Bab 14

10K 149 0
                                    

TAK lama lagi sesi persekolahan akan bermula. Lily memilih buku teks, buku latihan dan rujukan di Kedai Buku Popular. Lily mengikut nasihat Haji Mustafa agar menyambung pelajaran ke tingkatan 6 dalam aliran Sains. Susah ke senang ke, Lily akan usaha dan tawakal.

Teringat pula kat abang bombanya. Rasa nak belikan dia sesuatu sebagai tanda penghargaan. Apa, ya? Hurm, hah apa kata hadiahkan abang bomba pen? Sweet, kan? Boleh abang bomba guna untuk tulis laporan, desis Lily dalam hati.

Setelah memilih buku rujukan, Lily menuju ke bahagian alat tulis. Pen berdakwat cair dari jenama Whitepaper berwarna hitam dipilihnya.

Mata Lily tertarik ke arah sesuatu. Aik? Terkebil-kebil Lily. Ternganga. Abang bomba? Kecilnya dunia ni. Tak sangka Lily dapat bertemu abang bomba di sini. Kebetulan lagi? Hurm, apakah makna semua ni?

Rayqal memilih buku di bahagian buku-buku agama. Pada waktu lapang memang digunakan Rayqal untuk membaca dan mencedok ilmu. Segala jenis bacaan Rayqal sangat suka. Sesekali datang memborong sebakul buku.

Lily tersenyum senang. Seronok tak terkata terjumpa abang bombanya di sini. Tanpa membuang masa dia lantas mendapatkan Rayqal.

"Assalamualaikum, abang bomba!"

Rayqal yang sedang membelek Buku Soal Jawab Agama Ustaz Azahar Idruz tersentak. Kepala diangkat. Sengihan Lily bagaikan wajib setiap kali bertentang mata.

"Waalaikumussalam. Eh, Lily! Apa adik buat kat sini?" soal Rayqal terkejut.

"Adik tengah pilih ikan siakap ni, nak masak tiga rasa," seloroh Lily sambil tergelak. Rayqal blur. Beli ikan di kedai buku?

"Hah?" Terpinga-pinga Rayqal.

Lily gelak.

"Hahaha, abang... Abang... Dah ada kat kedai buku, mestilah beli buku. Itu lagi mahu ditanya ke? Yang abang pula, buat apa kat sini?"

"Abang beli Burger Bakar Abang Burn!" seloroh Rayqal. Giliran Lily pula terkena. Dia menepuk dahi. Mereka ketawa.

"Wah, banyaknya buku yang abang pilih. Novel cinta pun ada? Abang layan novel cinta ke? Wow, jarang ada lelaki yang suka baca novel cinta." Teruja Lily untuk kenal lebih dekat abang bomba itu. Siapa sangka lelaki macho seperti Rayqal suka layan novel cinta.

Rayqal tersenyum.

"Apa salahnya, novel cinta pun bahan bacaan juga. Tak semestinya di dalamnya ada kisah cinta semata-mata. Pendek kata, abang memang suka membaca. Bukan saja novel cinta tapi apa saja bahan bacaan. Kat rumah abang ada satu bilik khas abang jadikan mini library tau," cerita Rayqal mesra.

"Wow, bestnya. Samalah dengan rumah adik. Ibu dan abah sediakan satu bilik untuk mini library. Tapi adik tak diizinkan baca novel cinta lagi. Semua buku pasal bahan ilmu aje." Lily pula menyambung cerita.

"Adik mana sesuai lagi nak baca novel cinta, nanti berkhayal pula. Elok baca buku-buku ilmiah. Abang ni lainlah, dah dewasa. Boleh fikir mana baik dan mana yang buruk."

"Oh, betul juga tu. Tapi adik jenis yang profesional. Bab tu adik tak campur dengan pelajaran. Tapi tak apa, adik ikut nasihat abang bomba. Nanti lepas habis exam, barulah adik baca novel cinta pula," jelas Lily tak putus senyum.

"Hah, macam itulah. Adik nak berjaya, kan? Maka jadilah kawan pada buku-buku yang boleh buat adik berjaya. Eh, abang dah lewat ni, ada hal sikit. Okey, abang pergi dulu. Jumpa lagi, ya?" Rayqal mohon izin undur diri.

