Bab 3

11K 212 3
                                    

"Whaat?!?!" Aqisha terpekik dan menjauhkan dirinya.

"Listen. You need the money and I need a wife and you are suitable to be one."

"No!"

"Yes! I'll give the money you need and be my wife. See isn't it simple like ABC." Rafique bersenyum sinis.

"Memang lah cakap senang macam ABC. Eh kahwin bukan perkara main-main lah. And why should I get married to you? I don't even know you." Aqisha meninggikan suaranya.

Sungguh dia pelik dengan lelaki yang berdiri di depan matanya sekarang.

"Kita boleh saling mengenali selepas nikah."

"Eh dah saya tak nak dengar awak merapu. Malas saya nak bercakap dengan orang terencat akal macam awak ni. Assalamualaikum." dengan itu Aqisha terus beredar dari situ.

Kurang ajar dia panggil aku terencat akal.

"Tunggu kejap." lengannya ditarik.

"Nak apa lagi? Ni kerja gila awak tahu tak."

Kemudian Rafique merenung Aqisha. "Gila tak gila. Saya tahu awak perlukan duit dan saya boleh kasi awak. Tapi awak kena jadi isteri saya."

Seram pulak aku tengok dia ni.

Aqisha memandang lama ke dalam anak mata Rafique. Betul apa yang dikatakan olehnya. Dia memerlukan duit yang banyak dalam masa yang terdekat.

"Sekarang awak kasi phone awak."

Aqisha yang masih dalam dunia dia sendiri, memberi Rafique telefonnya. Beberapa minit dipulangkan semula.

"Oii!!"

"Huh? Ya?" Aqisha seperti tersedar dia memandang muka Rafique dengan blur.

"Yang muka blur sangat tu kenapa."

"Ehh tak mana ada." Aqisha memperbetulkan dirinya dan senyum.

"Jom saya hantar awak balik."

"Tak payah lah saya boleh balik sendiri."

"Cuba orang cakap sekali tu dengar." Suara garang Rafique membuat Aqisha diam dan anggukkan kepalanya.

"Dah jom!"

Mereka berjalan bersama menuju ke kereta Rafique. Sampai sahaja, mata Aqisha terbeliak sedikit.

Woahh Audi sia.. Mamat ni memang kaya ke apa.

"Tercegat kat situ lagi buat apa?!" Kelam kabut Aqisha masuk ke dalam kereta.

Aqisha memberi alamat dan senang betul Rafique mencarinya. Rafique memberhentikan kereta dan pusing kepada Aqisha.

"Rumah awak sebelah mana? Tingkat?" tanya Rafique sambil melihat ke arah rumah flat di depannya.

"Tak payah tahu. Dah saya naik dulu. Terima kasih sebab hantar saya. Assalamualaikum."

Belum sempat Rafique menjawab, Aqisha sudah menutup pintu dan berjalan ke arah lift rumahnya.

Selesai solat isyak, telefon Aqisha tertiba berbunyi. Dia terkejut kerana sudah jam 12 tengah malam siapa saja yang menelefonnya.

Aqisha bangun dari sejadah dan mengambil telefonnya.

Siapa pula telefon ni?

Lama dia memandang nombor yang dia tidak kenali sebelum dia menjawab.

"Hello?"

"Assalamualaikum." suara lelaki kedengaran.

Berkerut dahi Aqisha. "Umm Wa'alaikumsalam. Siapa ni?"

Isteri UpahanWhere stories live. Discover now