Bab 8

362 0 0
                                    

Suasana di KLIA sangatlah sesak. Mungkin kerana sekarang musim cuti sekolah jadi ramai yang ingin ke sana sini.

Zara dan keluarganya sedang berkumpul di antara ramai-ramai pengunjung di situ. Kelihatan suasana di situ agak suram. Zara adalah anak bongsu dan jarang berjauhan dengan keluarga so berat hati keluarganya ingin melepaskannya namun demi ilmu terpaksalah mereka beralah.

"Ni duduk sana elok-elok. Jangan selalu keluar malam. Ingat pergi sana nak tuntut ilmu bukan nak enjoy. Pilih kawan yang baik-baik. Jangan sampai tersilap pilih. Hancur nanti. Jangan tinggal solat. Jaga nama agama, keluarga dan paling penting jaga maruah diri." Zakuan memecahkan kesunyian. Berat hatinya melepaskan adiknya merantau seorang diri. Tambahan lagi dengan sifat bebas yang dimiliki Zara. Semakin berat hatinya untuk merelakan pemergian adik bongsunya.

"Betul cakap along tu. Maisara belajar elok-elok. Bawa balik ijazah. Kalau ada masalah pasal duit ke apa ke bagitau ayah. Kalau ayah boleh tolong, ayah tolong." Tambah Dato' Amar Faris

Zara hanya menggangguk mendengar kata-kata nasihat yang diberi. Air matanya berlinangan. Tiba-tiba rasa macam tak nak pergi lah pulak bisik hati kecil Zara sambil kepalanya terlentok elok di bahu ibunya.

Ibunya hanya mengusap rambut ikal mayangnya dengan penuh kasih sayang. Tidak perlu sebarang kata-kata tapi sudah cukup membuatkan air mata Zara ingin mengalir namun dia tabahkan hati kerana tidak ingin membuat sesiapa risau.

Tiba-tiba ketika melayan perasaan sayu, telefon bimbitnya berdering lagu Rewrite the stars menandakan seseorang menelefonnya.

"Hello abang, kenapa call?" ringkas sahaja pertanyaan Zara kepada Danish. Mungkin kerana masih dalam mood sedih so takde mood nak layan Danish.

"Sayang kat mana?" tanya Danish. Suaranya kedengaran penat.

"Zara kat MCD KLIA. Nak tunggu flight. Kenapa abang tanya?" Zara berasa pelik

"Abang kat depan KLIA ni. Zara datang sini boleh tak?"

"Hah! Serius larh? Okey-okey, Zara datang sekarang." terkejut Zara mendengar pernyataan dari Danish. Dalam hatinya teruja kerana Danish ingin menghantarnya berlepas ke luar negara.

Zara segera berlari ke arah Danish apabila melihatnya. Zara terasa ingin menjerit tidak percaya kerana sehari sebelumnya Danish memberitahunya yang dia sibuk dan tidak dapat menghantarnya pergi.

"Abang ni kata sibuk semalam. Ni mesti tipu kan." Zara terus menyerang sebaik sahaja tiba di hadapan Danish.

"Isy... Mana ada tipu. Betullah abang sibuk tapi demi sayang, abang habiskan kerja cepat-cepat." balas Danish mempertahankan dirinya.

"Bukan tu ja. Abang ada suprise." ucap Danish dengan senyuman manis.

"Apa?" ringkas sahaja jawapan zara namun dia telah berfikir seribu satu jenis kejutan.

"Macam tak excited ja. Malaslah Abang nak bagitau." Danish mula merajuk.

"Zara excited larh. Abang ni! Macam tak kenal Zara. Lagi Zara nak tau something lagi kurang Zara bercakap sebab dalam mind ni tengah fikir macam-macam." Zara memberi penjelasan tentang sikapnya sambil memandang Danish.

"Oklah alasan diterima."

"Tu bukan alasan. Tu kemyataan." sempat lagi Zara membetulkan ayat Danish.

"Ya lahhhh sayanggggg." balas Danish sambil menggeleng apabila melihat senyuman Zara yang menandakan dia berpuas hati.

"Ok lah, bagitau lah apa suprisenya."

"Abang ikut Zara pergi Australia sekali and abang dah mintak izin daddy so Zara takyah risau. Abang dah tempah hotel apa semua and dah beli tiket flight pergi and balik. Panjang lebar Danish menerangkan sambil memegang tangan kekasihnya.

Zara tidak memberi reaksi. Dia terlampau terkejut. Zara senyap untuk beberapa minit sehingga Danish mencubit pipinya.

"Auchh! Sakitlah. Abang ni kenapa?" marah Zara sambil menggosok pipinya.

" Tu lah berangan sangat." balas Danish selamba. Tidak menghiraukan kemarahan Zara yang jelas sekali tidak akan berpanjangan.

" Eh Abang Danish takpe ke ikut Zara ni? Ayah tak kisah ke? Abang takde kerja ke? Tak mengganggu abang ke?...." tidak sempat Zara menghabiskan ayatnya Danish mencelah.

"Sayang tak payah risau pasal semua tu. Kalau abang sibuk takde maknanya abang ikut Zara. Kalau abang rasa menyusahkan...abang takkan ada kat sini hari ni. Dan mustahil ayah tak bagi abang nak ikut bakal menantu kesayangan dia ni." balas Danish dan mencuit hidung Zara.

Zara pula tersenyum manis dan merangkul lengan Danish sebelum berjalan ke arah keluarganya yang sedang duduk di mcD.

Aku CurangWhere stories live. Discover now