Lily rasa berat hatinya nak lepaskan abang bomba itu balik. Bukan selalu boleh terserempak. Nak kerap pergi balai bomba segan pula. Nak melawat ke rumahnya, tiada alasan.

"Errr, Lily belanja abang minum boleh? Alang-alang dah terserempak kat sini." Dalam segan tapi keinginan buat Lily mengajak juga.

"Lily datang Taiping naik apa?"

"Bas."

"Sorang?"

Lily mengangguk.

"Beraninya."

"Ala, Lily suka berdikari. Lagipun Lily beli buku aje, kan."

"Kalau macam tu, kita pergi minum kemudian balik dengan abang. Tapi abang belanja."

Mendengarkan itu membuatkan Lily berasa gembira sangat.

SETELAH singgah makan di Doli Char Kuetiau, mereka pulang. Proton Inspira milik abang bomba itu dibelek Lily. Tak kalah pun kereta buatan Malaysia. Ada kelebihannya sendiri.

"Sepanjang abang jadi bomba kan, pernah tak dapat panggilan yang pelik atau kes yang pelik?"

Rayqal berfikir seketika.

"Boleh dikatakan keraplah juga."

"Ya ke? Macam mana tu?"

"Erm, hari tu ada orang call. Menjerit-jerit sampai nak pecah telinga abang. Perempuanlah, amoi. Dia kata ada naga besar nak gigit dia. Suruh kami selamatkan dia. Kami pun dah nama pun tugas kan, so kami pergilah. Rupa-rupanya naga besar yang dia kata tu sesumpah!"

Mendengarnya buat Lily berderai tawa. Kelakarnya.

"Kesiannya abang bomba." Rayqal mengangguk sambil tergelak lucu.

"Paling 'rare' ada kes buaya masuk dalam rumah. Rumahnya belakang sungai. Kami punyalah semangat nak pergi, gaya ni dah macam Crocodile Hunter. Sampai sana, rupa-rupanya biawak besar aje."

Lily pecah perut ketawa.

"Ada lagi. Pernah kami dapat call, orang yang lapor tu beria-ria kata cobra besar masuk dalam rumah dia. Sampai sana, rupa-rupanya ular lidi aje. Ada yang panjat pokok tak reti nak turun pun panggil bomba. Kucing nak beranak pun, panggil bomba."

Lily gelak lagi sampai keluar air mata.

"Adoi, senak perut adik gelak. Hahaha."

"Macam-macam. Kami ni nak marah pun tak boleh sebab memang dah tugas, kan? Sabar ajelah. Kadang-kadang hal macam ni hiburan kami juga dalam bertugas."

Lily mengangguk tanda setuju.

"Mahal pengalaman abang tu. Hurm, pengalaman pahit, ada tak?" Rayqal terdiam sekejap.

"Banyak."

"Oh, salah satu?"

"Bila rakan baik kita terkorban masa operasi menyelamat. Rasa kecewa dan sedih sangat dan bila orang yang kita selamatkan tu meninggal dunia depan mata kita."

Lily angguk faham.

"Oh, risiko kan kerja bomba ni? Kenapa abang pilih kerjaya ni?"

"Minat. Dari kecil lagi memang cita-cita abang. Abang tak fikir risiko ke apa. Kalau dah sampai ajal, kat mana-mana pun boleh mati, kan? Jiwa penyelamat tu memang diri abang."

"Betul. Selama Lily kenal abang, abang memang penyelamat sejati. Lily kagum sangat dengan abang. Percayalah, ganjaran dari Allah lagi besar dari penghargaan manusia buat abang. Tugas seorang bomba, tugas yang mulia." Tersentuh hati Rayqal mendengarnya.

Kalaulah semua orang memahami kerjayanya sama seperti Lily, alangkah indahnya. Mama dan papanya sampai sekarang tak suka bidang yang dia pilih ni dan selalu nasihatkan dia agar berhenti. Rayqal mengeluh hampa.

Abang Bomba, I Love youWhere stories live. Discover now