik keluar pedang tersebut daripada sarungnya.

"Tidak lama dulu selepas kau tinggalkan kampung ini, ayah terjumpa pedang ni tertanam di belakang rumah. Jadi ayah ambil dan simpan di dalam rumah. Ayah tahu, suatu hari nanti kau akan kembali juga ke perkampungan ini." Terang Pak Hamid.

Hasan merenung pedang di tangannya. Tajam. Berkilat. Sudah lama tidak bermandikan darah. Sejak kali terkahir, beberapa tahun dahulu.

"Pedang ini sangat istimewa, ayah. Hadiah pemberian arwah Tok Guru Aki sewaktu dalam persilatan dahulu." Beritahu Hasan walaupun ayahnya sedia maklum tentang pedang itu. Tetapi tidak pula diketahui kenapa Tok Guru Aki menyerahkan pedang tersebut kepada Hasan.

"Apa kau nak buat dengan pedang itu, Hasan?"

"Ada urusan yang perlu di selesaikan, Ayah. Huru-hara ini perlu di tamatkan segera. Walaupun ada darah yang akan tumpah." Beritahu Hasan sambil menghayun pedang itu ke kiri dan ke kanan seperti sedang berlawan. Sudah lama dia tidak menggunakan pedang ini.

"Pasti berkait dengan kejadian tempoh hari bukan?" Pak Hamid bijak menduga.

Pedang tersebut dimasukkan kedalam sarung dan di letakkan semula ke atas meja. Hasan kembali duduk. Wajah ayahnya di pandang.

"Ya, ayah. Sewaktu hilang di hutan tempoh hari, sebelum ayah dan yang lain-lain tiba, saya telah bertarung dengan makhluk tersebut. Makhluk yang telah mencetuskan huru-hara di perkampungan Gandat ini."

Pak Hamid kelihatan terperanjat mendengar pengakuan daripada Hasan.

"Makhluk itu sebenarnya adalah...Saiful." Sambung Hasan lagi.

Pak Hamid mendengus halus. Dia kenal pada Saiful iaitu rakan baik anak sejak kecil. Namun, entah mengapa tiba-tiba Saiful mengamuk. Beberapa nyawa turut melayang kesan amukan tersebut. Kemudian terus hilang dari perkampungan Gandat.

Ada sesetengah yang mengatakan Saiful menuntut ilmu sesat, atau ilmu hitam. Pelbagai versi cerita telah bertebaran hinggakan akhirnya senyap dan lenyap bergitu sahaja. Hanya marga tua di situ sahaja uang mengetahui tentang kisah tersebut.

Dan disebabkan itu juga Hasan telah keluar membawa diri daripada Perkampungan Gandat dengan alasan hendak mencari Saiful. Padahal cerita sebenar hanya Tuk Penghulu dan arwah gurunya iaitu Tok Aki sahaja yang tahu.

"Maknanya, kau akan kembali semula ke Hutan Garau?"

"Ya, saya akan ke sana semula."

Sekali lagi pak Hamid mengeluh. Kasar sahaja bunyinya. Hati tuanya bimbang akan kehilangan anak lelakinya untuk kali kedua.

Hasan pula sudah membulat tekadnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 04, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MARGANDATWhere stories live. Discover now