Bab 10

9.5K 138 0
                                    

LILY tersenyum bahagia teringat abang bomba. Wajahnya, senyumnya, gayanya dan peribadinya. Perfect.

Angau. Angau. Angau. Sweater abang bomba dicium lalu dipakai. Rasa abang bomba dekat sangat dengan dirinya. Ada haruman abang bomba di situ. Wanginya perfume ni. Sapu tangan pula Lily lipat kemas di sudut meja. Dua barang ini bagai mata upahan abang bomba yang sentiasa mengawasi Lily agar selalu ingat pesan abang bomba.

Bila agaknya dapat jumpa abang bomba lagi? Dah banyak kali terserempak. Hurm, satu kebetulan yang terindah. Dirancang Allah. Kenapa mesti berkali-kali sampai Lily pun dah rasa lain perasaan ni?

Jatuh cinta ke? Hesy. Suara dan wajah abang bomba asyik saja melilau-lilau dalam fikiran Lily.

"Ingat pesan abang, kuatkan semangat dan adik harus bangkit dari kegagalan. Jangan sedih-sedih lagi, buktikan yang adik bukan seteruk yang disangkakan!"

So sweet! Asyik teringat aje, pesanan ni.

Baiklah abang bomba, Lily akan ikut cakap abang. Lily akan bangkit demi masa depan. Tapi boleh tak kalau Lily nak hadiah lepas tu? Lily nak abang boleh? soal Lily dalam hati. Lily terus berguling menghadap siling. Terkebil-kebil matanya.

Hesy, nak abang bomba? Gila bayang dah aku ni, desisnya. Kepalanya diketuk-ketuk.

Pintu diketuk dari luar. Siapa pula tu? Atuk ke? Lily bangun lalu membuka pintu. Terjengul Mawar di muka pintu. Hesy, buat apa Mawar datang? Tak selesa Lily akan kehadiran dia.

"Hai Lily, macam mana? Dah okey ke?" soal Mawar yang sengaja datang sini. Ingin menyiasat keadaan Lily di sini kalau-kalau semakin teruk. Tapi dia nampak Lily relaks saja.

Lily menarik nafas panjang lalu merebahkan tubuhnya atas katil.

"Buat apa akak datang sini?" soal Lily hilang mesra.

Dia tak boleh lupa macam mana kakaknya sanggup memburukkan dia pada ibu dan abah yang punca dia gagal SPM kerana suka berpeleseran, liar dan selalu diangkut jantan macam bohsia. Apa motif Kak Mawar mengadakan segala cerita tu?

"Ini pun rumah atuk akak juga, salah ke akak datang?"

Lily mencebik.

"Dah tu pergilah jumpa atuk. Buat apa jumpa Lily?"

"Kenapa? Takut ke akak jadi spy abah?" Mawar mencebik pada Lily yang tak hiraukan dia.

"Lily tak cakap apa-apapun. Tapi akak yang mengaku sendiri." Lily masih dingin. Adakah Mawar 'ular' yang atuk maksudkan? Hesy, tak logik kakak kandung sendiri sanggup buat macam tu.

"Lily, akak cuma ambil berat aje pasal Lily. Yang salahnya, ibu dan abah tu. Kejam sangat. Sampai sanggup dera Lily. Mereka langsung tak terima alasan padahal Lily gagal sebab sakit. Tapi tak apalah. Lily duduk kat sini dengan atuk. Lagi bebas nak ke mana-mana, nak buat apa saja. Duduk kat rumah pun asyik dikongkong aje, kan?"

Lily melepas keluhan.

"Lily okey kat sini. Akak tak payah risau."

Mawar mencebik. Risau? Tolonglah, aku lagi suka kau berhambus duk kat sini.

"By the way, akak baru aje balik dari Bali. Ibu dan abah bawa akak bercuti ke sana. Seronok sangat tau. Abah dan ibu macam nak lepaskan tension sebab Lily gagal SPM. Akak hairanlah kenapa tak ajak Lily sekali? Sepanjang kat sana, abah langsung tak sebut pasal Lily. Agaknya bukan setakat marah tu tapi dah tahap benci atau memang abah dah buang Lily sebagai anak?" Mawar mengumpan Lily agar goyah. Lily rasa sedih semula. Ketenangannya bagaikan dirobek. Baru nak semangat dah down balik.

"Oh. Tak apalah. Lily tak kesah pun tak pergi Bali. Akak kan anak kesayangan mereka. Satu-satunya yang terlekat kat rumah tu. Nak harapkan Lily, tak ada dah kan. So, akak berbaktilah ya pada mereka? Jangan kecewakan mereka sepertimana yang Lily buat." Lily berlagak selamba walaupun dia sedih.

Abang Bomba, I Love youWhere stories live. Discover now