BAB 4

271 1 0
                                    

Suasana restoran yang bising, sedikit tidak pun mengganggu perbualan Zara dan kekasihnya, Danish.

Mereka gembira berbual dan bergelak tawa seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Siapa sahaja yang melihat pasti meraskan merekalah pasangan yang paling sweet dan sepadan. Mana taknya Danish handsome dan berkarisma sementara Zara cantik bergaya.

"Abang Danish Zara ada berita gembira ni. Cuba teka apa dia." Lembut dan manja sahaja Zara berkata-kata sambil menaikkan kening sebelahnya.

"Hmmm apadia... bagitau je lah sayang." Danish malas nak berteka-teki nanti tau juga.

"Isyyy abang ni memang lah." Zara memucungkan mulutnya sambil mukannya menghadap ke arah lain. Tanda protes.

"Yelahh.. jangan merajuk. Tak best lah macam ni. Dah la jarang jumpa." sabar Danish memujuk malah suaranya juga dilembutkan. Sesiapa yang mendengar pasti cair.

Malangnya gadis itu bukanlah Zara. Dia hanya membuat muka tak tahu apabila Danish cuba memujuknya. Kadangkala Zara merasakan Danish seolah-olah tidak serius dalam perhubungan mereka sedangkan Zara amat mencintainya. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Danish di sisi.

"Sayang...... janganlah macam ni. Sorrylah.... ye lah abang teka." Akhirnya Danish mengalah jua dengan protes Zara.

"So tekalah cepat."

"Zara dapat anugerah dekan."

"wrong"

"Daddy bagi duit lebih."

"Salah"

"You terpilih untuk ke luar negara"

"Betul! Pandai rupanya abang teka. Ingatkan tak reti." Zara kelihatan sungguh gembira seolah-olah dapat hadiah yang mahal.

"Sayang ni lawaklah. Teka benda macam tu pun nak happy sangat." Danish tergeleng-geleng melihat reaksi Zara. Macam budak-budak.

"Biarlah bukan kacau abang pun. Tak boleh tengok orang bahagia betul." Zara membulatkan matanya sambil menseriuskan wajahnya.

"Walauapapun tahniah sayang. Hebat betul girlfriend abang ni. Berapa tahun pergi sana? Kat mana." Soal Danish prihatin.

"Hmmm tak lama pun. 5 tahun je pun kat Australia. Abang tak kisah kan?" Zara mula risau apabila muka Danish berubah apabila diberitahu keberadaannya selama 5 tahun di Australia.

"Kenapa lama sangat ni sayang... orang lain selalunnya dua tahun lebih je. Kenapa you lama sangat." Pertanyaan Danish jelas menunjukkan dia tidak suka tentang berita yang didengarinya.

"Abang.... sayang sambung master sekali kat sana sebab tu lama. Alah pejam celik tengok-tengok sayang dah kembali ke Malaysia kalau tengok angka memanglah lama." Zara cuba memujuk Danish supaya membenarkannya pergi walaupun dia tak perlukan kebenaran daripada Danish. Lagak mereka seperti suami isteri.

"Apa kata abang bagi idea yang lebih menarik." Danish tiba-tiba sahaja kelihatan gembira dengan apa yang difkirnya.

"Apa dia?" tanya Zara dengan penuh persoalan di minda tentang apa yang difikirkan oleh Danish.

"Sayang tak payah sambung belajar. Kita kahwin je tahun ni. Lagipun gaji abang cukup nak tampung hidup sayang siap boleh bagi kemewahan lagi. Macam mana menarik tak." Danish sangat teruja mengutanrakan cadangannya. Wajahnya kelihatan berseri-seri.

Namun permintaan itu menimbulkan kemarahan Zara. "Apa yang abang merapu ni! Zara berusaha tau untuk sampai ke tahap ni tanpa bantuan sesiapa and you want me to let it go. Abang memang tak memahami Zara kan!" merona merah wajah Zara menunujukkan kemarahnnya berada di tahap tinggi.

Seraya berkata-kata Zara bangun dan berlalu keluar dari restoran itu sementara Danish tidak meyangka bahawa Zara akan begitu marah dengannya sedangkan dia hanya memberi cadangan. Salahkah dia dalam hal ini? Hatinya tertanya-tanya sebelum melepaskan satu keluhan yang berat.


Aku CurangWhere stories live. Discover now