Bab 6

9.8K 191 3
                                    

Masa berlalu dengan cepat, esok adalah hari yang ditunggu oleh Aqisha dan Rafique.

Persiapan nikah dan majlis sanding semuanya sudah diurus oleh keluarganya. Pada mulanya, ahli keluarga Aqisha terkejut dengan berita ini tetapi akhirnya mereka tolong apa yang perlu.

"Oi..." Qalif menegur Aqisha.

"Huh? Ape?"

"Kau termenung ape?"

"Takde ape lah. Aku dah ngantuk ni." Aqisha merungut sambil meletakkan kepalanya di atas meja.

Di Universiti, Aqisha berkawan rapat bersama Erni, Sufian, Aidil dan Qalif. Antara mereka, hanya Qalif saja yang paling rapat dengannya dari yang lain.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 malam dan Aqisha masih di dalam kelas untuk subjek yang terakhir pada hari itu. Setiap hari Jumaat, kelasnya akan tamat pada jam 9 malam.

Dia mengeluh perlahan. Esok, dia harus bangun awal kerana waktu nikahnya pukul 11 pagi. Kawan-kawannya tidak tahu dia akan berkahwin esok.

"Tengok tu termenung lagi." sindir Qalif. Aqisha hanya tersengih.

Tepat pukul 9 malam, Aqisha mengemas barangnya dan terus keluar dari kelas tanpa menunggu kawan-kawannya. Dia hantar pesanan ringkas kepada Nurin yang sudah berjanji untuk bermalam di rumah Aqisha untuk menemaninya berinai.

Nurin sudah memberitahu Azmi tentang Aqisha kerana dia dijemput ke majlis perkahwinan Aqisha. Dengan itu Azmi dan Nurin menjemput Aqisha dari sekolah dan menghantar mereka pulang ke rumah Aqisha.

"Eh Aqish, relax ah." ujar Aidil sambil mengejarnya.

"Tak leh. Aku kena balik dulu.." ujar Aqisha sambil tergesa-gesa.

"Asal kau kelam kabut ni. Jap ah." jawab Sufian.

"Betul tu Aqish. Asal kau kelam kabut. Kan selalu kita balik sama-sama." kata Qalif.

"Uhhh ada hal ah kat rumah. Kena balik cepat. Bye." Aqisha sudah bergegas ke pagar Uni. Bila dia nampak kereta Azmi dengan cepat dia masuk ke dalam keretanya.

Tiba di rumah, Aqisha masuk kedalam bersama Nurin dan menyalam keluarganya. Suasananya yang riuh rendah membuatkan Aqisha tersenyum gembira. Walaupun sudah jam 10, yang dewasa masih lagi berjaga untuk menyiapkan apa yang tinggal manakala anak-anak kecil sudah tidur.

Aqisha membersihkan badannya dan duduk di ruang tamu untuk membuat inainya. Nurin juga duduk bersama ahli keluarganya untuk menolong aoa yang patut sambil dia berborak dengan Aqisha.

Untuk malam itu, semua rasa gementar dan risau yang ada dalam diri Aqisha, hilang. Pada jam 1 pagi baru dia tertidur di ruang tamu bersama Nurin selepas dia membasuh inainya.

******

Selesai sarapan pagi jam 9.30 pagi Nurin mula makeupkannya.

Selesai saja, Aqisha dikejutkan oleh Nurin untuk pergi menukar ke baju nikahnya.

Aqisha memakai shawlnya sendiri dan setelah semuanya sudah siap, Nurin memberinya sejambak bunga dan dia duduk di hadapan cermin.

"Kau lawa babe. Tak pernah aku tengok kau macam ni. Selalu macam lelaki." usik Nurin untuk menenangkan sahabatnya. Dia tahu Aqisha berasa gementar kembali.

Aqisha memukul lengan Nurin dengan perlahan. "Tak baik kau." mereka tertawa sedikit.

Kemudian Nurin memeluk tubuh Aqisha dari belakang dan mencium pipinya. "Aku rasa bahagia kau nak kahwin babe walaupun bukan dengan pilihan hati. Tapi percaya dengan nikmat Allah ok sayang."

