1

16.8K 481 8
                                    

kicauan burung dipagi hari masih tidak menyedarkan aku yang sedang tidur mati. mimpi yang lebih indah membuatkan aku lebih tertarik dari realiti.

aku menikmati suasana yang indah. angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah aku. aku tidak mahu bangun dari mimpi ini. realiti terlalu kejam buat aku. basikal yang sedang aku tunggang mula hilang kawalan. aku mula panik.

"ahh!!".

bum!

mata aku terbuka dengan mengejut. mimpi jatuh longkang weh. mana tak terkejut.

dang! dang!

" woi iman bangun woii!!". jeritan abang aku dari luar bilik membuatkan aku tidak tenang. jam di dinding aku tatap seketika. membulat mata aku melihat jarum jam menunjukkan jam berapa.

7:00 a.m

"wtf?!!".

aku jatuh tergolek dari katil selepas kelam kabut cuba turun. dah lambat! aku berlari ke pintu tandas tanpa memikirkan hal lain. ni kalau lambat mahu kena denda. lagi-lagi ada pengawas annoying. ah aku nak siap dulu!

...

7:25 a.m

wow sempat jugak eh aku sampai sekolah. baik aku tidur lagi 3 minit tadi hurm. aku berjalan ke pintu pagar sekolah. tadi aku bergaduh dengan syaf sebelum sampai sekolah sebab dia tak bangunkan aku. mama dengan papa mana ada dekat rumah sebab kerja. ada abang pon memang tak boleh diharap. tahu menyusahkan aku je. dia pulak dah lari dulu dengan membe dia masuk sekolah. ditinggalnya aku.

dari jauh kelibat 3 orang pengawas dan salah seorang dari mereka setinggi galah menyapa mata aku. si galah memandang aku dan kami berdua membalas pandangan buat 5 saat.

" lagi 10 saat aku tutup pagar. siapa lambat masuk kena detention 2 jam.". suara dia tegas dan lantang membuatkan orang lain mula tak tentu hala.

aku yang berada 5 meter jauh lagi mula melajukan langkah. nasib aku pakai baju sukan hari ni.

"empat".

muka aku berkerut. lagi 10 langkah aku boleh sampai. pelajar lain yang baru sampai juga gelabah tak menentu masuk ke perkarangan sekolah.

"lima... enam tujuh.".

eh babi makin laju pulak kiraan dia. aku berlari ke pagar sekolah dengan pantas. lagi 3 langkah dan dia tutup pagar.

" lambat.".

"weh baru pukul 7:29!".

aku menggegarkan pagar yang sudah tertutup itu. dua ke tiga ketul budak batch bawah membuat perkara sama seperti aku, marah.

" jam aku dah 7:30". kata addrian.

"lantaklah dengan jam kau. ni jam aku.".

geramnya aku. perangai annoying dia dari dulu tak ubah. perangai sial dia yang lain pun masih ada membuatkan marah aku semakin marak.

" addrian!!".

"nawal iman.". mulut addrian menyebut nama aku perlahan sambil tangannya menulis di buku catatan kecil. nama budak lain juga dia tulis tanpa rasa kasihan.

" lepas sekolah wajib pergi class detention. tak pergi aku hantar nama dekat cikgu disiplin.". ujar addrian dengan muka kerek.

aku yang nak terima ke taknak ni terpaksalah ikut. malas aku nak besarkan hal. 2 jam je kan? hm. addrian membuka pagar untuk memberi kami masuk.

"jom balik kelas sama-sama.". ajak addrian selepas aku melangkah masuk.

" taknak. berambus.".

"alaa apa marah-marah ni?". tanya addrian.

seketul nawal iman Where stories live. Discover now