LILY berjalan kaki di kawasan kampung belakang taman untuk mengambil angin petang sambil membelek telefon bimbitnya yang Haji Mustafa baru belikan. Teruja betul dapat telefon baru. Kata atuknya, gunakan untuk keperluan.
Test! Test! Test! Dia mengambil gambar. Hurm, not bad telefon Oppo ni. Okey juga functionnya. Gambar cantik. Kalau jumpa abang bomba lagi, Lily mesti ambil gambar dengan dia. Buat kenangan bila teringat. Teringat tu maksudnya rindulah kut. Lagi bagus kalau dapat nombor telefon abang bomba. Harap dia tak jual mahal sangat la.
Lily menyanyi kecil sambil mengambil gambar sekitarnya. Tak pernah Lily datang ke kampung ni. Sunyi dan tenang aje. Tak banyak rumah dan jarak pun jauh. Pokok durian dan langsat aje yang banyak pun.
Dia nak cuba merakam video pula. Langkah Lily mati apabila terpandang 3 orang lelaki sedang mencurah sesuatu dari tong pada sebuah rumah.
Lily terkedu. Apa dia orang buat tu? Bau macam minyak gas aje. Jangan-jangan, dia orang nak bakar rumah ni tak? Lily lantas menyembunyikan diri di sebalik pokok untuk skodeng.
"Puas hati aku, lepas ni merempatlah kau kat tepi jalan. Ini Salihlah, jangan cari pasal dengan aku!" Sombong betul dalam berkata-kata.
"Silakan, bos. Saya tak sabar nak tengok api menjadi lawan. Hahaha, sebelum ni saya cuma guna api goreng telur aje. Hahaha." Salah seorang darinya gelak jahat.
Lily panik. Memang sahlah, dia orang nak bakar rumah ni. Hesy, apa aku nak buat ni? Telefon abang bombalah. Lily terus mendail nombor telefon Balai Bomba Kuala Kangsar.
"Boleh saya cakap dengan abang bomba, eh Rayqal?"
"Oh, sekejap ya, cik."
Lily semakin gelisah. Risau mereka akan membakar rumah ni sementara mereka gelak tak habis-habis.
"Helo, assalamualaikum. Siapa ni?"
"Abang Rayqal, Lily ni."
"Lily? Kenapa call?"
Lily memperlahankan suara.
"Abang. Lily nampak ada orang cuba nak bakar sebuah rumah. Lily takut ni. Mereka dah curah minyak gas, tunggu nak petik api aje."
"Masya-Allah, kat mana tu?"
"Kampung Jasa. No 2."
"Oh, abang tahu kat mana. Lily duk situ diam-diam. Abang datang sekarang. Jangan buat apa-apa, takut mereka apa-apakan Lily."
"Baik, abang."
Panggilan mati. Lily menarik nafas lega. Minta-mintalah abang bomba sampai cepat. Lily mengintai sedikit.
"Hahaha... Bakar bos, jangan tak bakar! Tapi bos, kenapa bos tak bakar malam aje? Siang-siang ni kalau orang nampak, habislah kita! Kalau bakar malam, sah-sah bakar sekali orangnya!" Pandai pula mengarah bos. Ini sudah lebih.
Lelaki yang bernama bos meluku kepala anak buahnya itu.
"Bodoh! Kalau aku nak mereka mati, dah lama aku santau aje. Masalahnya, aku nak mereka merempat. Kau faham tak?"
Mangsa luku itu menggosok kepalanya. Sakit. Ada juga orang jahat macam ni. Tak nak tengok musuh mati tapi sengsara.
"Faham, bos."
"Sibuk aje nak nasihatkan aku. Aku bos ke kau bos?"
"Boslah bos."
"Sedar pun, jangan nak mengajar akulah. Aku tahu apa aku buat. Aku nak dia dalam keadaan terdesak. Hidup susah. Sebab aku nak tanah ni, faham? Eh, mana pemetik api?"
YOU ARE READING
Abang Bomba, I Love you
RomanceBacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Abang Bomba, I Love You (Terbitan Semula/Bakal Adaptasi) Penulis: Mia Kiff Muka Surat : 656 Terbitan : September Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-025-0 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak)