Bab 4

10.4K 180 2
                                    

Selesai makan, Aqisha menolong mengemas meja makan kerana dia sudah terbiasa. Raihana juga turut menemaninya di dapur sementara yang lain di ruang tamu.

"Akak sekolah amek apa?" Raihana mula berborak sambil dia dan Aqisha mengelap pinggan-pinggan yang sudah dibasuh.

"Degree in Structure of Malay Language"

"Wah. Akak nak jadi cikgu bahasa melayu eh?" Raihana memandang Aqisha dengan teruja.

Aqisha tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Bestnya dapat bakal kakak ipar yang nak jadi cikgu." Raihana tersenyum pula tetapi senyuman Aqisha termati.

Bakal kakak ipar?

Aqisha termenung. Sudah bersediakah dia untuk memikul tanggungjawab yang besar itu? Macam mana ibu dan ayahnya? Adakah Rafique akan melayan dan menjaganya dengan baik? Dan yang penting, kekal ke perkahwinan mereka tanpa cinta?

"Akak!"

"Oh mak kau pinggan." Aqisha termelatah.

"Hahaha.. akak mak Rai manusia bukan pinggan." Raihana sudah terbahak-bahak mentertawakannya. Setelah tawanya reda, dia memandang Aqisha.

"Sorry kak. Tapi lawak betul muka akak. Akak termenungkan apa tadi?"

"Haha suka dia eh ketawa kan orang.. dan tak ada ape lah."

"Betul ni?"

"Iyerr betul."

"Haha kalau gitu jom pergi depan."

Mereka berpimpin tangan sambil jalan ke ruang tamu. Tetapi tiada siapa di situ.

"Alamak.. akak tunggu sini jap eh. Rai panggil ibu dan papa kat atas. Abang mesti dalam bilik dia. Tunggu tau." Raihana terus berlari menaiki tangga.

Sedang Aqisha duduk di ruang tamu dan matanya melihat sekeliling ruang itu yang dihias cantik dan rapi.

"Assalamualaikum." Ridhwan melangkah masuk ke rumah.

"Wa'alaikumsalam." Aqisha yang nampak lelaki itu dia terus berjalan kearahnya.

Kemudian bahunya ditumbuk.

"Aduh." Ridhwan mengusap bahunya.

"Awak ni kan kenapa nak datang sini tak nak bilang saya dulu. Eh malu tau saya datang rumah orang dengan berpakaian macam ni." Aqisha menunjukkan pakaiannya.

Sweatpants warna kelabu dan sweatshirt warna hitam yang besar sikit saiznya dari badan Aqisha.

Ridhwan yang masih mengusap bahunya hanya memandang Aqisha dengan pelik tetapi dia sedang cuba menahan tawanya.

Kemudian dia baru tersedar sesuatu. Ni mesti perempuan yang Rafique bawa balik.

"Eh yang awak senyap kenapa? Bukan tadi dalam kereta macam singa lapar? Dan lagi satu awak pergi mana? Rai cakap awak kat atas macam mana awak-"

"Aqisha."

Dia menoleh kearah suara itu. Matanya terus terbeliak bila Rafique berdiri di tangga bersama Raihana yang juga sedang menahan tawanya. Kemudian dia memandang kearah lelaki yang berdiri di depannya.

Aqisha menelan air liurnya. "Hi saya Ridhwan. Kembar Rafique." Aqisha hanya berdiri kaku dan lidahnya kelu. Tidak mampu berkata apa-apa.

Oh tidaakkkkkk!! Kenapa bengap sangat kau nii Aqish!!!! MALUNYAAA!!! Ibu tolong!!

Aqisha mula tersengih. "Err hehe..hi saya Aqisha. Panggil Aqish pun boleh."

Rafique dan Raihana pergi kepada mereka dan Aqisha menggaruk kepalanya. "Uhh saya minta maaf pasal tadi."

"Haha tak pe. Boleh tahan kuat tumbuk." Ridhwan pula mentertawakan dia. Aqisha sudah malu dengan kelakuannya.