Aqisha yang mendengar cuba menahan airmatanya tetapi sukar untuk Nurin. Dia mengelap airmatanya dan senyum. "Kau tu jangan nangis pulak, rosak masterpiece aku nanti."

Aqisha tertawa lagi. Dia dan Nurin memang sukar untuk bersedih bila bersama. Jika berjumpa, pasti ada saja lawak bodoh yang dibuat oleh mereka.

******

"Auntie!! Kenapa auntie kasi Raf kahwin dengan perempuan ni?" suara Qaisarah kedengaran di ruang bilik puan Marissa dan tuan Syed Mukhriz.

Tuan Syed Mukhriz sudah berada di bawah bersama ahli kelurganya sementara puan Marissa masih memperbetulkan sanggulnya.

"Auntie tak boleh nak bantah sebab Raf bukan anak betul auntie dan uncle pun dah kasi warning jangan bantah kehendak Raf."

"Tapi kan auntie dah janji nak kasi Sara kahwin dengan Raf. Kalau sekarang dia kahwin dengan perempuan tu macam mana Sara nak kahwin dengan Raf." rengek Qaisarah.

"Sara jangan risau, auntie tahu nak buat apa bila dia jejakkan kaki dia dekat rumah ni. Hidup dia akan merana." puan Marissa memperbetulkan baju kurung modernnya yang mahal sambil tersenyum jahat.

"Pandai auntie. Sebab tu Sara sayang auntie." Qaisarah ikut tersenyum jahat sambil melentokkan kepalanya dia bahu puan Marissa.

******

"Pengantin dah siap?" suara puan Noor kedengaran.

"Dah." Nurin menjawab.

"Cantiknya anak ibu." puan Noor mencium dahi anaknya itu. "Ibu akan sentiasa doakan kebahagiaan untuk anak ibu." puan Noor bersenyum.

"Kalau sudah siap, mari kita keluar. Pihak lelaki dah sampai." puan Noor memimpin tangan Aqisha sementara Nurin hanya berjalan disebelahnya.

Semua mata memandang kearah Aqisha yang sedang duduk di pelamin nikah. Rafique juga turut memandangnya dan tidak berkelip mata.

"Ehem. Boleh saya mulakan?." tersentak Rafique dan dia berdehem untuk menutup malu.

Rafique menganggukkan kepalanya sebelum dia mengambil tangan tuan Azhar.

"Baiklah. Bismillahirahmanirahmin. Aku nikahkan dikau Syed Adam Rafique bin Syed Mukhriz dengan anakku Nur Aliyah Aqisha binte Mohammad Azhar dengan mas kahwinnya $3500 tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Aliyah Aqisha binte Mohammad Azhar dengan mas kahwinnya $3500 tunai."

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah."

Mereka semua membaca doa untuk kedua mempelai sebelum Rafique melakukan solat sunat. Kemudian dia pergi kepada Aqisha dan menyarungkan cincin.

Habis saja sesi bergambar, Aqisha kembali ke bilik dan menukar pakaian untuk bersanding di sebelah lelaki dan kembali ke sebelah perempuan.

Setelah baju pengantin berwarna biru awan dipakai dan semuanya sudah siap, Rafique mengambil tangan Aqisha dan mereka keluar dari bilik.

Aqisha sudah tersipu-sipu malu kerana inilah kali pertama dia disentuh oleh lelaki dan lelaki itu adalah suaminya.

Sepanjang majlis itu berlaku, Aqisha berasa senang hati dan gembira bila Rafique melayaninya dengan baik dan ahli keluarganya juga dapat menerima orang baru.

"Ehh Liyah, apa buat kat dapur ni lagi. Laki kau tu dah masuk bilik dah." tegur mak ngahnya membuatkan Aqisha tertelan air liurnya.

"Alaa biar lah dengan dia. Biar Aqish tolong habis kan kerje sikit."

"Tak payah.. Pergi je masuk bilik sana.." mak ngahnya mengambil pinggan yang sudah dibasuh dari tangan Aqisha dan isyaratkan kepalanya suruh pergi.

Mak cik dan ibunya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.

Isteri UpahanWhere stories live. Discover now