Bab 6

261 0 0
                                    

Zara dan Qistina berdiri manghadap satu sama lain. Tiada suara yag kedengaran. Kedua-duannya terkelu untuk berbicara. Kata-kata Rohatna menyentap hati mereka.

Zara mengambil nafas panjang sebelum berbicara.

"Aku minta maaf." perlahan sahaja Zara berkata.

"Aku pun nak minta maaf juga. Aku yang selfish. Hanya kerana lelaki aku putuskan persahabatan kita yang bertahun-tahun. Aku tak pernah minta penjelasan kau." Qistina menangis ketika mengucapkan jata-katanya.

Mereka berdua berpelukan dan menangis. Menangis kerana kekhilafan dan keegoan mereka.

"Aku minta maaf sangat-sangat Zara. Aku tak puas hati ngan kau sebab semua orang asyik pandang kau je. Sebab tu bila Amirul ajak jadi girlfriend dia aku happy sangat. Akhirnya aku dapat kalahkan kau dalam something tapi bila Amirul kata dia curang dan bercinta ngan kau, aku jadi marah. Aku rasa kau cuba nak rampas semua yang aku ada." teresak-esak Qistina bercerita apa yang dipendam selama ini.

"Aku pun minta....maaf gak. Aku tau perkara sebenar tapi tak pernah cerita kat kau. Aku dah tau lama Amirul ada perempuan lain maybe sebab tu dia fitnah aku. And bila kau serang aku....aku jadi marah so aku biar je kau tuduh aku sebab aku tau kau lagi sakit hati dari aku. I'm so sorry." Zara juga menangis tersedu-sedu. Sedar akan ego yang membunuh persahabatan mereka.

Mereka berdua menyediakan sarapan pagi. Nasi goreng kampung. Khas untuk Rohatna yang makan hatu dengan sikap mereka. Mereka sanggup bangun awal semata-mata untuk menyiapkannya.

Rohatna keluar daripada bilik untuk ke universiti. Dia terbangun lewat pagi tadi jadi dia tidak sempat untuk masak. Langkah Rohatna terhenti di ruang makan apabila melihat Zara dan Qistina menunggunya di meja makan. Muka terkejutnya jangan cakaplah.

"Korang berdua tak bergaduh?" yalah mana taknya setiap kali berjumpa mesti ada yang tak kena. Ni siap boleh tunggu berdua lagi. Demam ke?

"Jangan perli kitaorang boleh tak. Dah jangan cakap banyak. Jom makan." balas Zara selamba sambil menarik Rohatna ke meja makan.

Mereka bertiga duduk. Keadaan sunyi seketika. Masing-masing menikmati hidangan yang tersedia sebelum Qistina memecahkan kesunyian.

"Rohatna...aku nak minta maaf atas perlakuan aku selama ni. Selalu emo tak menentu. Suka marah-marah kau. Tak amik kisah pasal kau. Sorry ya." ikhlas Qistina menuturkan kata-kata.

"Aku pun nak minta maaf kat kau gak. Selalu serabutkan kau dengan masalah aku. Pastu selalu tak ada kat rumah sebab nak lari dari Qistina punya pasal. Aku tak tau kau sunyi. Aku minta maaf sangat-sangat." Zara hampir menitiskan air mata ketika mengatakannya. Dia memang keras namun sekali dia ikhlas kalah drama queen.

Rohatna menagis mendengar kata-kata kawannya. Dalam hati dia mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana menyedarkan kawan-kawannya. Mereka bertiga berpelukan sambil menangis.

"Janji jangan gaduh teruk cam ni lagi ya." kata Rohatna

"Janji!" ucap Qistina dan Zara serentak.

Aku CurangWhere stories live. Discover now