Bab 2

12.4K 219 8
                                    

Selesai temuduga, Aqisha pergi berjumpa kawan baiknya, Nurin di The Coffee Bean.

Sambil berjalan dia membalas sms ibunya bahawa dia sudah selesai temuduga dan akan pulang lewat. Tiba-tiba namanya dipekik.

"Aqish!!"

Aqisha menaikkan wajahnya kearah suara itu. Ternyata Nurin yang memanggilnya sambil melambaikan tangan. Aqisha bersenyum dan mempercepatkan langkahnya.

"Hai babe." kata Aqisha bila dia sampai didepan Nurin. Mereka bersalaman sebelum melaga-lagakan pipi mereka.

"Hai sayang." jawab Nurin.

Ehhhh opppps kita bukan lesbian eh. Memang dah terbiasa dengan panggilan ini huhu. Alaaa normal bestfriends mesti berbabe-babe, bersayang-sayang. HAHAHA.

"Macam mana interview?" tanya Nurin.

"Macam biasa la. Nanti dorang call." jawab Aqisha sebelum dia bangun dan pergi membeli minuman.

Aqisha duduk semula dengan minumannya dan mereka terus berbual rancak untuk setengah jam. Kemudian mereka beredar dan pergi berjalan-jalan di shopping mall yang besar itu.

Nurin yang suka dengan barang makeup sama seperti Aqisha masuk ke dalam Sephora dan mula mencuba setiap barang makeup disitu. Beza antara mereka adalah Nurin dia seorang makeup artist sementara Aqisha hanya memakai untuk biasa-biasa saja.

Nurin sedang melihat gincu yang ada bau, kemudian dia membukanya dan bawa ke hidung untuk menghidu tetapi dengan cepat Aqisha menolak tangan Nurin keatas. Kini ada setompok gincu berwarna merah terang di hidungnya.

"Aqish!!"

Aqisha sudah terbahak-bahak mentertawakan Nurin yang hidungnya seperti badut. Nurin juga turut berketawa bila melihat dirinya didalam cermin.

"Hahahaha. Lawa hidung kau babe." Kata Aqisha yang masih kuat mentertawakan Nurin.

"Kurang ajar siak kau. Hahaha." Nurin mengelap hidungnya dan meletakkan semula gincu itu di tempatnya.

Aqisha menggelengkan kepalanya dan berjalan ke bahagian lain pula. Nurin tetap ditempat yang sama mencuba setiap warna gincu di tangannya.

Makeup artist katakan, cuba barang semua ada caranya.

Beberapa minit kemudian, Aqisha kembali dan Nurin menyuruhnya menghidu gincu dari lengannya.

"Ehh bau ni. Sedap siak." tanpa berfikir apa-apa, Aqisha mengambil tangan Nurin dan bawa kehidungnya.

Dengan niat ingin membalas balik apa dilakukan Aqisha, Nurin terus menolak tangannya kehidung Aqisha. Meletus tawa Nurin dengan kuat kerana ada 4 warna di hidung Aqisha.

"Hahahah padan muka. Kenakan aku lagi."

Aqisha melihat dirinya di cermin. "Oii siakkk ah hahaha. Rabak sia. 4 colour oi. Tadi aku kasi satu je." Dengan cepat dia mengelap hidungnya.

Nurin disebelahnya sudah mentertawakannya sehingga tiada suara yang keluar.

Bila ada suara sedikit dia berkata. "Oi dah jom hahaha aku tak tahan nak terkencing."

Mereka cepat-cepat beredar dan pergi ke tandas. Perangai macam budak-budak.

Selesai sahaja, mereka berjalan ke perhentian teksi kerana tunang Nurin ingin mengambilnya.

"Eh babe betul tak nak suruh Azmi hantarkan kau?"

"Haha tak payah lah. Korang ada date, aku boleh balik sendiri."

Isteri UpahanWhere stories live. Discover now