Bab 10

340 2 1
                                    

Danish tiba di Malaysia dua hari lalu dan minggu depan dia terpaksa pergi ke program Tahfiz. Kalau ikutkan hati, dia memang tak nak pergi tapi disebabkan ayahnya sangat tegas tentang hal itu. Dia kuatkan hati untuk pergi.

"Tengah fikir apa tu?" tanya Tan Sri Rashid selepas melihat Danish termenung panjang.

"Takkan dah rindu Zara kot. Baru dua hari." Usik Tan Sri Rashid selepas tidak mendapatkan respon dari Danish.

"Bukan tu lah ayah. Kalau rindu tu, setiap saat rindu." Balas Danish sambil tersenyum nakal.

"Kamu ni macam-macam lah." Tan Sri Rashid ingin beredar apabila Danish menahannya.

"Ayah, kalau Danish tak pergi program tahfiz tu boleh tak? Danish penat lah. Baru balik dari Australia." Danish membuat suara manja sambil mengeluh penat.

Tan Sri Rashid tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Tau sangat ini salah satu taktik Danish untuk melarikan diri dari tugasannya.

"Danish tak payah lah nak berlakon. Takkan berkesan. Ayah kenal sangat anak ayah yang sorang ni."

"Alarh, ayah suruh lah Encik Ahmad pergi, selalunya ayah hantar dia je untuk benda-benda ni." Protes Danish. Dia takkan mengalah dengan mudah. Dia memang tak nak pergi ke Kedah selama seminggu.

"Kamu jangan mengada. Apa orang kata kalau Danish tak pergi. Nanti orang kata ayah tak ajar anak ayah bergaul ngan orang biasa." Balas Tan Sri Rashid tegas.

"Danish ada je eh kawan ngan orang biasa."

"Siapa? Meh nama" balas Tan Sri Rashid laju. Dia kenal sangat semua kawan anaknya dan mereka semua dari golongan berada. Mungkin salahnya juga, hantar anaknya ke international school.

Terkedu Danish kerana dia tiada jawapan. Nampaknya dia kalah dalam perdebatan ni. Nampak dah masa depannya di Kedah kelak.

"Hah! Senyap pulak. Dah Danish kena pergi tahfiz tu. Faham!" Tan Sri Rashid keluarkan arahan yang tak boleh dilanggar.

Danish bangun dan masuk ke biliknya tanda protes dengan ayahnya.

"Haish, macam mana lah nak kahwin. Besar-besar cam ni pon merajuk lagi" bebel Tan Sri Rashid bila Danish berlalu ke bilik.

Danish tiba di tahfiz Damai yang terletak di kedah pada pukul 5 petang bersama PAnya Diana. Jangan harap dia akan terseksa seorang diri.

Kehadirannya disambut meriah oleh ustaz Zakaria dan anak-anak muridnya. Dia akan tinggal di sini selama seminggu untuk merasai kesusahan mereka. Jadi senang lah mereka mahu memberi bantuan yang bersesuian dengan mereka bak kata ayahnya.

Danish dibawa ke suatu bilik dengan sebuah kati bujang dan almari yang kelihatan uzur

"Maaflah kalau Encik Danish tak selesa. Yang ni ja kami mampu." Ucap Ustaz Zulkifli selepas melihat muka Danish yang agak kelat.

"Eh, saya okey ja ustaz. Lagi satu ustaz tak payah berencik ngan saya, panggil je Danish." Danish segera memaniskan mukanya selepas menyedari kesilapanya.

"Okelah Danish bersiap dulu, nanti kita makan malam sama-sama dan solat jemaah bersama-sama." Ustaz Zulkifli beredar meninggalkan Danish.

"Encik Danish" panggil Diana selepas solat Isyak jemaah di surau yang di bina di dalam Tahfiz.

"Ya" sahut Danish tanpa berpaling dari handphonenya.

