"Umi." Rose menegur uminya yang sedang membasuh pinggan.
"Eh, Rose ? Bila sampai ? Tak cakap kat umi pon."
Rose memandang tepat kedalam anak mata uminya lalu air matanya jatuh. Puan Leha hairan dengan anaknya.
Tanpa fikir panjang dia terus memeluk anak tunggalnya itu. Naluri hatinya kuat mengatakan yang Rose sedang dibebanani masalah.
"Kenapa ni sayang ?" Tanya Puan Leha lagi. Namun Rose masih belum bersuara.
Melihatkan Syazwan tidak bersama sudah cukup buat Uminya meneka apakah masalah yang dihadapi. Belakang anaknya ditepuk perlahan bagi memberi kelegaan.
"Biasalah, Rose. Alam rumahtangga memang banyak ujian. Kamu kena sabar je nak."
Rose meleraikan pelukan dan mengesat air matanya. Sudahlah.
"Dia.. dia ceraikan Rose dah." Kata Rose sambil senyum supaya dapat kurangkan kerisauan uminya.
"Astaughfirullahaladzhim." Kata Puan Leha sambil mengurut dadanya lalu mengucap panjang. Ingatkan gaduh manja rupanya main kasar budak ni !
"Umi panggil abah dulu ya ? Lepastu kita bincang. Nenek dah tau ke ni ? Rose balik sape hantar ?" Betubi soalan diajukan.
"Kawan Rose hantar. Dah balik dah.. Rose tak sanggup nak bagitau nenek.."
"Pergi tunggu dekat ruang tamu. Tunggulah laki kau Rose kalau abah tahu." Puan Leha memberi amaran disitu lalu bergegas mencari suaminya yang sedang berkebun di belakang rumah.
Rose mengeluh sendiri. Tak sanggup dia mahu bercerita.
"Rose !" Encik Salim yang berpeluh itu bergegas mendapatkan anak perempuannya.
"Ye abah, takyahlah macam tu. Rose okay."
"Tak payah macam mana ? Rose abah kecewa dengan dia. Call dia datang sini sekarang atau abah sendiri pergi cari dia kat rumah!" Keras arahan diberi. Rose sudah menyesal memberitahu perkara sebenar lalu dia mendail nombor Syazwan.
"Ehem, sorry ganggu time macamni tapi abah aku nak jumpa kau. Datang sekarang kalau nak selamat.." Rose memaksa. Dia cukup tahu baran abahnya itu.
Syazwan menelan air liur. Habislah.
"I'll come." Kata Syazwan.
"Cerita semua." Arah Encik Salim. Hanya Rose dan abahnya yng bersuara nenek dan umminya sudah terkaku kerana marah dan takut.
Rose mula bercerita dari A-Z dan ternyata itu buat abahnya lebih marah. Encik Salim meraup wajahnya yang merah. Encik Salim merupakan seorang bekas askar.
"Kau Rose, aku nak dua dua datang sini ! Aku ajar cukup-cukup."
Rose mula menitiskan air mata. Ayah mana yang sanggup tengok anaknya dianiaya.
"Saya datang pak cik." Kata Hakimi yang datang entah dari mana. Begitu juga Syazwan. Kedua mereka menunduk supaya tidak kelihatan terlalu biadap dan membuktikan kedua duanya bersalah.
Tanpa tunggu lama Encik Salim terus menampar pipi kedua lelaki itu. Mereka menahan sakit. Memang mereka bersalah.
"Anak aku, anak aku.. Aku tahu anak aku lemah.. Tapi tu tak membolehkan kau aniaya dia ! Aku percaya kau Syazwan. Tapi apa kau buat ? Aku tatang dia macam minyak penuh aku jaga macam permata. Aku dah cakap dah, Syazwan aku dah cakap haritu.. Aku cakap kalau kau taknak dia bagi kat aku balik aku boleh jaga anak aku ! Aku boleh !" Gugur air mata seorang ayah. Dadanya ditepuk-tepuk kuat.
YOU ARE READING
Butanya Cinta Kita
Romance"Syazwan.. Aku perempuan buta.. Aku takkan dapat bahagiakan kau."-Rose. "So ? Aku tak pernah mintak kebahagiaan pun dari kau. Ikut cakap aku atau aku buat keluarga kau sengsara." - Tengku Syazwan. Hanya kerana dendam hidup Rose si gadis buta sudah t...