Bab 15

22.3K 313 107
                                    

CABARAN sebagai pelajar kini bermula. Lily kini sudah berada di tingkatan 6 dan bakal menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun hadapan. Lily berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan belajar sesungguh hati sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang tahun ini dan STPM nanti. Dia mahu membanggakan ibu dan abahnya.

"Kau ni, baru minggu pertama dah nak masuk library. Relakslah."

Wanie tahu semangat Lily kalau bab belajar. Wanie yang malas pun boleh terajin sebab dia. Sepatutnya mereka sudah balik kerana loceng dah berbunyi tadi tapi Lily mahu meminjam buku pula.

"Sajalah nak tengok buku rujukan apa yang menarik."

"Macam tak ada hari lain aje kau ni." Wanie mencebik. Dia sebenarnya malas. Bosan.

"Eh Lily, sekejap. Ni bilik kelab muziklah. Hari ni dia orang ada perjumpaan kelab tau. Kau dengar tak ada orang main gitar?"

Lily memasang telinga. Ya, dia dengar orang bermain gitar dan menyanyi.

"Kau ni, sibuk aje. Jomlah!"

"Kejaplah."

Lily merengus. Terpaksa ikut juga kehendak Wanie ni. Lily turut memasang telinga. Suara seorang lelaki sedang menyanyi.

"Bagaimana harusku luahkan, perasaanku padaku. Yang selama ini kupendamkan. Dalam diamku."

Wanie bagaikan terbuai-buai.

"Sedapnya Lily suara dia."

"Apa nama lagu ni? Sedap. Lirik dia aku suka."

Lily menghayatinya. Fikirannya melayang teringatkan seseorang yang disukainya dalam diam. Siapa lagi, abang bombalah.

Wanie tersenyum penuh makna.

"Amboi. Kau jatuh cinta dengan siapa ni? Ha ha, tak tau! Lily sudah jatuh cinta!"

Merah padam muka Lily. Segan.

"Hesy, aku suka lagulah. Apa kena-mengena pula?"

Wanie tersengih.

"Eleh, aku kenal kau bukan sehari aje tau?"

Dalam mereka bertelingkah, pintu tiba-tiba terbuka. Haziq? Wanie dan Lily saling berpandangan. Kantoi.

"Hai, kau orang buat apa kat sini? Skodeng saya ke?"

Wanie tersengih tawar. Lily memilih untuk diam. Bukan dia yang terhegeh-hegeh datang ke situ. Lagipun Haziq ni dah banyak kali cuba mengurat Lily. Kalaulah dia tahu Haziq yang bermain gitar tadi, tak adanya dia turutkan kehendak Wanie.

"Hesy, kami jalan-jalan aje kat sini. Tiba-tiba terdengar orang main gitar. Lily ni hah, suka sangat lagu yang awak nyanyi tadi. Sedap sangat katanya." Pandai Wanie selamatkan diri dan jadikan Lily alasan.

Lily menjegilkan mata pada Wanie memberi amaran.

"Oh, lagu tu memang saya tuju kat awak, Lily." Haziq merenung kasih wajah Lily. Lily jadi tak selesa.

"Oh, ya ke? Sedap lagu tu, sesuai sangat nak tujukan pada Lily. Kan Lily?"

Melihat Lily tiada tindak balas, Wanie tukar topik lain untuk menyelamatkan keadaan.

"Eh, Haziq. Saya rasa awak dapat sambung matrik, kan? Kenapa awak tolak? Kenapa sambung tingkatan 6?"

Hairan juga Wanie. Punyalah baik peluang yang datang, Haziq seolah-olah cari penyakit masuk ke tingkatan 6. Bukan senang nak lulus cemerlang, memang kena belajar kaw-kaw punya.

"Sebab Lily tak ke mana-mana. Saya pun tak sampai hati nak pergi. Mungkin belum tiba masanya saya berjauhan dengan dia. Lagipun okey apa tingkatan 6? Saya boleh carry on."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Abang Bomba, I Love youWhere stories live. Discover now