Rose's POV
Dah sehari aku jadi bini orang, Syazwan dah tak sentuh aku dah. Jijik mungkin. Entahlah.
"Petang ni kita balik rumah aku. Takyah banyak cakap. Nanti aku mintak tolong umi pack barang kau. Kalau umi abah tanya kau jawab je apa kau patut jawab." Kedengaran Syazwan memberi arahan.
Aku angguk.
"Dengar tak ?" Katanya kasar.
Aku ke kau yang buta ni ?
"Dengar." Jawabku perlahan.
Lalu kedengaran pintu ditutup. Keluarga Syazwan dah balik semalam. Semua ada kerja masing-masing. Termasuk Bella yang menjadi peneman aku.
"Rose ?" Suara ummi pula kedengaran.
"Ye ummi ?"
"Syazwan cakap nak bawak Rose balik petang ni, betul ke ?"
"Ha'ah ummi. Syazwan banyak kerja kat sana. Rose ikut dia je."
"Betul ke dia boleh jaga kamu ni Rose ? Umi risau lah."
"Tak apa umi, Rose boleh jaga diri." Kataku sedaya upaya meredakan kerisauan umi. Walhal aku pun tak tahu apa yang akan terjadi nanti. Makan pakai aku sudah semestinya tidak terjaga. Lihat sajalah cara Syazwan melayan aku.
Umi mengeluh risau lalu dia mengemas semua pakaian yang aku ada. Apabila petang menjelma aku dipeluk erat oleh umi dan abah tanda perpisahan.
"Syazwan, jaga anak umi ya ? Dia susah sikit nak dijaga. Bukan macam perempuan lain. Makan, minum, masuk bilik air pun teman tau. Nasib kamulah dapat bini kurang upaya." Kata umi.
Abah pula berpesan agar Syazwan terus bersabar dalam menjaga aku. Pelik pulak rasa.
"Duduk rumah aku nanti jangan nak berlagak princess pulak." Kata Syazwan setelah kami menaiki kereta.
Aku angguk.
"Aku sibuk dengan kerja, kau boleh jaga diri ke ? Kalau aku tak sibuk pun aku tak jaga jugak. Maknanya kau kena pandai pandailah hidup."
"Sorry Syazwan, saya buta tak mampu nak jaga makan pakai awak macam isteri orang lain. Tapi saya janji saya cuba. Dan insyaAllah saya takkan susahkan awak."
"Tak payah sibuk hal akulah. Aku boleh jaga diri. Lagipun aku tak anggap kau bini aku pun. You are just my slave, and forever wil be." Kata Syazwan mematikan rerama dalam perutku.
Aku cuma mengharapkan kisah hidup aku macam kisah novel cinta. Lalu aku biarkan rerama hinggap. Rupanya tak ada langsung sinar kebahagiaan.
Aku senyum mengejek diri sendiri. Look at yourself Puteri Rostilla !
Akhirnya kami sampai dirumah Syazwan setelah perjalanan yang sunyi tanpa gurauan kasih suami isteri. Kepala hotak nya ayat.
Tangan aku diheret kasar. Aku tahu kami menuju masuk. Flat shoes yang tersarung dikaki aku tanggalkan.
"Ni bilik kau. You are not allowed in my room or any room in this house kecuali bilik kau, ruang tamu dan dapur." Kata Syazwan setelah kedengaran bunyi pintu dikuak olehnya.
"Okay." Balasku. Eleh macamlah aku boleh turun kan ? Aku tak nampak apa-apa pun. Bilik dia pun aku memang akan masuk sebab keadaan aku yang tak nampak dan tak mampu buat apa-apa.
Aku masuk kedalam bilik dan mencari kedudukan katil. Setelah yakin barulah aku membaringkan diriku. Apalagi tidurlah. Bukan boleh buat apa.
*****
Syazwan mula bingung. Kemana hala tuju hubungan mereka. Dia tak yakin yang dia boleh tahan dengan Rose memandangkan Rose merupakan wanita yang cantik dan baik.
YOU ARE READING
Butanya Cinta Kita
Roman d'amour"Syazwan.. Aku perempuan buta.. Aku takkan dapat bahagiakan kau."-Rose. "So ? Aku tak pernah mintak kebahagiaan pun dari kau. Ikut cakap aku atau aku buat keluarga kau sengsara." - Tengku Syazwan. Hanya kerana dendam hidup Rose si gadis buta sudah t...