Bab 8

9.4K 190 4
                                    

Selama tiga hari Aqisha duduk di rumah, dia asyik berkepit dengan ibunya sahaja. Ibunya ke dapur, dia ikut ke dapur. Ibunya duduk di ruang tamu, dia ikut duduk di ruang tamu.

Ahli keluarga Aqisha semuanya sudah pulang, sebab itu dia ambil peluang ini untuk berkepit dengan ibunya. Bila ditanya.

"Nanti rindu." Jawabnya.

Rafique juga sudah rapat dengan keluarga Aqisha. Dia serasi dengan mereka.

Hari ini sudah tiba untuk Aqisha ikut suaminya pulang kerumah. Dia menyalam kedua tangan orang tuanya dan memeluk mereka dengan erat.

"Kami pergi dulu."

"Rafique, baik-baik memandu.."

"Iye ibu."

Mereka masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

"Manja juga awak eh dengan ibu ayah."

"Eh mestilah. Dah saya sorang anak mereka."

"Orang cakap ada je nak menjawab."

"Memang lah. Saya cakap benda betul kan." Aqisha mencebikkan bibirnya sebelum memandang keluar tingkap.

******

Rafique mematikan enjin kereta dan memandang Aqisha.

"Aqish bangun.."

"Mmmm"

"Eh bangun lah." Rafique menggerakkan badan Aqisha.

Aqisha terus menggeliat dan membuka matanya.

"Dah sampaaai keee??" Dia bertanya sambil menguap.

"Dah, nak tunggu awak bangun macam tunggu buah nak jatuh." dengan itu dia keluar dari kereta meninggalkan Aqisha.

Aqisha hanya mencebik sebelum dia keluar dari kereta juga.

"Ehh dah balik dah anak ibu." Puan Marissa mendekati Rafique dan memeluknya. Aqisha memberi salam sebelum masuk kerumah dan menyalam puan Marrisa.

"Sampai juga menantu ibu disini." dia bersenyum.

"Mana yang lain?"

"Papa kamu biasa lah, meeting dengan Ridhwan. Rai tengah belajar."

"Ok. Raf naik dulu." Rafique melepasi puan Marrisa dan terus naik kebilik.

"Uhhh Aqish naik juga lah ye." dia mempercepatkan langkahnya dan mengikuti Rafique.

Sampai dibilik saja mata Aqisha membesar.

Mak oi besar bapak bilik dia.

Matanya memerhatikan setiap inci bilik itu. Aqisha berasa kagum dengan Rafique kerana biliknya kelihatan sungguh bersih, kemas dan rapi.

But well... Aqisha will always be Aqisha...

"Bilik suruh orang gaji kemas ke?"

Rafique memandangnya. "Saya yang kemas kenapa? Tak percaya?" Rafique tersenyum bangga.

"Tak." Jawapan itu membuat senyuman dibibir Rafique hapus.

Aqisha dengan selamba duduk di atas katil yang empuk itu dan memandang Rafique yang sedang bersandar di almari baju.

"So we will be staying here?"

"Yeap. Kenapa tak suka?"

"Bukan macam tu. Saja je tanya. Mana tahu awak nak pindah ke apa."

"Tak. Kita tinggal sini saja. Dah sini saya tunjuk awak bilik ni sebab ini adalah bilik kita mulai sekarang."

Aqisha bangun dan pergi kepada Rafique. Dia menunjukkan bahagian Aqisha untuk menyimpan baju-bajunya di dalam almari. Begitu juga dengan bilik mandi untuk Aiqsha menyimpan keperluannya.

Isteri UpahanWhere stories live. Discover now