Semak samun merimbun yang menghalang laluan kumpulan itu pantas di dilibas dengan parang. Mana-mana pokok renek yang yang merimaskan jugak dicantas.Kumpulan pencarian seramai 20 orang lelaki itu diketuai sendiri oleh Tok Penghulu. Tadi dia sudah mengumpulkan orang-orang lelaki di kampung Gandat untuk menyertai pencarian anak lelaki Gayah. Menurut kata orang tuanya, Khairi memasuki hutan Garau untuk mencari akar kayu untuk dibuat ubat. Sudah menjadi tanggungjawab tanggungjawab Tok Penghulu untuk mengambil tahu perihal anak buahnya.
Tidak sampai seminggu sejak kematian Ramli, kini malapetaka baru pula menimpa kampung Gandat. Harapannya di dalam hati agar Khairi anak Gayah cuma tersesat sahaja di hutan Garau. dan tiada apa-apa yang buruk menimpanya. Dia tidak mahu marga Gandat berduka lagi untuk kali kedua. Sedangkan kehilangan Ramli masih lagi di rasai sehingga ke hari ini. Tambahan pula pembunuhan Ramli masih menjadi misteri. Siapa pelakunya juga tiada siapa yang tahu. Manusia atau apa?
Kepala Ramli yang dipenggal juga masih tidak dijumpai walaupun puas di cari sehingga lapang semak samun di kawasan berhampiran mayat Ramli di temui.
Matahari sudah mula menyondong sedikit ke arah barat. Mereka masih berada di pinggir hutan, di kawasan kebun milik penduduk kampung. Atas sebab itu hutan ini tidak terlalu tebal. Dijaga dengan baik oleh pemiliknya. Marga Gandat semangnya terkenal dengan kerajinan. Jika tidak, mana mungkin perkampungan ini dapat dibuka.
Matahari masih mampu menerobos cahayanya melalui dedaun pokok yang menjulang untuk sampai ke lantai hutan. Semakin lama berjalan mereka semakin jauh ke tengah hutan. Sudah melepasi semladan kawasan kebun penduduk kampung. Ini bermakna mereka sudah berada di pinggir hutan tebal. Hutan Garau yang dianggap misteri oleh warga tua di perkampungan Gandat.
Khairi...!
Khairi.... !
Nama Khairi dilaung berulang kali. Namun hampa. Sahutan itu langsung tidak berbalas. Di bahagian belakang barisan kelihatan Hasan sedang meliarkan pandangannya ke arah persekitaran. Sengaja dia memilih untuk berada di bahagian belakang sekali mengelak untuk bertentang mata dengan Tok Penghulu. Kehadiran dia bersama kumpulan pencari ini juga sebenarnya tidak disukai oleh Tuk Penghulu namun tidak pula dia di halau.
Merasa bertanggungjawab sebagai marga Gandat, dia nekad untuk turut serta dalam pencarian ini. Ayahnya, Pak Hamid tidak pula menghalang. Sebilah parang panjang di bawa bersama yang disisipkan rapi dipinggangnya. Hampir sahaja mata parang panjang itu di hayun kepada seekor babi hutan tempoh hari.
Mereka sudah berjalan jauh ke dasar perut hutan. Suasana pula sudah bertukar sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi unggas dan mergastua yang lain. Tiada lagi kedengaran bunyi berkokok daripada ayam milik penduduk kampung.
Tok Penghulu mengangkat sebelah tangannya mengisyaratkan sesuatu. Mereka di belakangnya segera memberhentikan langkah. Begitu juga Hasan di kedudukan paling belakang yang turut berhenti melangkah apabila orang di hadapannya berhenti. Mereka berkumpul merapati Tok Penghulu di kawasan lapang tersebut yang dipayungi dengan pokok terap.
‘’Kita berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ikut Jali ke bahagian barat, dan satu kumpulan lagi ikut aku ke arah timur.’’ Tuk Penghulu memberikan arahan.
Langkah ini terpaksa di ambil bagi memudahkan pencarian. Juga dapat meningkatkan peratusan untuk menemui Khairi. Setelah memilih kumpulan untuk diikuti, mereka meneruskan semula perjalanan mengikut ketua masing-masing.
Kumpulan Jali bergerak secara bertentangan dengan kumpulan Tuk Penghulu seperti yang di arahkan tadi. Hasan memilih untuk mengikut kumpulan Jali.
Hutan Garau kembali diredah. Lantai hutan ditumbuhi tumbuhan renek yang merimbun. Petanda bahawa penduduk kampung Gandat jarang datang kesini. Bermakna hutan ini masih terpelihara khazanahnya. Begitu juga dengan rahsia dan misteri yang tersimpan rapi disini.
YOU ARE READING
MARGANDAT
Mystery / ThrillerKepulangannya disambut dengan malapetaka . Dia tidak menduga sama sekali dan segala hal sebenarnya juga tidak dapat di duga. Makhluk aneh itu ternyata masih dahagakan darah merahnya walaupun dia telah berkelana jauh dari kampung halamannya. Kepala...