"Saya tak boleh balik ke? Tan Sri suruh encik Danish je. Kenapa saya terheret sekali." Protes Diana dengan suara perlahan.

"Eh jangan nak mengada." Segera Danish mengangkat muka dan membuntangkan matanya tanda memberi amaran.

"Eh siapa ni?" Tanya Danish selepas menyedari kehadiran seorang lagi manusia di sebelah Diana.

"Ni Aisyah, anak ustaz Zulkifli." Balas Diana bagi pihak Aisyah yang hanya menunduk untuk menjaga pandanganya.

"Eeee.. Tak malunya cakap nak balik depan anak ustaz. Entah apa-apa." Laju Danish menyakat sambil bergerak menuju ke biliknya. Dia ingin berehat.

"Encik Danish ni arh!" Geram Diana dengan gelagat bosnya.

Danish segera mengangkat handphonenya apabila melihat Zara menelefonnya.

"Hello sayangggg." Panjang Zara menarik sayangnya.

"Hello Zaraaaaa." Danish turut mengikut rentak Zara.

Tergelak Zara dengan gelagat Danish.

"Abang macam mana? Okey tak hari first kat tahfiz? Ada ciri-ciri jadi imam terbaik tak lepas nie?" Tanya Zara prihatin sambil menyelitkan usikannya untuk Danish yang banyak hal sebelum pergi ke tahfiz.

" Okey je. Ustaz dia semua baik. Cuma bilik dia arh kecik sikit tapi okey je. Abang bawa Diana sekali sebab dia macam bahagia sangat bila ayah suruh abang pergi tahfiz."

"Abang ni lah. Suka dera si Diana tu. Kesian dia." Tergelak Zara mendengarnya.

"Cam na study kat sana? Okey tak?" Tanya Danish pulak.

"Setakat ni okey lah. Semua baik-baik. Tapi tak tau lah nanti macam mana. Yelah baru seminggu lebih kat sini."

"Sayang boleh buat punya. Abang percayakan Zara." Danish memberi kata-kata semangatnya kepada kekasih di sana.

"Oh, lagi satu, Zara taknak ke tinggal kat rumah abang yang kat Australia tu?" Danish cuba menawarkan tempat tinggalnya pada Zara. Lagipon tiada siapa yang tinggal di sana.

"Takpelah abang, Zara nak duduk dorm je. Zara dah biasa duduk kat bilik asrama bukan macam abang." Perli Zara yang tau Danish tak pernah tinggal di bilik asrama. Ketika menyambung pelajaran di US, Tan Sri Rashid membeli apartment untuk Danish.

Zara yakin Danish takkan dapat tidur malam ni. Yalah Danish mana pernah tidur dia atas katil keras sebelum nie. Berbeza dengannya, ayahnya jarang memanjakannya walaupun ayahnya mampu.

"Sempat lagi eh perli orang. Dah lah niat kita baik." Suara Danish berubah. Dia ingin merajuk.

"Amboi. Merajuk ke tu? Alarhh, Zara gurau je. Jangan merajuk ye Danish tercinta. Susah nak pujuk." Pujuk Zara

"Okey, kali ni abang maafkan." Lagak Danish seolah-olah Zara buat salah besar.

Kedua-dua mereka tergelak dan menyambung perbualan mereka selama sejam sebelum masuk tidur.

"Okeylah, abang nak kena tidur dulu ni. Esok nak kena bangun awal untuk qiamulai." Danish terpaksa menamatkan perbualan walaupun hatinya berat.

"Alright. Solat betul-betul, jangan terangguk-angguk pulak." Usik Zara.

"Hahahaha. Macam betul je." Danish dapat bayangkan keadaanya pada esok pagi.

"Bye. Love you Zara, jaga diri elok-elok."

"Bye. Abang pon jaga diri. Jangan berani curang. I love you too." Seraya itu Zara menamatkan panggilan telefon.

" Seraya itu Zara menamatkan panggilan telefon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku CurangWhere stories live. Discover now