Bab 1

968 2 1
                                    

Danish memandang gadis di hadapannya. Berwajah ayu dengan kulit yang putih bersih pasti sahaja menarik perhatian mana - mana lelaki. Rambut separas bahu bewarna blonde pasti sahaja diwarnai tuan empunya badan. Mata gadis ini yang bewarna hazel sangat menarik perhatiannya. 

"Abang Danish ni dengar tak apa yang Zara cerita ni." Zara mula berasa geram

"Abang dengar lah. Zara cerita yang Zara seronok sangat pergi Bali, Indonesia kan" Sebenarnya Danish hanya meneka, Dah berangan sangat macam mana nak dengar.

"Zara bagitau yang Zara benci abang sebab bila family Zara ajak abang holiday sekali abang tak nak. Nampak sangat tak dengar." Zara merasa nak hempuk je lelaki depan ni.

"Alah kalau abang ikut nanti bukan jadi family holiday lagipun nanti diorang asyik pay attention kat abang. Zara juga yang jealous. Yalah abang kan bakal menantu yang disayangi."

"Eee perasannya siapa ntah nak kahwin ngan dia perasannya."

Zara berasa senang dengan jejaka di hadapannya. Lelaki yang telah lama bertakhta di hatinya. Restu keluarga telah diperoleh tapi kena tunggu  3 tahun lagi sebab nak tunggu Zara habis degree sementara tu boleh lah Danish kumpul wang kan.



Zara memasuki perkarangan banglo dua tingkat milik keluarganya. Sebaik sahaja memasuki rumah Along menegurnya.

"Pergi date ngan Danish ke pukul lapan baru balik." Along bertanya dengan nada mengusik. Alongnya memang begini. Kalau ada peluang pasti tidak dilepaskan. Sabar je lah.

"Alaaa Adik taulah Along jealous takde siapa nak kat Along sebab tu umur dah 25 takde makwe lagi. Zara mengusik abangnya kembali. Bukan senang.

"Ehh Zara dah balik cepat pergi tukar baju lepas tu kita makan sama-sama" Ibunya, Datin Azliana mengarah. Wajib dalam keluarganya jam 8:30 malam adalah makan bersama keluarga. Tiada pengeculian kalau tak nak singa mengamuk.


Zara yang baru selesai mandi bersemangat nak turun." Nasib baru lapan dua puluh kalau tak masak ni." Bicara hati kecilnya.

Apabila sampai ke ruang makan yang boleh memuatkan sepuluh orang makan walaupun familynya hanya ada lima orang semuanya. Muka gadis yang sentiasa tersenyum bertukar kelat apabila melihat isteri kedua ayahnya dengan dua orang puteri yang masing-masing berumur 12 dan 8 tahun berada bersama. Ketika ini semua telah berkumpul kecuali dirinya.

"Tak sangka ada tetamu yang tidak diundang sekali. Ingat makan malam biasa je." Zara mula melahirkan rasa tidak puas hatinya. Bukan semua orang tak tahu yang dia sememangnya tak suka dengan tiga makhluk yang paling "baik" ni.

"Maisara kenapa cakap macam tu. Tak baik tau. Dia pun ibu Zara juga macam umi." Nasihat ayahnya, Dato Amar Faris. Sementara yang lain hanya berdiam diri. Malas nak masuk campur tambahan lagi diorang pun tak suka dengan kedatangan tetamu ini.

"Agaknya ayah tak faham lagi dengan Zara yang dai ni bukan ibu Zara. Zara cuma ada seorang mak ja kat dunia ni iaitu umi. Lagipun umi hidup lagi kot bukannya dah meninggal nak cakap dia ni ibu Zara." Ayatnya agak kasar mampu menghiris hati yang mendengar tapi nadanya masih terkawal.

"Dahlah Zakuan baca doa makan." Ayahnya mengarah Alongnya, Muhammad Zakuan membaca doa untuk menghentikan ketegangan yang boleh dirasai oleh semua orang.


"Ayah sebenarnya nak buat family holiday. Yelah sebab Puteri pun dah habis UPSR boleh celebrate kejayaan dia sekali. Tempat korang boleh tentukan." Ayah Zara memberitahu tujuannya membawa tetamu ni. Rupanya Puteri Insyirah ni dah habis UPSR.

