rempuhan dari belakang membuatkan badan aku hilang imbangan. fikir lawak ke main langgar-langgar orang dalam gelanggang ice skate ni?
buk!
aku redha dengan ketentuan ilahi. buku lali yang sakit aku pegang selepas aku jatuh terduduk. siapa yang kurang ajar sangat ni?
"eh iman sorry.".
tiada langsung riak kasihan di muka addrian. ah dia ni mesti sengaja. suka menyusahkan aku.
"nak aku tolong?". addrian menghulur tangannya.
aku menjeling dia. tiba-tiba je nak rempuh orang. dia fikir tak sakit ke?
" taknak? taknak tak apa.". aku mencapai hujung baju addrian untuk menghalang dia dari pergi.
"kaki aku terseliuh.".
" alolo kesian dia.". entah percaya entah tidak saja addrian ni.
"kau pandang muka aku, kau nampak aku main-main ke?".
panas pulak hati aku. siapa je tak marah bila kena tolak dengan sengaja?
" muka kau bukan main-main tapi cantik, lagi cantik kalau kau jadi girlfriend aku.".
"addrian aku serius ni.".
aku tengah sakit dia puji aku cantik buat apa. aku menyambut hukuran tangannya. dengan daya yang masih berbaki aku cuba bangkit tapi aku tak ber'daia' , aku terjelapok kembali. pakai kasut skate yang perlukan imbangan. kalau kaki dah terseliuh macam mana nak imbang?
" aduh.".
"huish kau sakit betul-betul ke?". addrian merenung aku yang sudah pasrah.
" penatlah cakap dengan kau.".
aku mengesot untuk ke pintu keluar gelanggang ini. kisah apa aku orang pandang ke apa, yang penting kaki aku sakit.
"iman kau seriuslah?". tanya addrian lagi untuk meminta kepastian.
" diam.".
aku masih cuba mengabaikan addrian. beberapa saat kemudian aku terasa badan aku terapung. woh graviti tiba-tiba hilang ke macam mana ni?
"berat jugak kau ni.".
addrian mendukung aku cara bridal style. sis terkezut.
panik ngak? panik ngak? paniklah masa enggak!
" weh turunkan aku.". aku menepuk bahu addrian apabila banyak mata yang memandang kami berdua. malunya.
"kaki kau kan terseliuh, mana boleh jalan.".
" addrian!".
"no, and shut up princess.". butterflies.
addrian mendudukkan aku ke atas bangku panjang selepas dia membawa aku keluar dari gelanggang. perasaan malu aku mula menggunung. syaf pun tak pernah nak dukung aku. ini addrian pulak orang first yang dukung cara tu.
addrian membantu aku membuka kasut ice skate tadi dengan berhati-hati untuk mengelakkan kaki aku bertambah cedera.
" nasib baik tak teruk sangat.".
addrian membelek buku lali aku yang sedikit merah. ambik masa jugak kalau nak lebam ni.
"kau tunggu kejap.".
aku hanya memerhati addrian yang sedang berusaha mencari first-aid.
" addrian!".
addrian menoleh memandang aku. aku pula menunjukkan dia ke suatu arah iaitu kaunter tempat menyewa kasut. alang-alang tu aku suruh dia pulangkan kasut sekali.
YOU ARE READING
seketul nawal iman
Romance" kau iman kan?". "mana kau kenal aku?". " satu sekolah kenal kau.". "tak mungkin.". ... " man, aku dah janji dengan diri aku yang aku takkan biarkan orang lain pukul kau.". "geli aku dengar.". "dia cari pasal dengan kau maksudnya dia cari pasal...