Bab 7

9.6K 189 3
                                    

Aqisha masih berdiri di depan pintu biliknya dan menggaruk kepala.

"Oi." tegur ayahnya tiba-tiba.

"Oh mak."

"Haha. Ni asal tak masuk lagi?"

"Eh nak masuk lah ni." dengan pantas Aqisha masuk ke bilik dan menutup pintu.

"Dah kenapa macam baru lari marathon?"

Aqisha pusing kearah suara itu kemudian dia mengetap bibirnya.

"Awak ni kasi salam boleh tak. Nasib saya tak ada sakit jantung, kalau tak naya je kena tidur kat hospital pulak."

"Alaa hospital tu pun ada katil juga pe. Atau sebenarnya awak tu dah tak sabar nak tidur dengan saya?" Rafique menggoyangkan keningnya.

"Ehhh jangan perasan please."

Kemudian baru dia perasan yang Rafique hanya dengan tuala lilit di pinggangnya tanpa baju. Maka badan tegap Rafique kelihatan.

Dengan cepat Aqisha memandang kearah lain. "Kalau iye pun pakai lah baju tu."

"Kenapa tergoda ke?" Rafique sengaja berjalan kearahnya.

"Ehh no time to tergoda. Dan awak kenapa ni?" Aqisha sudah jalan kebelakang bila Rafique semakin dekat dengannya.

"Tak ada apa." Rafique senyum nakal.

Akhirnya kaki Aqisha tidak boleh kebelakang lagi sebab ada dinding.

"A...awak n..nak bu..buat apa ni?" suara Aqisha seperti tersekat di tekaknya.

"Awak rasa?" Rafique meletakkan tangannya di tepi muka Aqisha dan mendekatkan mukanya.

Aqisha yang hanya memandang ke anak mata Rafique sebelum Rafique memandang kearah bibir Aqisha. Hidung mereka hampir tersentuh tetapi Aqisha dengan cepat menolak Rafique dan terus lari masuk ke dalam tandas bersama tuala. Tak lupa dengan baju tidurnya sekali.

Rafique hanya bersandar di dinding dan terketawa kecil bila dia melihat wajah Aqisha sebentar tadi.

Comel

"Awak ambil wudhuk sekali. Kita solat sama." kata Rafique tapi tiada jawapan dari Aqisha.

Rafique terus memakai baju dan seluarnya sebelum pergi ke tandas dapur untuk mengambil wudhuk sekali lagi.

Selesai mengaminkan doa, Aqisha menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Setelah itu dia bangun dan menyidai telekong dan sejadahnya di tempat penyidai sebelum dia terus naik atas katil. Memang dia terlalu penat.

Rambutnya dilepaskan dan selimut ditarik sehingga paras bahu. Rafique duduk di birai katil dan memandang Aqisha.

"Awak..."

"Hmm." jawab Aqisha sambil mata tertutup.

"Dah nak tidur ke."

Aqisha membuka matanya dan dengan perlahan dia duduk bersila. "Awak nak apa-apa ke?" tanya Aqisha dengan nada yang lemah.

"Tak, saya cuma tanya je."

"Sorry lah awak. Saya tak larat ni, saya tidur dulu ye." Aqisah baring semula dan menutup matanya.

Belum sempat Rafique bercakap, dengkuran halus kedengaran. Rafique tertawa kecil.

"Goodnight." Rafique berbisik sebelum dia bangun dan mematikan lampu.

*******

Aqisha tersedar dari tidurnya dan melihat kearah jam dinding. Matanya terus terbeliak.

8.30am

Bingkas dia bangun dan perasan ada lelaki sedang tidur disebelah membuatkannya terpekik. Dia terus berdiri di tepi katil. Kerana terkejut, Rafique terjaga dari tidurnya dan memandang Aqisha.

"Dah kenapa jerit pagi pagi buta ni? Asal dah tak kenal suami sendiri ke?" Aqisha menunduk malu.

Macam mana boleh lupa? Aduh malunya.

"Eh takde lah. Dah saya nak mandi dulu." Aqisha terus mengambil pakaian dan tuala sebelum masuk ke bilik mandinya.

Selesai mengikat rambutnya, Aqisha terus keluar dari bilik dan ke dapur memandangkan Rafique sedang mandi pula.

"Dah bangun pengantin baru?" usik ibunya. Mak Long dan Mak Ciknya dari kampung hanya tertawa kecil.

"Ibu masak apa? Nak Aqish tolong?" Aqisha malas ingin melayan usikkan ibunya itu.

"Tak payah. Nak tunggu kamu, orang pun dah habis masak. Pergi panggil Rafique kita sarapan sekali."

Aqisha memuncungkan bibirnya sambil berjalan ke bilik semula. Dia melangkah masuk apabila Rafique sedang menyarung t-shirt ke badannya.

"Dah siap jom keluar."

"Ok jap."

Siap saja,Rafique keluar dulu kemudian baru Aqisha. Mereka duduk beramai di lantai untuk sarapan pagi.

"Awalnya Liyah tidur semalam. Kesian Raf." usik tuan Azhar membuatkan yang lain tertawa.

"Tak apa ayah, dapat juga Raf borak panjang semalam dengan ayah." Jawab Rafique.

Ahli keluarga Aqisha rancak berborak bersama Rafique sementara Aqisha hanya mendiamkan dirinya dari tadi.

Setelah sarapan, Aqisha dan Rafique duduk di ruang tamu dan luangkan masa yang ada kerana petang nanti Aqisha sudah harus ikut Rafique pulang kerumah mertuanya.

"Kenapa cepat sangat saya kena balik rumah awak?" Tanya Aqisha apabila mereka berdua di dalam bilik.

Rafique meletakkan telefonnya ke tepi dan memandang Aqisha. "Kenapa? Tak suka ke?"

"Bukan macam tu. Saya cuma rasa macam terlalu cepat."

Rafique tenung wajah Aqisha begitu lama sebelum dia menjawab. "Ok. Kita tinggal dekat sini lagi 3 hari sebab saya masih on leave lepas itu awak kena ikut saya balik sebab saya dah nak mula kerja."

Aqisha ingin membantah tetapi riak di wajah Rafique tidak membenarkannya. Jadi dia terpaksa akur.

"Okay. Terima kasih."

**********

Maaf sebab lambat publish bab baru. Sebab sibuk sangat dengan kerja dan sekolah. SORRY ALLS.

Dan terima kasih kepada semua yang masih menunggu sambungan cerita ini...

THANKS GUYS... :)

Jgn lupa vote okiee..

Isteri UpahanWhere stories live. Discover now