Jihyo terkejut dengan apa yang dikatakan oleh lelaki didepannya itu. "What? Datuk? Kenapa saya tak tahu?" Tanya jihyo dengan nada terkejut.
"Sebenarnya, Omma kau tu anak saya, appa kau tu dah bawa lari omma kamu" Kata datuk jihyo. "Wae?" Tanya jihyo. "Lebih tepatnya, mereka kawin lari. Sebab saya tak izinkan mereka berdua kawin" jelas datuk jihyo. Jihyo menganguk kepala faham. "Tapi nampaknya omma kau tu begitu cintakan appa kau, dia begitu bahagia dengan appa kamu, jadi saya tak boleh membantah, siapa yang taknak tengok anak mereka bahagia?" Sambung datuk jihyo.
"Tapi kenapa appa tak bagi tahu yang saya ni ada datuk?" Tanya jihyo. "Begini, saya izinkan mereka kawin dengan syarat. Ketika mereka ada anak, mereka mesti rahasiakan identiti saya dan ketika anak itu berusia 18 tahun. Dia akan menjadi pewaris harta yang saya ada" jelas datuk jihyo lagi.
"Oww, sebab tu saya ada di sini?" Tanya jihyo lagi. Datuk jihyo menganggukkan kepalanya "Betul tu, tapi kau harus mengikuti semua syarat sebelum menjadi pewaris harta tersebut"
"Pertama, kau harus pindah sekolah dan mengubah diri kau jadi nerd" ucap datuknya. "Wae?" Tanya jihyo tak puas hati. "Apasal saya kena pindah sekolah dan ubah diri jadi nerd? Sedangkan saya dah ada banyak kawan di sekolah saya sekarang ni" tanya jihyo.
"Sebenarnya, saya nak tengok adakah kau mampu menahan diri dari segala cabaran yang akan menimpa kau nanti dan mencari kawan dengan diri kamu yang nerd tu" jelas datuknya lagi.
"Maksud datuk dengan menahan diri?" Tanya jihyo dengan muka blur. Datuknya terkekeh "Kau akan pindah sekolah ke BIGHIT High School, kau tahukan sekolah tu?" Ucap datuk jihyo. Mata jihyo membulat.
"Baiklah, syarat yang kedua, kau harus sembunyikan identitu kau, Kita tengok! Ada tak yang nak berkawan dengan kau, sebab datuk dah berbincang dengan pengetua di sana , yang kau ni ialah murid pindahan yang miskin dan dapat sekolah disana sebab kepintaran kau. Kau memang pintar kan?" Jelasnya lagi.
Lagi-lagi jihyo terkejut dengan ucapan datuknya. "What the !... jadi nerd , lepas tu sembunyikan identiti.. Datuk tak tahu ke yang sekolah tu hanya pandang dari segi rupa paras dan harta.. mereka langsung tak lihat kepintaran, kalau sekolah di sana dengan keadaan macam tu, dah sah-sah jadi mangsa Bully" Pekik jihyo. Jihyo terkejut dan segera menutup mulutnya kerana dia baru sahaja memekik ke arah datuknya.
"Sebab tulah datuk beri syarat tersebut, kau tahan atau tak dengan keadaan tersebut" terang datuk jihyo. "Kalau datuk tengok dari sudut mana pun, takkan ada satu orang yeoja pun yang boleh tahan dengan keadaan tersebut" ucap jihyo. "Jihyo, kau belum cuba. Kau selalu cakap , yang kau lain dari yeoja mana pun" kata datuk jihyo. "Dari mana datuk tahu saya ada cakap macam tu" tanya jihyo dengan hairan. "Banyak yang datuk tahu tentang kau sejak kau kecil, dahlah kita balik ke topic kita tadi"
"Okay, syarat terakhir ialah...."
SKIP
"Nampaknya datuk saya ni dah gila agaknya" ucap jihyo sambil mencengkam rambutnya. "ARGGGG..."teriak jihyo. Dia tak peduli penghuni rumah ini mendengar teriakkannya. Dia ingin melepaskan geram. Oh lupa, sekarang ni jihyo tinggal di rumah datuknya yang boleh disebut istana tersebut atas permintaan atau lebih tepatnya paksaan oleh datuknya itu.
"Huhh, lebih baik saya pergi mandi daripada mengingat ucapan datuk tadi.." ucap jihyo lalu segera pergi ke bilik mandi setelah mengambil tuala di dalam almari.
FLASH BACK
"Syarat terakhir ialah kau akan tinggal dengan lelaki dirumah ni. Kau akan menjadi Maid mereka buat sementara sampailah kau dapat mengubah diri mereka jadi yang lebih baik" mendengar ucapan datuknya lagi-lagi membuat jihyo membulatkan matanya."Apa !!! Maid? No way? Saya tahu saya pandai berdikari (banga diri nampak XD) tapi asal saya kena jadi maid mereka pula? Dan kenapa mereka tinggal di sini? Dan siapa mereka tu?" Tanya jihyo panjang lebar. "Kau akan tahu nanti, kalau macam tu , datuk pergi dulu. Ada kerja nak dilakukan" Jelas datuk jihyo ringkas dan padat lalu meninggalkan jihyo yang masih terkelu di tempat duduknya.
Sebelum benar-benar keluar dari bilik tersebut. "Oh ya, sekarang ni kau akan tinggal di sini. Pakaian kau dah disediakan dalam bilik kau, sekejap lagi ada pembantu akan hantar kau ke bilik" ucap datuk jihyo lalu meninggalkan bili tersebut.
FLASH BACK END
Dalam bilik mandi, jihyo sedang bersenandung ria. Nampaknya jihyo tak perasan dengan perkataan 'Mereka' yang datuknya katakan tadi.
TBC
vote & comment
mian lh kurang best...
YOU ARE READING
Oh MY God !!
RomanceCast Song Jihyo -Seorang yang miskin -Nerd -Di gelar Monster apabila marah -Juga di gelar Mongji (kuat Blur) -Pintar -Baik hati -Friendly - 16 year old -Berani All Member BTS -Jeon jungkook 15 year old -Kim taehyung 16 year old -Park Jimin 16 year...