Aqisha keluar dari bilik dengan keadaan baru bangun tidur. Dia menguap dan pergi ke dapur untuk minum air.
"Oi... kau ni bangun tak tahu nak mandi dulu." tegur ibunya yang sedang bersarapan.
"Hehe jap lagi lah ibu."
"Kenapa jap lagi? Pergi mandi dan siap sekarang.. nanti-"
'Knock Knock'
"Assalamualaikum."
"Wa'alaikumsalam." serentak mereka berdua menjawap.
"Ibu tunggu biar Aqish tengok siapa." dia bersenyum dan pergi ke pintu.
Aqisha membuka pintu tetapi terus menutupnya dengan cepat apabila dia nampak Rafique dan keluarganya berdiri di depan pintu.
"Apa dia buat kat sini?" kemudian dia menepuk dahinya. "Ya Allah macam mana boleh terlupa ni?"
"Aliyah kenapa tu?" tanya puan Noor sambil dia mengelap tangan.
"Alamak ibu... Aqish lupa Rafique datang hari ni." Aqisha sudah berlari masuk ke biliknya.
"Siapa??"
"Alaaa dia lah yang Aqish cakap nak datang hujung minggu ni."
"Ohhh hahah padan dengan muka kamu. Ibu tadi suruh siap nak ingat kan pasal dia. Dah cepat pergi siap."
Puan Noor membuka pintu rumah dan menjemput tetamu masuk. Dia menyuruh mereka duduk sebentar dan dia pergi memanggil tuan Azhar.
"Maaf lah ya tadi Aliyah terkejut sebab tu dia tutup balik pintu tu." mereka semua berketawa.
Puan Noor duduk di sebelah tuan Azhar dan berhadapan dengan tuan Syed Mukhriz dan puan Marissa.
"Ni mana satu Rafique?" tanya tuan Azhar.
"Saya pakcik." Rafique bersuara.
"Korang dua ni. Pakcik tak tahu mana satu nak bezakan. Tak tahu macam mana lah Aqisha boleh bezakan. Haha."
"Alaa senang je nak bezakan. Saya lagi hensem dari Rafique." jawab Ridhwan dengan bangga.
Mereka hanya mentertawakan Ridhwan bila melihat Rafique merenungnya.
"Sebenarnya kami tak tahu yang Aliyah berkawan dengan Rafique. Tiba-tiba dua hari lepas dia cakap yang Rafique nak datang." puan Noor bersenyum.
"Aliyah?" tanya Rafique tetiba dengan keliru.
"Budak bertuah betul. Ni mesti dia kasi nama belakang dia. Nama penuh dia adalah Aliyah Aqisha." jawab puan Noor.
Cantik nama macam orang dia juga. Ehh Raf ape kau merepek. Dah focus.
Kemudian Aqisha keluar dari bilik berpakaian dress labuh berwarna ungu terang dan shawl labuh warna putih. Dia bersalaman dengan tuan Syed Mukhriz dan puan Marissa. Raihana turut bangun dan menyalamnya. Dia sekilas pandang kearah Rafique yang dari tadi asyik memandangnya sebelum dia kedapur dan membuat air.
"Kami datang sebenarnya adat hajat." tuan Syed Mukhriz bermula.
"Hajat apa?" tanya tuan Azhar.
"Kami ingin masuk minang Aqisha untuk Rafique."
Terserlah reaksi terkejut di wajah mereka. Puan Noor sudah memandang tuan Azhar untuk memberi jawapan.
Aqisha kembali ke depan dan menghidangkan air teh di atas meja. Kemudian dia duduk disisi ibunya.
"Saya tak boleh nak kasi jawapan kerana yang nak kahwin tuan punya badan." jawab tuan Azhar.
Puan Noor memandang Aqisha. "Liyah setuju?"
"Setuju ibu." Aqisha terus menjawab tanpa teragak-agak.
