"Jihyo, siapa sebenarnya kau? adakah kita pernah berjumpa sebelum ni? " Tanya jimin. Jihyo tidak faham apa yang dimaksudkan oleh jimin. Jihyo hanya membisu. setelah beberapa saat membisu. Jimin mendekatkan mulutnya ke mulut jihyo. jihyo menahan nafas. Ketika jarak mereka tinggal 2 cm lagi. Tiba-tiba jimin kembali terlelap. Rupa-rupanya, jimin hanya mengigau. Jihyo yang dibuat sedemikian marah. Dengan geram dia bangun dari badan jimin lalu mengambil gelas yang berisi air diatas meja sebelah katil jimin lalu menyiram ke muka jimin. Jimin segera bangun. "Bangun pendek! Mandi dan cepat turun! Sarapan" kata jihyo dengan geram lalu meninggalkan jimin yang masih memikirkan apa yang telah berlaku.
Beberapa minit kemudian, jihyo sampai di dapur. Datuk dan ahli BTS melihat jihyo dengan hairan. "Apa tengok-tengok? Cepat makan! " marah jihyo. Datuk dan BTS terkejut, lalu makan sarapan mereka segera dengan senyap. Jihyo membebel. "Jin-hyung" panggil V. "Huh?" Jin menyahut. "Takutlah" Sambung V sambil makan sarapannya. "Dah lah, cepat habiskan sarapan kau, nanti jihyo marah" Balas Jin.
SKIP
Bilik BTS
"Oii jimin? apa yang kau buat kat jihyo tadi?" Tanya rapmon. "Buat apa? aku takde buat apa-apa pun dekat dia, dia pula yang tiba-tiba buat masalah dengan aku. aku tengah mimpi indah, boleh-boleh dia siram muka aku, dah tu panggil aku pendek. tak sedar diri punya perempuan" Geram jimin sambil mengimbas kembali apa yang telah berlaku kat dia pagi tadi. "Takutnya aku tadi, masa dia marah… Tak pernah aku takut sampai macam tu tau" Ucap v. "Apa tak nya, Datuk pun sampai takut, apalagi kita? huhu" J-hope berkata. "jimin, kalau aku jadi kau, aku tak nak cari masalah dengan dia, silap-silap nahas kau" Ucap jungkook. "Alaa, takpe lah, Ada juga makan free nanti (Kenduri Arwah)" Kata suga dengan selamber. "Cilake kau suga" Marah jimin. "Ah Ah lah jimin, betul cakap jungkook tu" Bela j-hope. "Buat. apa nak takut dengan dia tu, kita semua sama-sama makan nasi kot! " Balas jimin. "Suka hati kau lah" Kata jin pula.
SKIP
jihyo bersiap hendak ke sekolah. Begitu juga dengan BTS. Oh, jihyo tak pergi sekolah BTS, Silap-silap kena kecam nanti.
BIGHIT SCHOOL
jihyo berjalan di koridor untuk ke kelasnya dengan tatapan menusuk dari pelajar-pelajar bighit. Jihyo merasa risih dengan tatapan tersebut. "Jihyo ya!!! " Seseorang memanggil jihyo. jihyo pun melihat kearah orang yang memanggil dirinya. rupa-rupanya bomi. "Ah bomi, Selamat pagi" Kata jihyo. "pagi"balas bomi ketika sampai di tempat jihyo. jihyo tersenyum, sekurang-kurangnya, masih ada yang nak berkawan dengan dia walaupun keadaannya yang macam ni. Sebenarnya, bomi ni tak tahu pun yang jihyo ni anak orang yang berada walaupun mereka kawan sejak kecil dan jihyo bersyukur dengan perkara tersebut kerana bomi nak berkawan dengan dia bukan sebab harta. "Apasal dengan muka kau tu?" tanya bomi. "Ala, kau macam tak tahu keadaan budak baru macam aku ni macam mana" balas jihyo. "Gwenchana jihyo, aku akan sentiasa tolong kau" balas bomi sambil mengusap bahu jihyo. "gomawo" ucap jihyo sambil tersenyum.
Mereka, Jihyo dan bomi sampai di kelas mereka. ketika mereka masuk ke kelas. Tiba-tiba ada sebuah tangan menarik jihyo dan menolak jihyo ke dinding dengan keras. "Hei budak baru! Berani juga kau ye, masih nak datang sekolah! tak takut kena bully ke?" ucap orang tersebut dengan remeh sambil meletakkan tangannya di dinding sebelah kepala jihyo. Orang tersebut namja, kalau dilihat dari gaya memang seorang pembuli. "Lepaskan jihyo! Jota" marah Bomi. "Diamlah budak sombong" Balas namja tersebut yang bernama jota. jihyo hanya membisu. "Takde mulut ke arr? " Marah jota. jihyo masih membisu. Jota bertambah marah lalu dia ingin menumbuk jihyo. Tinggal beberapa inci lagi kena muka jihyo. Tumbukkannya terhenti kerana ada sebuah tangan yang menghalangnya, rupanya jihyo. jihyo menahan tangan jota hanya dengan satu tangan sahaja. "Huh, tak payah nak berlagak kuatlah, kau nak tumbuk aku? jangan nak mimpi, asal kau tahu aku juara taekwando tiga tahun berturut-turut peringkat kebangsaan" ucap jihyo dengan selamber. Muka jota pucat. Jihyo menolak jota kebelakang lalu pergi ketempat duduknya. Pelajar lain melihat itu terkejut. Jota yang diperlakukan sedemikian meninggalkan kelas dengan rasa malu. Bomi ke arah jihyo. "Jihyo? betulkah apa yang baru kau katakan tadi? kau juara taekwando tiga tahun berturut-turut peringkat kebangsaan?" Tanya bomi. "Eh! taklah, aku tipu je." balas jihyo perlahan. "Bukan tiga tahun,tapi lima tahun berturut-turut" sambung jihyo dalam hati. "Habis macam mana kau boleh tahan penumbuknya tadi" Tanya bomi hairan. "Aku ambil kelas taekwando dulu, sebab tulah" balas jihyo sambil tersenyum. "Oh, macam tu" Balas bomi.
SKIP
Jimin sedang bersiar-siar di sekolahnya. Dia tidak masuk kelas. Jimin ingin berehat. Dia pergi ke atap sekolah. ketika sampai di sana, dia baring di kerusi hujung yang terdapat disana. Dia ingin melelapkan mata. Baru beberapa saat dia menutup mata, ada seseorang muncul. tapi dia tidak perasan dengan kehadiran jimin. Jimin mengabaikan orang tersebut lalu melelapkan matanya kembali. Apa yang jimin tahu, orang tersebut kelihatannya marah sekali. Ada satu nama yang disebut oleh orang tersebut yang menarik perhatian jimin. Setelah beberapa minit melepaskan geram, orang tersebut meninggalkan atap. Setelah orang tersebut pergi, jimin pun bangun dari lelapnya. Dia melihat bekas kepergian orang tersebut dengan tatapan yang sulit diertikan.
To Be Continue
Author nak minta maaf pada reader semua. Sebab author telah membuat para reader menunggu lama. Maafkan Author. π_π
YOU ARE READING
Oh MY God !!
RomanceCast Song Jihyo -Seorang yang miskin -Nerd -Di gelar Monster apabila marah -Juga di gelar Mongji (kuat Blur) -Pintar -Baik hati -Friendly - 16 year old -Berani All Member BTS -Jeon jungkook 15 year old -Kim taehyung 16 year old -Park Jimin 16 year...