Tak Buta Dah

793 54 5
                                    

Syazwan dan Rose duduk di dalam penerbangan ke UK. Tangan mereka masih bertautan sedari tadi. Dalam diam mereka sudah mula berbaik demi hati masing masing.

"Awak, lepas lah tangan, berpeluh lah dari tadi." Pinta Rose yang sudah naik.rimas.

Lantas Syazwan meleraikan tangan. Malu.

"Takyah perasanlah aku pegang sbb takut kau hilang. Susahkan aku nanti." Syazwan menerangkan tanpa dipinta.

Rose hanya buat tak tahu. Terpulanglah Encik Syazwan. Cakap apa pun salah. Tiba-tiba Syazwan bersiul kepada seorang pramugari yang memakai skirt paras paha.

"Amboi cantiknya." Kata Syazwan perlahan.

Rose yang menyedari perkara itu mula terasa hati. Namun riak wajahnya dikawal.

Syazwan menjeling Rose. Alah nakk buat dia jealous tapi tak jadi pulak.

"Rose. Tak nak cakap dengan aku ke ?"

"Tak nak."

"Kenapa ?"

"Nak cakap apa ?" Tanya Rose kembali.

"Susahlah kau ni." Syazwan acah merajuk. Aih pms ke apa mamat ni tetiba gedik semacam.

"Awak, saya takutla. Kalau pembedahan tak menjadi macam mana ?" Rose mula meluahkan kebimbangan nya sedari tadi.

"Kau pikir banyak sangatlah. pergi tidurlah. Kat rumah kau suka sangat tidur. Asal sekarang tak tidur?"

Rose menjeling. Ish tak menenangkan langsung. Lagi sakit hati adalah.

Syazwan tersenyum. Haih, kalau tak kerana Hakimi, aku tak mampu bawa dia buat pembedahan ni. Kau expect apa? Curi duit Syarikat ? Mampuslah saya dibunuh papa.

****
Mereka tiba di UK dan Syazwan mengambil keputusan untuk drive sendiri kereta yang disewanya untuk menjimatkan bayar kos pemandu upahan.

Syazwan berbual-bual di telefon dengan Bahasa Inggeris. Rose hanya diam tak berkutik. Debar makin kencang.

"Esok kita operate."

Gulp. Liur ditelan kesat.

"Takpayah risau doa kat tuhan banyak-banyak." Kata Syazwan lagi. Erm pandai pulak nasihat orang.

Rose masih diam tak berkutik. Syazwan mengeluh. Kereta diberhentikan dibahu jalan.

Lantas dia memegang wajah Rose menghadapnya. Wajah mereka dekat sehingga hembusan nafas masing-masing berlaga.

"Listen.. Rose it's fine. Duit aku guna tu nanti kau ganti, tak perlu serba salah. Kos datang sini aku belanja maybe untuk honeymoon ? Anggap jelah macam tu. Dan aku pilih doktor terbaik untuk bedah kau and he's my friend. Best friend. Okay ? Everything's gonna be okay. I promise you." Ujar Syazwan. Sengaja disuruh ganti agar dapat buat Rose rasa tidak serba salah.

Rose diam. Syazwan sangat menenangkan dia kali ini. Rose senyum. Manis.

Cupp!

Satu kiss singgah di bibir Rose. Quick kiss. Siapa suruh senyum macam tu. Lalu Syazwan meeneruskan pemanduan.

"Amik kesempatan pandai je kan ?"

Lalu mereka tiba di hospital. Syazwan angkat barang mereka. Haris menyuruh mereka bermalam dihospital memandangkan Rose perlu persediaan untuk pembedahan.

***
"Dah tidur." Arah Syazwan kepada Rose yang memakai pakaian hospital itu.

"Goodnight." Ujar Rose sambil senyum. Angau agaknya..

"Kau jangan, Rose. Kang ada yang tak jadi bedah esok." Kata Syazwan.

Rose kalut berbaring mengikut arahan. Syazwan senyum, comel. Lalu melangkah untuk tidur disofa.

Butanya Cinta Kita Where stories live. Discover now