Mengarut

733 49 4
                                    

Sepulangnya mereka ke tanah air. Rumah keluarga Rose dituju.

"Umi !" Baru sahaja pintu kereta dibuka Rose menerpa ibunya yang sedang membakar sampah.

Laju air matanya mengalir. Rindu akan wajah syurganya yang dia rindu separuh mati. Rembesan air mata sedikit menyenakkan mata namun dia tak mampu lagi. Kelihatan nenek dan ayahnya sudah tua. Mereka telah berjasa terlalu banyak. Bertahun-tahun lalu mereka kelihatan masih segar namun kini tidak lagi.

Rose mula tersedu sedan.
Umi hanya memeluk anaknya itu. Tidak dijangka langsung anaknya mampu melihat kembali. Kalaulah dia mampu pasti anaknya sudah boleh melihat dari dulu. Angka perubatan mata anaknya sangat mencecah luar jangkaan sehingga dia berputus asa lalu mula redha.

"Dahlah tu, Rose." Pujuk Syazwan melihatkan uminya sudah tidak terkata. Abah dan nenek hanya duduk di muka pintu rumah memandang sayu. Rose tersenyum. Tak sepatutnya kesihatannya dirai dengan air mata.

"Dahlah. Jom kita masuk." Ajak Rose sambil mengelap air matanya.

Skip lah malas.

****
Syazwan melihat Rose sedang termenung. Dia menarik nafas. Cerita sebenar harus diberitahu.

"Rose ?" Panggil Syazwan membuatkan Rose tersentak.

"Rose, aku nak cakap sikit." Wajahku cuak, sejak bila aku takut dengan Rose ni ?

"Ingat tak budak nama Alissa dekat airport haritu ?" Air liur pahit ditelan.

"Ingat, kenapa ?" Rose mula merenung mata Syazwan.

Oh kekuatan, datanglah !

"Dia... dia... anak aku." Aku menutur dalam keadaan tergagap. Rose masih tidak melarikan matanya di wajahku. Rasa macam baik mati je mati je mati je help me !

"Oh." Kata Rose. Aku angkat kepala. Eh ? Tak marah ? Dia berpaling kearah lain.

"Takpelah. Saya bukan boleh mengandung pun. Eloklah dah ada anak." Dia pandang wajahku kembali. Kosong.

Dia marah tapi dia rasa dia tak layak untuk marah. Rose senyum paksa.

"Bawaklah dia datang sini. Boleh kawan."

Aku angguk.

"Rose, satu lagi.."

Rose menumpu kearah aku. Sudahlah Syazwan kau kena luahkan nanti kesian dia terseksa.

"Aku.. Sebenarnya aku cintakan Ryna." Tekad tuturku. Lancar sepertimana lancarnya lafaz akadku pada Rose.

Aku tak cintakan Rose. Aku tak boleh! Aku buat semua ini demi Hakimi. Tak lebih. Aku dah cari tahu memang aku tak Hanya ibu kepada
Alissa sahaja yang berjaya bertahta di hati aku.

Kalini mata Rose berair.

"Okay Syazwan. Saya tak tahu apa yang berlaku sekarang tapi saya faham dan saya terlalu terhutang budi dengan awak. Kita kawan, ya?" Kata Rose tersenyum pahit.

Aku hanya senyum. Demi Hakimi. Ya, demi dia.

"Assalamualaikum !" Kedengaran suara budak perempuan dari luar. Siapa lagi kalau bukan Alissa. Aku meminta diri untuk membuka pintu lalu aku jemput Alissa masuk.

"Thanks Fik. Kau dunia akhirat aku !" Syazwan bersalaman dengan Fikri lalu dia meminta diri untuk pulang kerana ada hal di hospital. Alissa tidak kekok langsung lalu masuk ke dalam rumah. Dia terus menerpa Rose dengan senyuman manis.

"Hai, ibu !" Panggil Alissa buat Rose terkejut. Comel budak ni betullah anak Syazwan kalau macamni rupanya. Syazwan menghilang demi memberi ruang kepada kami untuk berkenalan. But hmm ibu? Pahit sungguh kejadian hari ini. Namun siapalah dia untuk mempersoalkan takdir.

Butanya Cinta Kita Where stories live. Discover now