Bab 9

9.6K 195 8
                                    

Raihana menarik tangan Aqisha dan mempercepatkan langkah ke meja makan.

"Tak payah lah. Nanti Aqish boleh buat untuk aku." kata Rafique dengan menyampah.

"Alaa tak apa lah. Nah ambil ni sikit."

"Abang Raf cakap tak payah jadi jangan nak mengada." Kata Raihana sambil mengambil tempat disebelah Ridhwan.

Tangan Qaisarah yang ingin mengambil ikan merah, terhenti. Aqisha berdiri disebelah Rafique dan memandangnya.

"Nak lauk apa?" lembut saja dia bertanya.

"Telur dan sup ikan merah."

Aqisha mengambil sudu dari tangan Qaisarah dan menyeduk ikan merah untuk suaminya. Qaisarah merenung Aqisha sebelum dia ingin duduk bersebelahan dengan Rafique.

"Eh duduk sana. Ini tempat Aqish." Kata Rafique.

Qaisarah bangun dan alih sambil membuat muka. Raihana dan Ridhwan hanya menahan ketawanya.

"Apa yang bising-bising ni?" Tanya tuan Mukhriz.

"Tak ada pape. Dah jom makan." Jawab Ridhwan.

Selesai makan malam, Raihana dan Aqisha membersihkan meja makan dan simpan pinggan yang sudah dicuci.

Setelah itu, Aqisha naik ke bilik untuk mencari Rafique tetapi tiada orang. Aqisha hanya mencebikkan bibirnya sebelum dia pergi ke meja solek untuk memakai losyen badan.

Sedang dia menyapu lengannya, terdengar seperti suara perempuan tergelak dari balkoni biliknya. Dia keluar ke balkoni dan memandang kebawah.

Rupa-rupanya, Raihana sedang gelak ketawa bersama Rafique. Aqisha hanya tersenyum.

Dia tidak memilik adik beradik, jadi bila dia melihat Rafique rapat dengan adik beradiknya membuatkan dia rasa senang hati.

Walaupun dia tidak mengenali Rafique secara mendalam, tetapi caranya melayan mereka sudah menunjukkan bahawa dia sayang pada mereka.

Kata orang nak cari suami yang penyayang, lihat bagaimana dia melayan ibu dan adik perempuannya jika ada.

Tiba-tiba dahi Aqisha berkerut.

Tapi kenapa dia layan ibu lain macam?

"Buat apa dekat situ?"

"Oh mak!" Aqisha pusing kebelakang.

Berdiri disitu Rafique sedang memeluk tubuhnya.

Aqisha menoleh kebawah kembali. Raihana juga sudah tiada.

"Err tak ada pape. Saja amik angin malam." Aqisha terus masuk kedalam kembali dan naik ke atas katil.

"Um awak esok saya ada kelas tau. Pukul 10 pagi."

"Habis?" Tanya Rafique sambil duduk di hujung katil.

"Pukul 2 dah habis. Nanti saya balik terus lah memandangkan esok saya tak ada apape lepas tu."

"Ok."

"Ok then saya tidur dulu. Goodnight." Aqisha terus baring dan menutup matanya.

"Goodnight." Jawabnya sebelum dia bangun kembali dan menutup lampu.

*****

Esoknya, setelah sarapan, Rafique menghantar Aqisha ke Uni barulah dia ke pejabatnya.

"Wahh ada orang hantar sey.." Aqisha menoleh, Erni dan Aidil berada dibelakangnya.

"Siapa tu?" Tanya Erni.

"Takde siapa lah. Dah jom masuk kelas nanti lambat." Dengan itu Aqisha terus jalan ke arah kelas mereka. Erni dan Aidil memandang sesama sendiri dengan pelik sebelum mengikuti Aqisha.

Isteri UpahanWhere stories live. Discover now