Nama aku Puteri Rostilla. Orang panggil Rose. Nama mungkin indah, tapi hidup aku tidak seindah itu. Aku gadis biasa berumur 23 tahun yang tidak berpendidikan. Hanya sempat mngambil pmr.
Dipendekkan cerita, aku gadis buta. Gadis yang celik matanya tapi kosong pemandangannya. Gadis yang sangat merindukan pemandangan indah.
Aku mempunyai ummi dan abah yang penyayang. Sanggup membanting, menggagah tulang temulang yang rapuh dimamah usia bekerja untuk aku yang buta. Ummi dan abah merupakan seorang peniaga dipasar. Mereka berniaga sayur-sayuran yang ditanam oleh abah.
Bila abah dan ummi ke pasar, aku akan dijaga oleh nenekku. Aku teringin hidup berdikari bebas dari kepompong yang sempit ini. Tapi apakan daya aku. Seorang gadis yang cacat penglihatannya.
"Rose, pikir apa ?" Sapa nenek.
Pantas aku berpaling kearah nenek. Walaupun cacat penglihatan aku cekap pendengaran.
"Tak ada lah nek."
Nenek kata aku ni makin cantik. Mama dengan abah pun cakap macamtu. Katanya mata aku bewarna coklat. Alis mata yang elok terletak, bulu mata yang lebat melentik. Kulit putih kemerah-merahan. Bertambah putih sejak aku mula tidak keluar rumah. Namun apalah gunanya kecantikan itu.
"Kamu nak makan ?" Tanya Nenek.
"Tak apalah. Rose kenyang."
***
Harini ummi dan abah membawa aku ke bandar. Ambil angin katanya. Ummi tak pernah melepaskan tangan aku dari genggamannya. Risau."Leha !" Tegur seorang wanita. Aku terdengar suara itu datang dari belakang.
Apabila ummi berpaling aku turut berpaling.
"Datin !" Ummi melepaskan tangan ku. Mungkin memeluk wanita itu. Entah aku tak nampak.
Syukur ada tangan abah dibelakang untuk aku bergantung.
Eh, tangan abah tak berurat macam ni.
Perbualan ummi mula terdengar sipi-sipi. Mungkin mereka semakin menjauh. Abah pula aku tak tahu menghilang kemana.
"Sape ni ?" Tanya aku.
"Pegang lengan orang tapi tak tahu sapa ?"
"Maaf encik saya tak nampak. Terpaksa bergantung dekat tangan encik memandangkan saya tak nampak keberadaan umi saya." Kataku jujur.
"Oh it's okay." Kata lelaki itu membawa aku ke tempat duduk.
Ya Allah umi rancaknya berbual. Tolonglah ingat anak awak yang tak nampak ni ummii.
"Thankyou." Kata aku.
"Nama sapa ni ?"
"Rostilla. Panggil Rose."
"Oh so Rose, kau ni anak makcik Leha ke ?"
"Haah. Kenapa ?"
"Takdelah. Mama aku selalu gak cakap pasal kau."
"Cakap pasal buta eh ?" Kataku lalu ketawa dibuat buat. Bukan aku tak biasa dengan benda ni.
"Tak. Mama cakap kau cantik."
Aku tergamam seketika. Aku tak tau siapa dia, siapa datin tadi. Aku menunduk. Tidak pernah dipuji lelaki sejak aku buta ni.
"Ya Allah Rose maafkan ummi. Ralit sangat borak sampai tak ingat kamu. Maafkan ummi ye sayang ?" Kata ummi.
"Tak apa umi, jangan lah mintak maaf macam tu. Tak ada yang salah pun. Rose faham." Kataku.
"Salam dengan kawan baik umi ni.Datin Liza nama dia." Sejurus umi berkata begitu ku terus menyalami tangan datin itu.
YOU ARE READING
Butanya Cinta Kita
Romance"Syazwan.. Aku perempuan buta.. Aku takkan dapat bahagiakan kau."-Rose. "So ? Aku tak pernah mintak kebahagiaan pun dari kau. Ikut cakap aku atau aku buat keluarga kau sengsara." - Tengku Syazwan. Hanya kerana dendam hidup Rose si gadis buta sudah t...