Bab 13

9.2K 131 0
                                    

RAYQAL terus berlari ke arah rakan-rakannya.

"Maaf tuan, saya pergi selamatkan nyawa pemanggil. Dia saksi kebakaran yang mahu dibunuh, tuan! Mereka dah berjaya saya tangkap!" Rayqal melaporkan pada ketua operasi.

"Saya dah hubungi polis. Sekejap lagi polis sampai! Awak ke sana, bantu operasi!"

Rayqal mengangguk. Dia segera berlari ke arah rakan-rakan sekerja dan memberikan khidmatnya bersama mereka. Ketua operasi memberikan arahan kepada anak buahnya agar membentang dua aliran untuk memadam kebakaran di rumah dua tingkat yang kini sedang dijilat api.

"Ya Allah, rumah aku!"

Tuan rumah sudah sampai. Terduduk dia melihat rumahnya yang dijilat api. Tempat berteduh siang malam musnah di depan matanya.

"Encik, puan. Ada siapa-siapa ke dalam rumah?" soal Rayqal.

Isteri pada pemilik rumah itu ternganga dan terkejut.

"Anak saya! Anak saya ada kat dalam. Dia tidur tadi. Tolonglah encik, selamatkan anak saya!"

Rayqal cemas mendengarnya. Mereka harus segera ke dalam sana sebelum terlambat.

Ketua operasi, Tuan Hakim memberikan arahan

"Rayqal, Syawal, kamu berdua pergi selamatkan mangsa kebakaran. Yang lain, padamkan kebakaran."

"Baik, tuan."

Tanpa berlengah lagi, Rayqal memakai alat pernafasan lengkap lalu meluru ke dalam rumah bersama Syawal. Manakala rakan setugas yang lain segera membentangkan fire hose. Pemandu bergegas ke belakang jentera bomba untuk membuka pili bomba yang tersedia di situ. Dengan pantas air mengalir laju mengisi hos yang dipegang oleh anggota bomba yang lain. Air yang bertekanan tinggi itu diarahkan ke lokasi kebakaran untuk memadamkan api.

Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian manakala pihak polis turut sama membantu, menjaga kawalan lalu lintas dan memastikan orang awam tidak mengganggu tugas bomba. Selang beberapa minit kemudian pihak TNB sampai untuk memotong aliran elektrik agar mempermudahkan lagi kerja memadam api anggota bomba.

Rayqal mengemaskan alat pernafasan di mulutnya, lalu memantau lokasi kebakaran sama ada selamat atau tidak untuknya menyelamatkan mangsa kebakaran. Tanpa berlengah lagi, Rayqal masuk ke dalam rumah dan meluru mencari bilik. Asap sudah tebal dan bahang api sudah terasa. Rayqal berhati-hati hadapi segala kemungkinan.

Alhamdulillah, mangsa berada dalam bilik kedua. Dia sudah terbaring lemah. Rayqal mengendong anak kecil tersebut dan berlari keluar dalam asap tebal yang memenuhi ruang udara.

"Ya Allah anak aku, syukur alhamdulillah. Anak aku selamat!" rintih bapa kepada anak yang berjaya Rayqal selamatkan.

"Telefon ambulans cepat." Mereka mengangguk cemas lalu menghubungi pihak ambulans.

Rayqal kembali menyertai rakan setugasnya yang lain memegang hos mensasarkan air yang bertekanan tinggi ke arah api yang sedang marak itu. Hampir setengah jam berhempas-pulas api yang marak berjaya dikawal.

Alhamdulillah, tugas anggota penyelamat itu selesai apabila api telah padam sepenuhnya. Setelah operasi berakhir, anggota bomba mengemas peralatan yang telah digunakan. Rayqal menghampiri Lily yang masih berurusan dengan pihak polis. Dia turut membantu memudahkan urusan itu.

Balai Polis Kuala Kangsar

SELESAI. Laporan polis sudah dibuat berserta bukti kerana Lily sempat merakam perbuatan penjahat tadi. Dua orang berjaya ditangkap dan seorang lagi sudah melarikan diri dari awal lagi.

"Syukurlah, semua selamat." Lily berasa lega. Tak sangka dia melalui hari yang sukar. Rayqal menarik nafas lega. Dah selesai semua, baru berasa penat dan sakit-sakit badan.

Abang Bomba, I Love youWhere stories live. Discover now