BAB 9

230 1 0
                                    

Zara dan Danish menghabiskan masa dengan menjelajah Australia. Tambahan pula , Zara mempunyai masa berbaki lima hari sebelum kelasnya bermula, jadi dia ingin meluangkan masa bersama Danish sebaiknya kerana dia sendiri tidak tahu bila mereka akan bertemu semula.
Sejujurnya Zara risau dengan hubungan jarak jauh ini. Dia sudah terbiasa dekat dengan Danish. Sedikit sebanyak dia risau hubungan mereka akan terjejas.

"Sayang fikir apa tu?" Danish bertanya selepas melihat kekasihnya termenung.

"Takda apa lah." Zara mengulum senyuman, cuba menutup resah di hati.

" Lepas ni kita nak pergi mana?" tanya Zara dengan nada teruja untuk mengalihkan pandangan Danish yang cuba membaca dirinya.

"Kita pergi Adventure World nak?" balas Danish selepas melihat wajah teruja Zara.

"Nakkkk!" kali keterujaan bukan dibuat-buat.

Danish tergelak melihat reaksi teman wanitanya.

"Kalau ajak main mesti seronok, cuba ajak pergi muzium mesti muka monyok dari mula masuk sampai habis." perli Danish selamba.

" Ala samalah dia pon. Cuba Zara ajak pergi zoo. Membebel dari mula masuk sampai habis. Dah lah tu asyik ulang ayat yang sama. Apa yang bestnya tengok binatang?" balas Zara laju sambil meniru semula percakapan Danish semalam ketika mereka melawat Perth Zoo.

"Abang memang layak membebel ok! Dah larh mula-mula kita pergi penguin island lepas tu pergi Aquarium of Western Australia. Lepastu pergi zoo pulak. Sepanjang hari tengok haiwan tau tak. Siapa ja tak bosan." Danish menyerang bertubi-tubi mengalahkan budak-budak debat.

Tidak sempat Zara membalas, Danish menyambung lagi, " Owh kecuali Zara sebab Zara kan spesies pelik so dia special case sikit. Nak jumpa orang pelik cam sayang, silalah ke planet marikh."

"Eeeeee... Geramnyaaa!" Zara sudah menarik muka. Nak balas balik, takda idealah pulak.

"Takpalah, Zara special bukan senang dapat orang macam Zara. Bukan macam abang. Sama ja macam orang lain. Tak istimewa langsung. Zara tersenyum puas tapi senyumannya lenyap apabila Danish membalas.

"Kalau macam tu, Zara pergilah bercinta ngan orang lain. Cari yang spesial tapi jangan tercari yang makhluk asing lak. Lagipun siapalah kita, hanya manusia yang normal." Gaya cakap macam nak merajuk tapi sebenarnya banyak perli.

Danish tertawa melihat Zara membebel tidak puas hati. Dah lah tak dengar percakapannya. Lebih kepada cakap dengan diri sendiri.

"Apa yang you bebelkan tu. Ke you tengah bercakap bahasa orang special?" kata Danish sambil tertawa.

"Dah larh. Malas nak layan you. Gelak lah kat sini sorang-sorang sampai tahun depan." Zara laju meninggalkan Danish di belakangnya.

Danish pula cuba menghentikan tawanya sebelum mengejar Zara.

"Tapi orang special ni larh yang dah berjaya mencuri hati abang." bisik Danish di telinganya.

Zara tersenyum bahagia.

Zara dan Danish berada di lapangan terbang Perth untuk menghantar Danish pulang ke tanah air tercinta. Kedua-duanya hanya senyap. Membiarkan diri masing-masing dibuai perasaan. Sejujurnya, Danish berasa sangat pilu ingin meninggalkan kekasihnya di bumi asing ini. Namun apakan daya, ilmu lebih penting.

"Balik Malaysia jangan nakal-nakal. Ingat abang tu ada girlfriend kat sini." pesan Zara sekaligus memecahkan suasana suram yang menyelebungi mereka sejak tiba di airport. 

"Tengoklah dulu. Tak boleh janji." balas Danish sambil tersenyum simpul.

Zara menarik muka masam dan menjulingkan matanya.

"Kalau abang tak setia.... Siaplah. Zara serang dengan parang nanti." ugut Zara serius.

"Hahahahaha. Belajar sampai Australia tapi still nak serang orang guna cara Melayu." balas Danish selamba tanpa menghiraukan ugutan kekasih hatinya.

"Eh biarlah. Zara ni bukannya jenis lupa daratan okey!" balas Zara sambil acah seperti wanita melayu terakhir.

Akhirnya mereka berdua tertawa bahagia.

"Okeylah, Zara jaga diri elok-elok kat sini. Focus dengan study. Jangan asyik berseronok je. Abang tak nak Zara kena tambah sem or repeat subject. Faham?" pesan Danish seperti seorang abang yang tegas.

Tambahan pula, dia tidak sanggup berpisah dengan Zara lebih lama lagi andai Zara terpaksa repeat sem. Tak sanggup menanggung beban rindu di dada.

"Okey. Abang pon jaga diri kat sana. Kerja elok-elok. Kumpul duit banyak-banyak sikit sebab nanti nak buat majlis kahwin grand-grand." gurau Zara di hujung ayatnya, ingin mengembalikan senyuman Danish yang hilang dan ternyata ianya berhasil.

"Yalah.. Nanti abang kumpul duit banyak-banyak untuk Zara." kata Danish sambil tangannya di awangan, ingin menunjukkan bertapa banyak duit yang akan dikumpulnya nanti.

Zara tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"So, stay love me and stay loyal towards me forever okay? No matter what happens, we will try solve it together. No secrets, no lies. Just tell the truth even though it will tear each other apart because the more you lie, the more it hurts. Promise me?" Ucap Zara dengan serius. Dia tahu perhubungan ini tidak akan mudah namun dia sanggup memberikan segalanya demi pertahankan cintanya.

"I promise you that I will love you and stay loyal to you until the rest of my life. I will give you the world just to make you the happiest woman in the world. I will tell you everything, if I feel like I doubtful, I will ask you straight away and not make my own assumptions. And I will tell you if I does not feel happy with this relationship so we can work this out. Okay?" balas Danish dengan yakin kerana dia tiada keraguan bahawa gadis ini lah cinta hatinya.

Zara tersenyum puas dengan janji yang ditaburkan Danish. "And I promise you the same."

"Tapi orang selalu cakap jangan membuat keputusan ketika marah dan jangan berjanji ketika bahagia sebab takut akan terluka dengan harapan." ucap Danish serius,

Terkedu Zara dengan kata-kata Danish.

"Takdalah I gurau ja larh. Seriusnya muka you." tertawa sakan Danish melihat reaksi Zara

"You ni buat I takut ja lah!" Zara terjerit kecil. Tangannya laju menampar bahu Danish.

"Okeylah, I kena pergi dulu. See you soon and love you." ucap Danish seraya bergerak ke balai pelepasan

"Love you too." Zara melambai-lambai hingga Danish hilang dari penglihatan.

Entah mengapa hatinya terasa begitu sayu. Rasa seperti kehilangan sesuatu dari hatinya.

"Stop overthinking Zara." ucap Zara kepada dirinya sendiri sebelum bergerak meninggalkan airport yang menjadi saksi janji yang termenterai antara dua insan yang bercinta.


Aku CurangWhere stories live. Discover now