"Dah jom kak kita duduk. Angah gi sana mandi." Raihana menarik Aqisha dan duduk di sofa yang empuk.

"Best berbual dengan kembar saya?" sindir Rafique sambil duduk di sofa hadapan mereka.

Aqisha hanya membuat muka menyampah. Raihana hanya mentertawakannya. Baru saja Aqisah ingin bercakap, tuan Syed Mukhriz dan puan Marissa berjalan kearah mereka dan duduk.

"So let's get straight to the point...." puan Marissa berkata. "Bila tarikh kita boleh masuk minang Aqisha?"

Terbutang mata Aqisha mendengar kata-kata puan Marissa. "Ma..ma..suk minang?"

"Iyelah sayang. Kalau tunggu lama-lama nanti kalau Rafique ni tak nak kahwin terus lagi macam mana." jawab puan Marissa.

Aqisha memandang muka Rafique yang tidak memberi sebarang emosi. "Uhh auntie Aqish tak terfikir lagi. Aqish uh.... "

"Hujung minggu kami datang." suara tegas Rafique membuat kata-kata Aqisha termati.

"Betul ni? Kalau macam tu bagus lah. Lagi cepat lagi bagus kan bang?" puan Marissa tersenyum sambil memandang tuan Syed Mukhriz.

"Betul tu." tuan Syed Mukhriz tersenyum.

Aqisha sudah memandang mereka dengan senyuman yang hambar. Dia juga memandang Rafique dengan tajam. Sesuka hati membuat pilihan tanpa persetujuannya. Ingin dibantah tetapi orang tua Rafique sungguh teruja sekali membuatkan Aqisha tidak sampai hati untuk membantah.

Mereka berborak kosong sehingga petang dan Aqisha meminta diri untuk pulang. Dia mengambil beg sekolahnya dan menyalam tangan tuan Syed Mukhriz dan puan Marissa.

"Terima kasih auntie,uncle sebab kasi Aqisha makan dekat sini."

"Ehh tak ape. Nanti senang-senang datang lagi tau." puan Marissa bersenyum.

"In sha Allah."

"Bawak kereta baik-baik Raf." pesan tuan Syed Mukhriz.

"Ye pa." jawabnya ringkas sambil masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.

Aqisha melambai sebelum masuk ke dalam kereta. Sedang sibuk Rafique reverse kan kereta, Aqisha memakai earpiece dan membuka lagu dengan kuat. Malas sungguh untuk dia bercakap dengan Rafique. Hatinya masih geram dengan tindakkan Rafique tadi.

Setelah 10 minit memandu, Rafique baru perasan kesunyian dari Aqisha. "Oi asal diam ni? Dah bisu? Eh saya tanya lah ni. Jawablah."

Masih tiada jawapan. Rafique menoleh dan nampak tali earpiece yang tersembunyi sedikit dibawah tudung Aqisha.

Rafique terus menarik sebelah earpiece itu dari luar tudungnya. "Oi!" Aqisha memandang Rafique.

"Ape ni main tarik-tarik?" tanya Aqisha dengan kasar.

"Bila orang tengah berbual. Dengar! Jangan sumbat telinga tu dengan earpiece. Nampak sangat kurang ajar." marah Rafique.

"Oh saya kurang ajar? Abeh pandai sangat kasi keputusan tanpa persetujuan saya tak kurang ajar? Ke dah terlebih ajar sampai tak tahu bincang dengan saya dulu?!" Aqisha merenung muka Rafique dengan penuh kemarahan. Dan bila Rafique menoleh, Aqisha menjelingnya.

"Aqisha saya-"

"Dah tak payah nak explain cause whatever lah eh. Saya malas nak bobal ngan awak." Aqisha sambung mendengar lagu sambil memandang keluar tingkap.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di rumah Aqisha dan dia terus keluar dari kereta. Sebelum pintu ditutup, dia ucap terima kasih kepada Rafique.

Rafique memandang Aqisha berjalan beberapa saat sebelum dia beredar.

Isteri UpahanWhere stories live. Discover now