Three

1.4K 139 1
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Di mana di jihyo harus mengubah dirinya menjadi nerd dan menjadi miskin. Sekarang dia berada di hadapan sekolah BIGHIT. Sekolah yang unggul, semua orang tahu begitu juga jihyo bahawa sesiapa yang hendak bersekolah disini mereka wajib! ya WAJIB mempunyai ciri ini iaitu yang partama rupa paras yang rata-rata. Kedua harta yang banyak. Dan yang terakhir, kepintaran. Tapi ciri yang ketiga tidak akan sempurna sekiranya ciri pertama dan kedua tiada ada. Jihyo berguman "Nampaknya saya dah masuk kandang singa"

Jihyo berjalan di koridor sekolah tersebut tanpa menghiraukan tatapan remeh yang dituju kepadanya. "Hahh, baru sejam masuk sekolah ni dah rasa macam setahun, huh.." Keluh jihyo. Dia sedang mencari bilik pengetua. Oh ya, sehari sebelum jihyo masuk kesekolah ni, datuk jihyo sarankan dirinya melihat sekolah tersebut agar ketika dia masuk sekolah itu nanti dia tak perlu bertanya kepada orang lain. Nampak jihyo harus berterima kasih pada datuknya sebab bagi saran tersebut. Kalau tak , mati kutu dia nampaknya mencari bilik pengetua di sekolah yang besar ni dan kalau bertanya pada murid disana confirm di hiraukan.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya jihyo sampai di bilik pengetua. 'TOK TOK TOK'  jihyo mengetuk pintu. "Masuk" kedengaran suara dari dalam. Jihyo masuk tampa disuruh dua kali. Jihyo melihat seorang perempuan kira-kira lebih muda dari datuknya tengah duduk di kerusi dan mejanya "Oh, kau song jihyo kan? Silakan duduk" kata perempuan tersebut sambil menunjuk kerusi yang berada di depan mejanya. "Kamsahamnida" ucap jihyo lalu duduk di kerusi tersebut.

"Perkenalkan nama saya ialah Song Hana,  saya ialah nenek kau sekaligus pengetua di sekolah ini" ucap perempuan tersebut. Nampaknya banyak kejutan yang jihyo dapat sejak akhir-akhir ini. "Nenek?" Tanya jihyo dengan terkejut. "Oh.. datuk tak bagi tahu kau kah yang saya ni nenek kau? Hahh.. orang tua satu tu" tanya dan keluh nenek jihyo. Jihyo mengelengkan kepalanya. "Hahh, abaikan yang tadi.. "sambung nenek jihyo.

"Baiklah, jihyo! Seperti yang dikatakan datuk kau. Kau akan bersekolah disini dengan syarat yang telah diberikan. Kau akan berada di kelas A-1 iaiti kelas pertama yang ada di sekolah ni. Mengikut ujian yang telah kau ambil sebelum masuk sekolah ni, kau memang pintar untuk masuk ke kelas tersebut. Satu lagi, jangan sampai terbongkar apa yang di rahsiakan. Dan selagi kau berada di kawasan sekolah ini, jangan pernah kau panggil aku nenek. Panggil saya pengetua. Faham! . Terakhir, hati-hati dan semoga berjaya" Kata nenek jihyo tegas.

SKIP

Jihyo sedang berdiri di luar kelas bersama guru kelasnya yang melihatnya dengan rasa cemas. "Dah sedia?" Tanya cikgu Yoo. Jihyo menarik nafas pelan lalu mengangguk kan kepalanya tanda sedia. "Baiklah jom masuk, dan jihyo-sshi, semoga berjaya" kata cikgu Yoo pada jihyo.

-Identiti Jihyo di sekolah ni hanya pengetua dan cikgu Yoo yang tahu iaitu selaku guru kelasnya dan Pakciknya-

Jihyo dan cikgu Yoo pun masuk ke dalam Kelas tersebut. Keadaan kelas yang tadinya bising tiba-tiba diam setelah melihat kehadiran Cikgu Yoo dan Jihyo. "Class, Stand up! Good Morning Sir" Kata ketua kelas tersebut. "Good Morning sir" Ucap seluruh kelas tersebut. "Good Morning class, sit down" ucap Cikgu Yoo.

-Lupalah pula, cikgu Yoo ni ajar kelas English -

"Okay, Class. Today we have a new Student, jihyo perkenalkan diri awak" kata cikgu Yoo. "Hello, My name is Cheon seong Im, but your can call me Jihyo" kata jihyo lalu bow pada murid kelas tersebut.

Jihyo dapat merasakan tatapan jijik dari semua murid kelas A-1 ini. Jihyo tahu penampilannya amat menarik perhatian mereka. Baju yang longgar, skirt bawah lutut, cermin mata Bulat yang besar dan rambut yang disanggul satu. "Nampaknya, mula dah dampak kesusahan hidup aku" keluh jihyo dalam hati.

TBC

Vote & Comment...

Apalah nasib kau lepas ni jihyo... Sabor ye..






Oh MY God !!Where stories live. Discover now