BAB 5

281 0 0
                                    

Zara menghempaskan dirinya di atas katil. Terasa penat seharian bejalan ke sana sini. Menghabiskan masa yang ada dengan boyfriend tercinta. And dia shopping banyak benda guna duit Danish semestinya. Sebenarnya dia ambik kesempatan yang ada. Yalah dia merajuk ngan Danish so nak pujuk guna duitlah. Oh but dia bukan metarialistik person. Sebab sebelum ni pon dia guna duit sendiri. Baru kali ni ja dia guna duit Danish. Teringat pula waktu Danish pujuk. So gentleman.

"Sayang kenapa ni? Tiba-tiba marah. Abang ada buat salah ka? Abang cuma bagi cadangan ja. Kalau sayang tak suka abang minta maaf ok."

"Isy...abang tau kan yang tu Impian Zara...Zara nak pergi luar negara tanpa guna duit mummy and daddy. Zara nak buktikan pada diorang yang Zara bukan anak manja yang sepenuhnya bergantung pada parents. Kalau Zara terima cadangan abang maknanya Zara gagal nak tunjukkan pada diorang yang Zara boleh berjaya. Abang fahamkan?"
Selesai sahaja Zara berkata-kata Danish menggenggam erat tangannya seolah-olah takkan melepaskannya.

"Sayang..tak risau ke?" tanya Danish tanpa menjawab persoalan Zara.

"Risau apanya pula?" Zara balas dengan soalan juga.

"Tiba-tiba abang cari girlfriend baru ke? Tak risau ke? Yalah Zara kan duduk jauh. Lama pula tu." Danish cuba menimbulkan kerisauan pada hati Zara.

Sungguh dia tidak sanggup berjauhan dengan kekasih hatinya yang seorang ini.

Zara yang mendengarnya, berfikir. "Betul juga kan. Macam mana dalam tempoh lima tahun ni abang jumpa orang lain." kata Zara di dalam hati.
"Abang cinta is about trust. I trust you with all my heart and I hope you will not betray it." balas Zara tegas. Dia percayakan Danish.

Danish yang mendengarnya sedikit kecewa kerana tidak dapat mengubah pendirian kekasihnya namun dalam amsa yang sama dia gembira kerana Zara mempercayainya.

"Ok. Kalau macam tu hari ni 2 Febuari 2013 kita berjanji akan setia antara satu sama lain and atasi hubungan jarak jauh ni." Danish mengucapkan ikrarnya sambil menyuakan jari kelingkingnya.

"Baiklah. Saya janji akan setia pada abang dan percayakan abang sepenuh hati saya." ujar Zara sambil membuat pinky promise dengan kekasihnya.
Mereka berdua tergelak selepas memikirkan semula perbuatan mereka. Macam budak-budak.

Angan-angannya musnah apabila secara tiba-tiba tubuhnya ditolak ke lantai.

"Kau dah kenapa Qistina!" jerkah Zara bengang. Dia segera berdiri dan bertentang dengan Qistina.

"Kau tu lah. Dah kenapa asyik kavau Amirul hah! Lepas tu kau guna kuasa bapak kau untuk terpilih kan! Mengaku je lah." Marah Qistina melulu.

"Hei kau ni kenapa? Balik-balik tuduh aku macam-macam. Bila masa pula aku pergi kacau Amiru tu hah! Dah lah tak handsome and for your information aku memang pandai sebab tu terpilih." Zara juga turut meninggikan suara. Tidak mahu kalah.

"Jangan nak menipu lah. Ada orang nampak kau ngan dia hari ni." Qistina menolak Zara jatuh ke lantai sebelum menyerangnya.

Mereka berdua bergolek di atas lantai dan saling menarik rambut serta bercakaran.

"Ya Allah! Apa yang korang berdua buat ni." Rohatna yang baru tiba terkejut dengan kejadian di depan matanya.

Dia segera menarik Qistina jauh daripada Zara yang jelas masih mahu menyerang.

"Korang berdua ni kenapa hah? Korang ni tak ingat dah ke yang kita bertiga pernah jadi bestfriend? Saling cerita masalah. Buat lawak, buat perangai macam budak-budak sama-sama. Tapi disebabkan seorang lelaki korang buang semua tu. Terutama kau Qistina! Aku tak cakap apa sebab waktu tu kau still heartbroken tapi aku dah tak tahan. Kau sendiri tau yang Amirul tu playboy tapi kau masih nak kat dia." Rohatna berhenti menarik nafas dan memandang kedua-dua rakannya yang terkelu.

"Bila Amirul fitnah je Zara kau terus percaya. Dan kau pula Zara. Tak pernah nak terangkan perkara sebenar kat dia. Kau ego." Rohatna mengelap air mata yang laju menuruni pipi.

"Dulu aku ada masalah korang mesti hiburkan aku tapi sekarang aku rasa kesunyian gila. Takde orang nak dengar masalah aku." selepas itu Rohatna terus berlalu ke bilik membiarkan rakan-rakannya yang kematian kata.

Aku CurangWhere stories live. Discover now