Bab 7

328 0 0
                                    

Danish sedang tekun menyiapkan kerjanya yang bertimbun. Kalau boleh dia ingin menyiapkannya segera agar dia boleh ikut Zara ke Australia. Mungkin dia akan tinggal di sana selama seminggu sebelum pulang

"Tok..tok"

Ketukan di pintu mengalihkan perhatian Danish sebelum dia membenarkan orang tersebut untuk masuk.

"Encik Danish, saya ingin memberitahu bahawa bulan depan Encik Danish perlu ke Mahad Tahfiz di Kedah untuk menjayakan program." beritahu Diana, PAnya.

"Bukan ayah saya ke yang patut pergi." balas Danish tidak puas hati.

Dia tak berapa suka sangat yang melibatkan keagamaan ni. Nampak sangat dia bukannya tergolong diantara orang yang baik-baik.

"Maaf encik Danish tapi ni arahan dari Tan Sri sendiri." balas Diana. Dalam hati dia mengutuk Danish yang memilih soal kerja.

"Nasib ni company bapak kau punya kalau x memang dah lama kena pecat." bebel Diana dalam hati.

"Diana!" jerkah Danish.

"Ya tuan" jawab Diana terkejut.

"Saya cakap awak boleh keluar. Berangan je tau."

"Oh...baik tuan." Diana segera keluar.

Danish segera menelefon ayahnya selepas Diana keluar.

"Hello, ayah?"

"Ya Danish...ada apa" balas Tan sri Rashid walaupun dia sudah tahu tujuan sebenar anaknya menelefon.

"Why do you do that? You know that I don't like that sort of thing." Danish segera melepaskan rasa tidak puas hatinya. Dia tahu ayahnya hanya berpura-pura.

"Danish...listen to me. You will getting married. You will be the leader in the family. Danish yang akan bimbing isteri Danish. Ayah tak suruh Danish belajar kat sana pun. Cuma pergi and cuba insafkan diri." tenang sahaja Tan sri Rashid menasihati anak tunggalnya.

"Ayah, i know I will be the leader tapi lambat lagi. Zara pun baru sambung belajar. Ada lagi lima tahun lah. Banyak masa lagi nak belajar semua benda ni." Danish masih ingin membantah.

"Sudah! Ayah tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Kamu kena pergi program tu. Seminggu duduk situ. Jangan mengada hantar orang lain. Faham!" Tan sri Rashid terpaksa bertegas selepas Danish masih berdegil.

Danish menutup telefon selepas mendengar ketegasan ayahnya. Dia mengeluh membayangkan nasibnya.

Telefonnya berdering selepas beberapa minit. Mulanya dia buat tidak tahu kerana sangkakan ayahnya.

Selepas beberapa kali deringan dia mengangkat tanpa melihat nama si pemanggil.

"What do you want ayah?" tanya Danish malas.

"Wow, kenapa suara tak bersemangat ni. Gaduh dengan ayah ke?" tanya Zara prihatin. Dia memang rapat dengan keluarga Danish dan menggelar Tan sri dan Puan Sri sebagai ayah dan ibu.

"Laa...sayang ke...ingat ayah tadi. Biasalah hal kerja. Kenapa sayang call?"

"Takdelah...saja nak call..kenapa abang sibuk ke?"

"Banyak jugak lah kerja yang nak kena siapkan." jujur Danish memberitahu. Dia sudah terbiasa untuk tidak merahsiakan apa-apa. Mungkin itulah salah satu sebab hubungan mereka bertahan lama.

"Oh sorry kacau. Zara tak tau abang sibuk. K lah...sambung buat kerja. Jangan lupa lunch tau.

"Alaa..nak pergi dah ke? K lah. Bye. I love you."

"I love you too abang. Jangan nakal-nakal tau." Zara tergelak dalam talian.

"Tengok lu." usik Danish sebelum menamatkan panggilan.

Dia tersenyum sendirian. Terasa segala masalahnya hilang. Bersemangat Danish mahu menyiapkan kerja yang tertangguh.

Zara tekun menelaah buku di hadapannya. Seketika dia teringatkan Danish. Dia tahu Danish bergaduh dengan ayahnya kerana dia menelefon Tan Sri Rashid terlebih dahulu sebelum menghubungi Danish.

Dia tertawa sendirian mengigatkan sebab pergaduhan itu. Dia tahu Danish tidak suka mendengar tentang tahfiz apa semua ni.

Sebab dia pun lebih kurang ja. Lagipun dia mengenali Danish dari sekeloh menengah jadi semua sikap Danish sudah ada dalam poketnya.

"Hoi! Dah kenapa gelak sorang-sorang." tegur Qistina yang pelik melihat sikap Zara.

"Mana ada apa-apa. Buku ni lawak sangat." balas Zara menutup malu.

"Aku tak sangka lak, buku business lawak." gelak Qistina.

Zara yang perasan kesilapannya hanya tersenyum dan buat muka selamba. Kena lah pandai cover.

"Tulah kau tak tau. Buku business memang lawak."

Qistina menggeleng mendengar jawapan Zara. Tak pernah nak mengalah. Ada saja jawapannya.

Aisyah sedang mengemas buku-buku di rak sambil menyanyi lagu bismillah dari ikhwan fatanna sebelum tiba-tiba ayahnya menegurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aisyah sedang mengemas buku-buku di rak sambil menyanyi lagu bismillah dari ikhwan fatanna sebelum tiba-tiba ayahnya menegurnya.

"Ya Allah! Terkejut Syah bila walid panggil cam tu. Sakit jantung tau." Aisyah berkata manja pada ayahnya.

"Syah tu yang banyak berangan. Nak salahkan walid pulak. Ni tolong siapkan bilik tetamu. Orang yang banyak menderma kat mahad kita nak datang bulan depan." beritahu Ustaz Zakaria.

Aisyah mengerutkan mukanya apabila mendengar arahan dari ayahnya.

"Lambat lagi orang tu nak datang walid." beritahu Aisyah.

"Alaa..kita kena siapkan awal-awal. Kita kena layan tetamu baik-baik. Lagipun kalau buat awal, tak lah kamu kelam kabut nanti." balas ustaz Zakaria.

"Yalah walid. InsyaAllah nanti Syah kemaskan ya. Sya minta talong adik-adik." Aisyah akhirnya mengalah kerana dia tahu ada benar juga kata walidnya lagipun kita tak boleh melawan kata-kata orang tua melainkan bertentangan dengan syariat. Tu pon kena cakap elok-elok.

Aisyah kembali mengemas buku-buku di rak kembali ke tempat asalnya selapas ustaz Zakaria keluar. Entah mengapa hatinya berdebar-debar. Tidak tahu rasa apakah ini. Adakah sesuatu yang buruk bakal terjadi? Dia merasa gelisah mendengar kedatangan tetamu ke mahad mereka.

Bukannya dia tak biasa. Malah dah berkali-kali dia bertemu Tan Sri Rashid. Yalah Tan sri adalah orang yang setia memberi sumbangan kepada mahad ni.

Aisyah segera menenagkan diri dan mengambil keputusan untuk bersolat. Mungkin dia gelisah kerana tidak lagi menunaikan solat. Harap semuanya berjalan lancar bisik hati kecilnya.

Aku CurangWhere stories live. Discover now