"Ehh tak sangka lepas UPSR kita kena celebrate. Qaisara tak ingat pulak ayah pernah ucap taniah ke goodluck ke or even talk anything to make me fell like I have a dad during my UPSR. Oh I'm forgot you are so busy take care your wife and Puteri Insyirah that just born at that time. Now I remembered." Zara Qaisara anak kedua dalam keluarga dan kakak kepada Zara Maisara yang kini berusia 24 tahun berbeza setahun dari Zakuan melepaskan peluru berpandu.

"Qaisara it has pass. Dah 12 tahun perkara itu berlaku nak buat apa diingat." Ayahnya menegur baginya itu adalah khilaf yang dia lakukan mengabaikan anak-anaknya serta isteri pertamanya. Kini dia telah sedar tetapi tiadakah peluang kedua untuknya.

"Ayah betullah ayah tak pernah memahami kami. Biarpun 50 tahun ianya berlalu kesakitannya akan terus dirasakan setiap saat. Keperitannya sentiasa mengejar membuatkan hati tak mampu memaafkan." Along seolah-olah sangat kecewa dengan ucapan ayahnya hanya bercakap dengan nada perlahan.

"Oklah jom kita berbincang tempat mana menarik. Kalau umilah umi ingat nak pergi beruti kat Pulau Langkawi je bored kalau asyik pergi luar negara. Apa pendapat adik?" Umi terus menukar topik. Kesakitan yang dirasai anaknya membuatkan dia turut berasa sakit.

"Adik rasa ok juga cadangan umi tu. Bilik sorang satu kan ialah adik malas nak kongsi ngan kakak tidur ganas umi." Zara hanya mengikut rentak ibunya.

"Ehhh baik sikit ya bila cakap kakak bila tidur sopan gila kalah anak raja adik apa tau." Zara Qaisara mula membalas. Mana boleh dibiarkan jatuh air muka nanti.

"Alaa mengaku je lah Qaisara yang kau memang tidur ganas takyah nak cakap ayu lah apalah. Mengarut plus menipu je lebih." Zakuan juga tidak ketinggalan mengenakan Qaisara.

Akhirnya mereka semua ketawa. Melupakan ketegangan yang berlaku sebentar tadi. Dato Amar tersenyum melihat mereka bahagia. Semoga ianya berkekalan. Puan Alia yang diam sahaja sepanjang perbincagan mengukir senyuman. "Moga mereka dapat menerima diriku" doannya di dalam hati.


"Abang Danish family Zara nak buat family holiday. Abang nak join tak?" Tanya Zara ketika mereka berjumpa di Starbuck. Sekadar ajak-ajak ayam ja sebenarnya.

"Again? Berapa kali nak pergi holiday ni? Bukan hari tu baru pergi Bali ke?" Muka Danish kelihatan berkerut mungkin memang tidak dapat memepercayainya atau entahla.

"Hmmm. Hari tukan ayah ngan ibu ngan adik tiri Zara tak join kali ni pergi ngan diorang sekali la." Tiada nada keterujaan di situ berbanding sebelum ini. Mungkin tidak ikhlas pergi ke sana.

"Zara sebenarnya tak nak pergi kan?" Bukannya Danish tidak tahu masalah keluarga kekasihnya itu. Tapi sebolehnya dia tidak ingin masuk campur takut mengeruhkan keadaan. Tambahan lagi, dia hanyalah orang luar.

"Zara tak nak pergi api umi paksa. Zara tak sanggup nak sakitkan hati umi." Lagaknya seperti kanak-kanak yang sedang mengadu pada ayahnya. Mata Zara juga kelihatan berkaca-kaca cuba untuk tidak menangis.

"Takpe kali ni Abang join Zara so Zara takdelah boring sangat nanti." Rasa kasihan menyebabkan dia bersetuju dengan ajakan kekasihnya lagipun apa salahnya boleh dia berehat sambil itu.

"Tapi tak menyusahkan Abang ke. Abang mesti banyak kerja lagipun baru bulan lepas Abang start kerja takkan nak ambik cuti dah mesti boss abang tak bagi kan. Lagipun..."

"Zara lupa ke yang tu syarikat ayah Abang mestilah dia bagi kalau abang sebut je nama Zara mesti dia kata Ok punya lah. Papa kan sayang Zara macam anak dia sendiri." Danish memintas kata-kata kekasihnya. Kalau dibiarkan entah apa yang dia merapu.

"okey"

Aku CurangWhere stories live. Discover now