Terkejut juga mereka dengan jawapan Aqisha. Kerana mereka tahu yang Aqisha malas ingin berbual soal kahwin ketika dia masih belajar. Jadi bila dia memberi jawapan tanpa teragak-agak mereka terkejut.
"Ok kalau macam tu. Bila nak nikah?" tanya tuan Azhar lagi sambil menghirup air teh.
"Lagi 2 minggu." hampir tersembur air teh yang diminum.
"Kenapa awal sangat?" tanya puan Noor.
"Lagi cepat lagi bagus dan si Rafique ni saya tak kasi dia tundakan lagi hari perkahwinannya. Kalau tidak, sampai bila-bila pun tak berkahwin." jawab puan Marissa.
"Semua pembelanjaan majlis kami uruskan. Bilang je nak yang macam mana." kata Rafique.
Mereka sambung berbual dan Aqisha hanya duduk diam saja. Dia hanya memberi pendapat bila ditanya tentang warna yang diinginkan untuk baju nikah dan sebagainya. Begitu juga dengan Rafique. Bila sudah habis berbincang, mereka meminta diri untuk pulang.
Beberapa minit kemudian, Aqisha masuk kebilik dan mengambil beg tangannya.
"Eh Aliyah nak pergi mana? Ada perkara lagi yang harus dibincangkan." kata ibunya.
"Nanti bila Aqish balik kita berbual eh ibu. Aqisha nak jumpa Nurin kejap. Assalamualaikum." dia menyalam kedua tangannya ibu dan ayahnya sebelum keluar.
******
"Huh?! Kau biar betul?" terkejut Aqisha bila Nurin terpekik begitu. Terbantut sekejap nak menyuap makanan ke dalam mulut.
"Kau kalau iye pun, suara macam tarzan dah apa hal."
Nurin memukul tangan Aqisha.
"Jangan main-main lah. Kau serious ke wei?"
Aqisha memutarkan bola matanya. "Kau tengok muka aku ni ada macam nak masuk maharaja lawak ke nak berlawak ni semua?"
"Haha. Tak tak aku tak percaya dok. Kau nak kahwin ladi 2 minggu? Apa case nak kahwin tiba-tiba ni? Dah gatal sangat ehhhhh." Nurin mula mengusik Aqisha.
"Otak kau laa."
"Hahah but really.... Setahu aku, tak de maknanya kau nak kahwin sebelum kau habis belajar. Nak bobal pasal kahwin pun susah. Then now cakap nak kahwin lagi 2 minggu. Apa cer wei?"
Aqisha mengeluh dan menongkat dagunya diatas meja. Dia mula bercerita dari mula sampai habis. Nurin hanya mendengar dengan tekun. Wajahnya berubah bila Aqisha habis bercerita.
"Kau ni pun satu, kenapa tak bilang aku kau perlukan duit. Aku kan boleh tolong kau."
"Banyak sangat lah Nurin. $3500.."
"Ok aku tak de duit sebanyak itu tapi aku boleh tolong mana yang mampu."
"Aku tak nak sebab kau tu nak kahwin lagi sebulan and you need the money for your own wedding jugak."
"Kalau itu keputusan kau, aku tak leh nak paksa. Tapi ingat aku sentiasa ada untuk kau." Nurin bersenyum.
"Iyaa aku tahu. Ni aku jumpa kau nak minta kau jadi mak andam aku. Nak ke tak?"
"Ehhh mestilah nak."
"Baguss kau jangan jahanam kan muka aku sudah lah."
"Oi kau kurang ajar eh hahah."
"Haha. By the way dia boleh tahan handsome tau."
"Eeeee gatal ehhh hahah."
Mereka berketawa sebelum sambung makan tengahari.
YOU ARE READING
Isteri Upahan
Teen FictionPernah dengar orang dibayar untuk dijadikan isteri? Maybe yes but kalau tak pernah... Well itu lah yang dilakukan oleh Syed Adam Rafique kepada Nur Aliyah Aqisha. Aqisha atau nama popular Aqish tersempit dalam memerlukan wang yang banyak untuk memb...