Mekdi Date

405 23 2
                                    

"Kau okay ke, Rose ? Dia apa-apakan kau ke ? Eh tak guna la lelaki tu, dah orang tak nak, nak jugak main kejar-kejar. Dasar psycho. Ish, seram !" Orked membebel setelah mendengar cerita daripada Rose.

"Takde, tak sempat. Darren tolong aku."

"Ewahh, dia dah officially jadi dark knight kau ke ?" Kata Orked sambil ketawa.

"Takdenya lahh. Aku ni layak single foreverr tau ?" Jawab Rose.

"Apa salahnya, dia cakap dia suka kau kan ? Jangan jual mahallah."

"Ish tak boleh lah. Dia tu kaya. Aku baru je membawang dengan Paan pasal harta dia. Dia tu siap ada dalam google lagi. Kau rasa aku layak ? Ee tak nak aku." Rose menggeleng gerun. Besar ujian jadi bini orang kaya ni.

"Apa kau nii. Ni realiti la bukan drama. Sejak bila ada rule yang mengatakan orang kaya tak boleh kawin dengan orang miskin ?" Tanya Orked.

Susah berdebat dengan golongan cendawan ni. Eh, cendiakiawan lah.

"Tengoklah. Kalau ada jodoh adala. Kalau takde, takde." Kata Rose sambil mengangkat bahunya. Itudia kata-kata untuk mematahkan pihak lawan bila berdebat.

Kau keluarkan je ayat pemati kata a.k.a kata-kata pasrah. Nescaya anda menang pertandingan itu.

"Bukan tu masalahnya, ingat jodoh datang bergolek macam bola ke ? Kau tercegat sini dia tercegat sana. Eh takdenya nak progress hubungan korang ni." Orked tidak mahu kalah. Excuse me this is Orked okay?

Tak pernah kalah debat sebelumni.

"Iya la, cik bunga Orked ! Aku nak layan horror ni, kau diamlah. Sambung potpet esok." Kata Rose. Filem seram merupakan kegemarannya dan Orked.

Ni kalau bukan kerana Orked ajar layan Netflix ni mesti dia dah terguling-guling kebosanan.

"Takpayah la cerita ni, seram tau tak. Kita tengok drama Korea nak ?" Pinta Orked sambil buat muka kiut.

Rose menjeling lalu angguk. Bukan dia tak suka kdrama, cuma dia jeles tengok si oppa2 tu gentleman sangat..

Lalu mereka berdua layan Vagabond sampai lah larut malam.

***
"Scrambled egg done !" Rose tersengih kearah Orked yang sudah bersiap untuk kerja.

Aktiviti Rose di rumah ini ialah memasak, sekali sekala dia menelefon nenek dan ibunya untuk menanyakan resepi atau dia google sahaja.

Kekok dia memasak pada mulanya tapi lama-lama dia biasa. Maklumlah, dulu dapur haram baginya sebab pernah sekali dia cuba menggoreng telur kerana terlalu lapar. Tapi kerana kekurangan penglihatan, hanguslah periuk kesayangan uminya. Oops.

Itulah kali pertama dan terakhir Rose memasak sebelum ini. Sekarang ni usah cakap, suka benar dia memasak, channel AFC merupakan saluran kegemarannya.

"Rajinlah kau ni. Aku rasa macam si suami nak pergi kerja ada wife tolong buat breakfast gittew." Kata Orked sambil memasukkan kepingan hotdog yang dipotong dan telur kedalam mulutnya.

Rose ketawa. Sukanya kalau dapat masak untuk suami. Tapi suami takde.

"Ala, lagipun kau bayar sewa banyak dari aku. Aku buatlah kerja rumah sebagai tanda terima kasih. Lagipun manala kau sempat nak handle rumah kan?"

"Aww soo sweet. Thanks babyy." Kata Orked sambil tersenyum manis.

"Okayla jom."

Mereka berdua berangkat ketempat kerja bersama-sama.

****
"Dah sampai." Kata Orked setelah tiba di Manis Cafe.

"Eh ?" Rose meraba-raba poket dan bag tangannya.

Butanya Cinta Kita Where stories live. Discover now