villa yang megah berdiri di hadapan aku kini, aku renung dengan kagum.
"aku taktahu pulak rumah kita dekat dengan rumah akmal.".
aku gembira. lepas ni boleh hari-hari pergi rumah akmal. kalau tak kadang-kadang je lepak rumah akmal sebab jauh.
" well, aku pun baru tahu.".
aku dan syaf masih kagum melihat rumah baru kami.
"jom suprise akmal.". aku memandang syaf dengan muka excited.
" alang-alang tu jomlah kita paw akmal sekali.".
"nice.".
aku dan syaf gelak jahat. paw akmal itu biasa.
...
" assalamualaikum, akmal oh akmal!!". syaf jerit dengan kuat. suis loceng dibunyikan beberapa kali. tak fikir langsung kalau family akmal ada dekat rumah. datang macam nak menyerbu.
"sape main loceng rumah aku ni?!". akmal keluar dengan muka berkerut. selipar disarung dengan cincai.
" abang, saya taknak beli karpetlah!".
aku memandang syaf dengan muka tahan gelak. syaf yang geram dipanggil abang jual karpet itu semakin laju menekan loceng rumah akmal. rosak ke apa bukan kesah.
"eh abang! saya kata tak mahu beli karpe-".
akmal tersengih memandang wajah syaf yang berkerut marah selepas membuka pagar.
" kau panggil aku apa?".
"eh abang hensem. hehe.".
tawa aku terhembur. percakapan akmal yang bercampur slang bangla memang kelakar HAHA.
" muka hensem macam ni panggil abang jual karpet. hello, muka aku muka model.". syaf perasan sendiri.
"perasan gila. muka ada iras monyet.". walaupun syaf memang hensem, aku nak kutuk dia jugak.
" siyel.". syaf terus melangkah masuk meninggalkan kami berdua.
"kau pindah mana ni? kenapa ada dekat area sini? kata pergi rumah baru kau.". akmal bersandar pada pagar sambil tangannya disilang di dada.
" tadaaa.".
tangan aku menunjuk rumah villa di hadapan kami.
"bro, betul-betul depan rumah ni.". kata akmal.
" well, lepasni kau kenalah tahan diri kau tengok muka aku yang cantik ni.". iman berlakon menyelit rambutnya yang tidak wujud ke belakang telinga kerana dia memakai tudung.
"baguslah tu, sorang abang monyet, sorang adik monyet.".
" well, aku monyet tercantik.".
"tak dinafikan, anjing lagi cantik.".
" kau ni bukan pernah nak puji aku.".
"cis, kalau aku tak puji pun kau dah tahu kau tu cantik. malas aku layan kau.".
akmal melangkah masuk ke dalam rumah.
" weh tunggulah!".
...
akmal disebelah aku pukul kuat.
"bro dah tiga kali ni bila kau nak menang? HAHAHA.".
controller akmal campak dengan menyampah.
" main dengan kau mesti kalah. kau ada bela saka ke apa?". akmal bersandar ke sofa dengan muka kecewa.
syaf tak payah cakaplah, dah tertidur atas lantai sebab dia paling awal mati.
YOU ARE READING
seketul nawal iman
Romance" kau iman kan?". "mana kau kenal aku?". " satu sekolah kenal kau.". "tak mungkin.". ... " man, aku dah janji dengan diri aku yang aku takkan biarkan orang lain pukul kau.". "geli aku dengar.". "dia cari pasal dengan kau maksudnya dia cari pasal...