BAB 3

371 2 0
                                    

Zara Maisara tersenyum-senyum dari tadi sambil tangannya memegang rantai berbentuk hati yang tergantung di lehernya. Rantai itu diberi oleh Danish pada percutiannya di Langkawi. Masih segar peristiwa itu di ingatannya.

"Auntie boleh tak saya pinjam Zara sekejap." pinta Danish kepada Datin Azliana

"Hmmm ambikla tapi jangan buat benda tak senonoh pulak. Auntie hempuk korang nanti." Datin Azliana senang dengan sikap Danish yang sopan tapi tak bermakna tiada amaran yang diberi.

"Ish mana saya berani auntie" Danish tersenyum mendengar teguran Datin Azliana.

Zara dan Danish berjalan menyusuri pantai yang cuacanya pada petang itu agak redup sambil berpegangan tangan. erat sekali seolah-olah tidak ingin melepaskan pegangan yang erat itu.

"Hmm kenapa bawak Zara jauh dari family ni. Ada apa-apa ke." Zara memulakan perbualan setelah lama berjalan-jalan dalam kesunyian.

"Zara you know that I love you very much. Right." ucap Danish secara tiba-tiba yang pasti ungkapan itu membuat muka Zara merona kemerahan.

Zara bukannya tidak biasa mendengar ungkapan itu tetapi entah mengapa masih ada rasa malu yang datang bertamu. Danish tersenyum apabila melihat muka pujaan hatinya bertukar warna. Kalau malu mesti jadi macam ni. Sifat inilah yang membuatkan Danish jatuh sayang pada gadis ini.

Langkah kaki dihentikan, Danish memaksa gadis itu untuk berdiri berhadapan dengannya sama ada suka ataupun tidak. Zara hanya menundukkan mukanya entah mengapa dia berasa malu tapi bukankah malu itu perisai orang beriman.

Danish menggunakan jarinya untuk memanggungkan kepala Zara dengan lembut sehingga mata mereka bertentangan buat masa yang lama. Zara terkedu melihat mata Hazel itu yang merenungnya dengan penuh rasa cinta. Jantung Zara mula berdegup laju

Danish terleka melihat sepasang mata yang cantik pada pandangannya. Sungguh indah ciptaan tuhan memang tidak dapat dinafikan. Mereka bertatapan buat masa yang lama sehinggalah Zara tersedar dan mengalihkan pandangannya.

"Errr you nak... hmm cakap apa panggil I datang sini ni" tergagap Zara menyusun ayat kesan daripada tadi.

Danish yang tersedar selepas Zara mengalihkan pandangan cuba bertenang. Dalam diam dia bersyukur kerana tidak terlajak perbuatan. Benarlah kata orang kalau duduk berdua pasti ada yang ketiga. Siapa lagi kalau bukan Syaitan yang direjam.

"Sebenarnya Abang ada nak bagi hadiah kat Zara ni." ucap Danish dengan nada romantis yang mendebarkan dada Zara yang sudah sedia berdebar.

"Apa dia jangan bagi hadiah murah dahla. Tak sweet langsung." sempat Zara bergurau bagi menghilangkan debaran sedia ada.

Danish hanya tersenyum mendengar gurauan itu kerana dia yakin Zara tidak memaksudkan apa-apa. Gadis ini sudah biasa hidup berdikari jadi tiada masalah jika diberi hadiah berharga seringgit pun.

Danish megalungkan sebuah rantai emas yang loketnya berbentuk hati ke leher jinjang Zara. Zara segera mengangkat rambutnya yang dilepaskan takut tersangkut pula nanti. Fikirnya.

"Wau... thanks Abang Danish. When did you buy it." tanya Zara sambil tangannya membelek rantai pemberian Danish. Cantik.

"Yang tu satu-satunya loket berbentuk hati macam tu sebab Abang bagi hati abang sekali dalam tu so kenalah jaga elok-elok ye." Danish masih belum keluar dari mood romantiknya.

"Errr soalan Zara abang belum jawab lagi. Bila abang beli benda ni and kenapa abang bagi kat Zara? Hari ni bukan birthday Zara pun." tak henti-henti Zara bertanya.

"Zara ni kenapa sangat banyak soal. Ambik jelah orang dah bagi." Danish mengeraskan suaranya. Geram pulak dengar gadis ini cakap terlalu banyak.

Zara tersenyum melihat Danish seolah-olah marah dengannya. Takyah layan lah baik tengok rantai ni lagi bagus bisik hati kecilnya. Zara meneruskan langkah kakinya yang terhenti akibat paksaan dari Danish.

Aku CurangWhere stories live. Discover now