Rose meneliti lama kad kahwin berwarna cream itu. Otaknya jauh ke masa lalu. Syazwan yang dahulu miliknya tidak lagi disisi. Dia keliru dengan perasaan sendiri, adakah dia cinta atau sekadar berterima kasih kerana membantunya melihat dunia ?
Gelisah. Rose duduk di ruang menunggu hospital itu. Hari ini Darren keluar hospital. Rose mengimbas peristiwa memalukan sebentar tadi di dalam fikirannya.
"Darren. I've called our driver to pick us up." Kata Datin Zeti, ibu angkat kepada Darren sambil memandang Rose atas bawah.
"Rose, jomlah ikut skali. Biar Cik Man hantar awak balik." Ajak Darren.
Rose angguk. Sekadar untuk memendekkan pertemuan kali ini. Sesungguhnya pandangan wanita berusia 50an itu sangat menggerunkan.
"You go first. Mama nak settle bil. Rose, come with me."
Darren angguk. Tidak mengesyaki apa-apa kerana ibu angkatnya itu tidak pernah masuk campur urusan hidupnya. Lalu dia pergi ke arah Cik Man yang menanti penuh sabar.
"You're not capable to be his wife, Puteri Rostilla." Kata Datin Zeti membuatkan Rose berhenti berjalan. Begitu juga wanita itu.
Rose bereaksi meminta penjelasan.
"You are full of thorns ! He has never been in danger before." Katanya lagi sambil mengalih pandangan.
Rose menatap wajah wanita berkulit putih, hidung mancung itu. Bahasa inggeris ditutur fasih kerana dia sememangnya berdarah British.
Rose diam. Akur.
"and I don't even know your family background. I have no clue if you're a pure beautiful Rose or just a Rose that bleeds people with your thorns."
Auch. Sakit sekali. Jijik benar aku dimata wanita itu. Nafas ditarik dalam-dalam.
"That is how life works, Datin. You either bleed because you're not careful enough or you purposely pluck the rose because of its beauty. The thorns will hurt you in both situations." Rose pandang wanita itu lalu menyambung.
"In this situation. Darren yang petik bunga ros ni. Tangan dia berdarah atas keinginannya sendiri. Willingly."
"You're just a rose that has been plucked many times, Rostilla. A withered rose that everyone stepped on." Bidas wanita itu.
Poetic sekali wanita tua ini. Rose hilang sabar.
"and you are just his foster mother. End of conversation." Bidas Rose.
Sudahlah, penat jadi wanita lemah. Dah dipijak-pijak maruah aku, takkan nak diam je !! Ish.
Pap !!
Satu tamparan singgah di pipi mulus Rose. Tergamam setiap orang yang berada disitu termasuk Rose. Berbirat pipinya. Mana taknya, cincin dijari datin itu bukan biasa-biasa.
"You'll regret this day, old witch !" Rose marah lalu pergi.
Imbas semula berakhir disini.
Rose mengusap pipinya. Boleh tahan sakitnya. Rose mengeluh buat kesekian kali. Dia mula menangis. Bukan sakit mahupun sedih. Tapi geram kerana tak boleh nak tampar balik. Terkilan juga maruahnya dipijak.
Tiba-tiba ada lelaki duduk di sebelahnya.
"Darren ?" Rose terkejut.
"I saw that. Sorry Rose. Sorry sangat." Kata Darren penuh bersalah.
Darren mengusap pipi Rose yang merah.
YOU ARE READING
Butanya Cinta Kita
Romance"Syazwan.. Aku perempuan buta.. Aku takkan dapat bahagiakan kau."-Rose. "So ? Aku tak pernah mintak kebahagiaan pun dari kau. Ikut cakap aku atau aku buat keluarga kau sengsara." - Tengku Syazwan. Hanya kerana dendam hidup Rose si gadis buta sudah t...